Rabu, 17 April 2013
JJCM - Burger Mat Salai , Prima Saujana Kajang
Isnin, 16 April 2012
JALAN-JALAN CARI MAKAN -CENDOL UNCLE HUSSAIN , KAJANG
Rasanya ini kali ke-2 aku citer tentang Restoran Cendol Uncle Hussain ni. Kali pertama kat SINI.Tarikan utama ke sini of coz menu Cendol nya yang popular plus tempat makan pon bersih dan selesa. Pelbagai jenis cendol ada kat sini. Harga plak berpatutan. Kalau nak tengok senarai harga boleh klik link NI ; tapi sorryle kalau harga dah ada perubahan. Coz first time aku pegi tu last year , so mana lah tau dah ada perubahan ke kannnnn…..









Kalau makan kat sini aku sker order Cendol makan dengan lempeng. Lempeng cicah dengan sambal ikan bilis dan kuah kari. Lempeng plak panas-panas lagi ; baru dimasak. Memang superb! Kalau nak cari tempat makan waktu petang-petang sambil bersantai dengan family , memang Cendol Uncle Hussain pilihan yang tepat sekali! (wah siap promo pla aku nih ; kot2 dapat diskaun ken anti….hu3…..gurau je..)
Apa-apa pon kene cuba sendiri dulu baru tau sedap ke tak sedap. Jadi apa tunggu lagi. Petang ni boleh le cuba makan kat Cendol Uncle Hussain ni!
Isnin, 9 April 2012
JALAN-JALAN CARI MAKAN ... FOOD COURT PRESINT 9, PUTRAJAYA

Jemput minum fresh orange !

Ni tuan punya diri yang order air bandung....:)

My hubby tengah menikmati kesegaran fresh orange...


Nasi lemak special for my princess, fresh orange for me and my hubby and air bandung for my princess

Tomyam seafood

Ayam paprik...makan dengan nasi putih ; tak pun makan gitu je pon sedap
Waktu-waktu tengahari cam gini syok juga kalau citer bab makan ni. Biasalah kan, sape yang tak suka makan....Semua orang yang normal suka makan. So, jom tengok apa yang ada dalam entry Jalan-jalan Cari Makan kali ni.
Rasanya dah banyak kali juga aku citer pasal tempat makan ni ; kat Food Court Presint 9 Putrajaya. Korang yang stay area Putrajaya tu mesti dah familiar sangat dengan tempat ni kan. Berdepan dengan Food Court ni ada tempat mandi for the kids. Kalau my niece datang rumah aku....mesti diaorang suka kalau bawak datang ke sini.
Tapi jangan salah faham plak, tempat mandi yang open tu untuk budak-budak kecik je ye, so yang dah dewasa tu usah le mimpi nak bersuka-ria kat situ plak. Kang tak pasal-pasal kena saman! Hu3....
Ada macam-macam jenis makanan kat Food Court ni ; sama juga macam food court tempat lain yang biasa kita pegi. Aku admire dengan satu stall yang jual lempeng. Macam-macam jenis lempeng ada . Ada lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng jagung, makan dengan sambal ikan bilis. Sekeping RM1.50 je.So, pada yang tak nak heavy menu untuk makan malam tu , boleh le try lempeng yang dijual kat sini.Tapi sorry aku tak ingat stall mana satu.
Untuk korang sume layan jelah gambar-gambar kat atas ni sambil menjamu selera ye....LIKE k..:)
