Khamis, 26 April 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
Rabu, 25 April 2012
UNTUK RENUNGAN - MUTIARA KATA
Selasa, 24 April 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
Isnin, 23 April 2012
UNTUK RENUNGAN - KATA-KATA HIKMAH
Credit : santapanminda
Jumaat, 20 April 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
Khamis, 19 April 2012
DARI DAPUR AZZEYATIN – SAMBAL TELUR MATA
Dah lama aku tak buat entry masak-masak kan. Alang-alang dah teringat tu , start from today and onwards (chewwah! Cakap omputih....hu3...), aku akan namakan entry masak-masak aku ni as DARI DAPUR AZZEYATIN. Memang le tak segah DAPUR chef –chef yang dah popular tu ; tapi cukuplah sekadar perkongsian resepi-resepi masakan yang aku pernah masak dan aku tau nak masak! Hu3....
So, for today aku nak share Resepi Sambal Telur Mata yang jadi favourite my hubby dan juga my princess. Boleh dimakan dengan nasi ataupun boleh juga dijadikan pencicah cekodok @ jemput-jemput bawang atau ikan bilis.
BAHAN-BAHAN:
(HIDANGAN UNTUK 3 ORANG
3@4 biji telur ayam
10-12 biji cili kering (dikisar * tips nak bagi cili tu dikisar dengan eloknya ; masukkan sikit minyak masak sebelum dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2-3 biji bawang merah (dikisar)
1-2 ulas bawang putih (dikisar)
1 keping asam keping
Air masak @ air mineral secukupnya (jangan guna air paip yang belum dimasak coz sambal tak masak dengan sempurna nanti)
Sedikit minyak (untuk menggoreng telur dan menumis bahan-bahan kisar)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA-CARA MEMASAK:
1. Goreng telur ; jangan terlalu keras. Goreng sebentar sahaja.
2. Ketepikan telur yang telah digoreng. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis bahan-bahan kisar.
3. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumiskan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air secukupnya. Gunakan api sederhana dan biarkan sambal mendidih .
4. Setelah sambal mendidih, masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya .Biarkan sebentar. Setelah mendidih masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
5. Perasakan dengan serbuk perasa dan masak sambal sampai pecah minyak.
6. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
So, selamat mencuba resepi yang very the simple ni dan selamat menjamu selera ye..:)
LIKE2 EK...
DROP BY - JAMBATAN SERI WAWASAN, PUTRAJAYA
Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya
View dari atas Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya
Ini gambar selingan.....mungkin tak de kene mengena sangat dengan tujuan entry....:P
Kali ni drop by kat mana plak ye? Okay kita drop by kat tempat-tempat yang nearby jelah ye. Yelah kan.... nak pegi tempat-tempat yang jauh macam kat Beijing ke......Aeab Saudi ke...Paris ke...jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat....belum ada kemampuan lagi, so drop by jelah tempat-tempat yang ada sekitar sini.
Apa kata sesekali drop by kat Jambatan Seri Wawasan , Putrajaya ni. View pun cantik kalau nak ambik gambar. Orang pun ramai kat sini waktu petang ....majoriti yang drop by kat sini adalah dengan tujuan yang satu...NAK AMBIK GAMBAR! Dan aku adalah salah seorang dari mereka-mereka itu..heh3.....
Bukan aku tak pernah singgah kat sini, tapi baru kali ni berpeluang ambik gambar dengan rasa penuh puas hati ; walaupun cukup dengan kamera murah aku tu. Ha3.....Memang cantik view dari atas jambatan ni. Lagi-lagi kalau waktu petang. Kalau waktu malam lagilah cantik dengan lampu yang bertukar kaler. Macam kat i-City pun ada rasanya.
So, silakan jamu mata dan jamu minda korang semua dengan gambar-gambar kat atas dan entry menceceh aku yang tak seberapa nih!
LIKE2 EK...
Rabu, 18 April 2012
Selasa, 17 April 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
Isnin, 16 April 2012
JALAN-JALAN CARI MAKAN -CENDOL UNCLE HUSSAIN , KAJANG
Rasanya ini kali ke-2 aku citer tentang Restoran Cendol Uncle Hussain ni. Kali pertama kat SINI.Tarikan utama ke sini of coz menu Cendol nya yang popular plus tempat makan pon bersih dan selesa. Pelbagai jenis cendol ada kat sini. Harga plak berpatutan. Kalau nak tengok senarai harga boleh klik link NI ; tapi sorryle kalau harga dah ada perubahan. Coz first time aku pegi tu last year , so mana lah tau dah ada perubahan ke kannnnn…..
Kalau makan kat sini aku sker order Cendol makan dengan lempeng. Lempeng cicah dengan sambal ikan bilis dan kuah kari. Lempeng plak panas-panas lagi ; baru dimasak. Memang superb! Kalau nak cari tempat makan waktu petang-petang sambil bersantai dengan family , memang Cendol Uncle Hussain pilihan yang tepat sekali! (wah siap promo pla aku nih ; kot2 dapat diskaun ken anti….hu3…..gurau je..)
Apa-apa pon kene cuba sendiri dulu baru tau sedap ke tak sedap. Jadi apa tunggu lagi. Petang ni boleh le cuba makan kat Cendol Uncle Hussain ni!
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
"Setiap kali kita menarik nafas, bersyukurlah kerana masih dikurniakan nyawa untuk meneruskan kehidupan dan melakukan amal kebajikan."
Jumaat, 13 April 2012
JALAN-JALAN CARI MAKAN - Mc’D PRIMA SAUJANA, KAJANG
Selamat tengahari. Salam hari Jumaat untuk semua. Macam biasalah bila dah tiba waktu tengahari macam ni tak best le kalau nak citer pasal benda-benda yang heavy sangat kan. Lebih elok kalau citer tentang perkara-perkara yang santai. Apa lagi yang paling santai dalam hidup kita ni kalau bukan citer pasal makan-makan!
My favourite menu …Bubur ayam Mc’D. Kalau makan kat Mc’D memang bubur nilah yang aku sker. Kalau setakat burger tu aku jeling je….hu3…
Aiskrim 1 hengget (RM1) yg jd fevered aku juga…..murah n sedap!
Tumpang wi-fi free kat Mc’D ni coz kat umah dah tak de line internet. Sian aku kan…..:P
Candid! Muka series berebut nak guna lappy….ha3…..
Lagipun dah lama tak makan kat Mc’D, tu yang pegi malam tu. Aku macam biasalah order menu favourite aku ; Bubur Ayam Mc’D. My hubby dan my princess order burger. Memang dua orang tu penggemar burger tahap tegar! He3….
Sesekali aku ‘layan’ jugalah burger ni….tapi tak lah minat sangat. Setakat nak rasa tu bolehle. Malam tu ramai plak orang datang makan kat situ. Maybe selesa dengan suasana kat situ agaknya. Kalau Mc’D kat bandar Kajang tu bukan tak best, Cuma sesak sikit le area kat situ coz kat tengah-tengah bandar kan. So kat Prima Saujana ni kira satu alternatif jugalah untuk yang nak makan Mc’D dalam suasana yang relax sikit..:)
Khamis, 12 April 2012
ALHAMDULILLAH SYUKUR DENGAN NIKMAT-NYA….DOA MENGIRINGI MEREKA YANG DIUJI DENGAN KEJADIAN GEMPA BUMI
Syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah …*kenangan sewaktu Majlis Khatam Al-Quran 2011*
Di saat-saat ramai lagi rakan-rakan dan mungkin juga saudara –mara kita sedang diuji oleh-Nya dengan kejadian gempa bumi seperti yang dilaporkan di sini http://bit.ly/HMwQIr Alhamdulillah kita masih lagi tidak putus dari rahmat dan perlindungan-Nya. Subhanallah….Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Dalam kenikmatan yang dikurniakan-Nya ini jangan pula kita leka mendoakan rakan-rakan dan saudara-mara kita itu agar akan sentiasa diberikan pertolongan oleh-Nya.Hanya dengan bantuan-Nya sahajalah segala ujian dan musibah akan dapat dirasakan sbg hadian oleh Allah untuk kita mendapat pahala atas redha kita terhadap ujian berkenaan.Insyaallah. Amin...
*LIKE2 YE...:)
Selasa, 10 April 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA - MUTIARA KATA
Isnin, 9 April 2012
JALAN-JALAN CARI MAKAN ... FOOD COURT PRESINT 9, PUTRAJAYA
Jemput minum fresh orange !
Ni tuan punya diri yang order air bandung....:)
My hubby tengah menikmati kesegaran fresh orange...
Nasi lemak special for my princess, fresh orange for me and my hubby and air bandung for my princess
Tomyam seafood
Ayam paprik...makan dengan nasi putih ; tak pun makan gitu je pon sedap
Waktu-waktu tengahari cam gini syok juga kalau citer bab makan ni. Biasalah kan, sape yang tak suka makan....Semua orang yang normal suka makan. So, jom tengok apa yang ada dalam entry Jalan-jalan Cari Makan kali ni.
Rasanya dah banyak kali juga aku citer pasal tempat makan ni ; kat Food Court Presint 9 Putrajaya. Korang yang stay area Putrajaya tu mesti dah familiar sangat dengan tempat ni kan. Berdepan dengan Food Court ni ada tempat mandi for the kids. Kalau my niece datang rumah aku....mesti diaorang suka kalau bawak datang ke sini.
Tapi jangan salah faham plak, tempat mandi yang open tu untuk budak-budak kecik je ye, so yang dah dewasa tu usah le mimpi nak bersuka-ria kat situ plak. Kang tak pasal-pasal kena saman! Hu3....
Ada macam-macam jenis makanan kat Food Court ni ; sama juga macam food court tempat lain yang biasa kita pegi. Aku admire dengan satu stall yang jual lempeng. Macam-macam jenis lempeng ada . Ada lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng jagung, makan dengan sambal ikan bilis. Sekeping RM1.50 je.So, pada yang tak nak heavy menu untuk makan malam tu , boleh le try lempeng yang dijual kat sini.Tapi sorry aku tak ingat stall mana satu.
Untuk korang sume layan jelah gambar-gambar kat atas ni sambil menjamu selera ye....LIKE k..:)