Inilah namanya lain yang dirancang , lain yang jadi......Kita hanya merancang kannnnnnn.
Isnin, 21 Februari 2011
ALLERGIC PUNYA PASAL .. LUNCH KAT OFFICE JELAH.
Inilah namanya lain yang dirancang , lain yang jadi......Kita hanya merancang kannnnnnn.
SELAMAT PAGI DAN SELAMAT BERKURSUS
Ahad, 20 Februari 2011
MEMANG DOSA PAHALA MILIK MASING2...TAPI HIDUP PERLU ADA PRINSIP
Hidup ini perlu ada prinsip. Lagi2 kalau perkara2 yang berkaitan maruah diri. Jangan hanya kerana ingin ‘sama macam orang lain’....prinsip diri diketepikan. Jangan hanya kerana ‘semuanya sekali je dalam seumur hidup’, maruah diri jadi pertaruhan.
Hmmmmmmmmmmmmm...entahlah. Nak dikata tak berpelajaran, susah payah ibu ayah bergolok bergadai menghantar ke Universiti hingga tamat pelajaran dan menggenggam segulung ijazah ;malah jadi pelajar contoh....tapi kesudahannya prinsip dan maruah diri tercalar.
Apa2 pun ujian yang mendatang, pokok pangkalnya diri sendiri. Katakan ‘tak’ pada yang memang ‘SALAH’ dan jangan susah mengatakan ‘ya’ kepada yang 'JELAS BENARNYA.' Hidup memang cuma sekali ; dan pengakhiran kehidupan juga tidak mungkin berulang-kali.
Dosa pahala memang masing2 yang punya. Tapi sanggup ke hidup terus berdosa. Tau ke kita bila ajal bakal menjemput tiba? Pahala yang dicaripun kalau mata memandang tanpa berkata apa2 pada yang jelas salahnya......dapat saham juga. Sama2lah kita muhasabah diri.
SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Jom join sama2!
KANGKUNG GORENG BERCILI
~ Sayur lunch hari ni......Kangkung Goreng BerciliBAHAN2NYA:-
1 ikat kangkung (dipotong2 dan dibersihkan)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 biji cili kering (dikisar)
Segenggam ikan bilis (dibelah2)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
CARA2 MEMASAKNYA:-
1. Tumiskan bahan2 yang dikisar sampai naik bau bersama ikan bilis.
2. Kemudian masukkan kangkung dan kacau2. Masukkan sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Bila kangkung dah layu sedikitbolehlah dihidangkan.
TEH 'O' PANAS DAN BISKUT 4 SEGI
~ My breakfast today...:)Dah breakfast boleh le online plak. ...Tapi tetiba...aku tercium bau sesuatu sedang digoreng......Bila tengok ke dapur..rupa2nya my hubby tengah goreng telur. H3.......orang tak bese breakfast biskut2 nih. Sib baik dia very independent. Ala..sesekali wife dia ni nak rest dari masak untuk breakfast......Tak salah kan.....:)
Sabtu, 19 Februari 2011
FITRAH KITA MANUSIA .. MENGELUH JE
Malam ni my hubby ajak makan kat luar....so no cooking at home. I like it!!! Aku baru nak amik periuk masak nasi, tapi daha ada orang offer makan kat luar......sape tak sker kan. So letak baik2 periuk kat tempat aslnya dan boleh le aku online sekejap sementara masuk waktu Maghrib...
Hari ni kurang panas. Kalau tak memang tak senang duduk kat umah.......hmmmmm, mengeluh je kan. Macam nileh kita manusia. Kalau hujan pun mengeluh...panas pun mengeluh....*Insaf tetiba...*Sepatutnya sentiasa bersyukur. Ada hikmah apa yang Allah tentukan tu. Kita je yang tak tau. So lepas ni, pesanan untuk diri sendiri.....jangan asyik nek mengeluh lagi.
SELAMAT TENGAHARI DAN SELAMAT MENJAMU SELERA

Dah pukul 12 t/hari. Baru le aku dapat online. Tadi sibuk dengan keje2 kat daur tu ; memasak. Ni pun baru pas makan tengahari berlaukkan udang goreng. Sayur bendi goreng.Layan plak dengan sambal tumis ikan masin. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh......kenyanggggggggggggggg...:)
Korang dah makan? Apa menu hari ni? Apa2 pun mesti best dapat makan sama2 dengan family tersayang kannnnn. Kepada yang keje ; cam kakchik tu.....sabor ye. Nanti petang balik umah boleh makan sama2 masa minum petang.....
Jumaat, 18 Februari 2011
RANGKA AYAM !
CHICKEN SKIEWER
~ Chicken Skiewer yang aku beli kat pasar malam Prima Saujana semalam....RM2.50 /pcKorang sker tak ?
ALAMAK ! MANA HANDPHONE AKU NIH ???
BESTNYA....LEBIH BANYAK TOL TURUN
SUASANA gembira di Plaza Tol PJS 2 di Lebuh Raya Baru Pantai, Petaling Jaya. Seorang pengguna (gambar kecil) menunjukkan isyarat bagus selepas kadar tol di situ dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 semalam.Tapi belum boleh diumumkan sekarang kerana ianya masih di peringkat perbincangan. Sudah pasti ini berita gembira untuk kita semua kannnnnn. Harap2 berakhir dengan satu keputusan yang menggembirakan.
*Sumber berita - KOSMO
CERAMAH MAULIDUR RASUL DI PAGI JUMAAT YANG MULIA
~ Alhamdulillah rezeki......Mee goreng, karipap dan kuih serimukaINFO YANG BOLEH DIKONGSI:-
Nabi Muhammad s.a w berjaya membawa kejayaan kepada kita di dunia hingga akhirat dengan ajaran yang disampaikan baginda. Baginda adalah seorang ketua yang berkaliber di medan perang, Pahlawan yang terbilang, suami yang ideal untuk dicontohi selain dari sikap baginda sendiri yang romantis dengan insteri2 baginda.
Kita dianjurkan untuk menanamkan rasa cintai terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
BUKTI KITA MENYINTAI NABI MUHAMAD S.A.W:-
2.Mengamalkan sunnah2 Nabi dalam kehidupan seharian - contohnya mengamalkan surah An-Nas untuk mengelakkan rasa was-was di dalam solat.
3. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
BUAT/DO IT:
2. SUNAT - Melakukannya kita dapat pahala; meninggalkannya tidaklah menjadi apa2 (contohnya seperti solat sunat sebelum solat fardhu.)
3. HARUS - Terpulang pada kita samaada nak melakukannya atau tidak (Contohnya makan dengan banyak, mandi berkali2....)
JANGAN BUAT / DON'T
1. MAKHRUH - Meninggalkannya dapat pahala ; melakukannya pula tidaklah berdosa (contohnya memakan petai ataupun jering kerana menyebabkan bau mulut)
2. HARAM - Meninggalkannya dapat pahala ; melakukannya adalah berdosa (meninggalkan solat , membunuh, mencuri...)
4. Banyakkan berdoa juga adalah salah satu dari sunnah Nabi Muhammad s.a.w - Doa adalah senjata orang Mukmin. Tidak semestinya kita berdoa dalam bahasa Arab....boleh juga berdoa dalam bahasa Melayu atau dengan kata lain bahasa yang kita fahami.
So, inilah sikit -sebanyak yang boleh aku kongsikan. Kalau ada kelemahan dan kesilapan dalam info ni aku mintak maaf banyak2 coz ini adalah hasil catatan aku sendiri. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri aku sendiri.
Dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang diamalkan. Insyaallah....
Khamis, 17 Februari 2011
CADANGAN GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM DISAMBUT BAIK
KOTA KINABALU: Cadangan Cuepacs supaya kerajaan menetapkan gaji minimum antara RM850 dan RM920 bagi penjawat awam mendapat sambutan positif.
Dalam satu tinjauan rambang di sini hari ini, beberapa penjawat awam berkata langkah itu dapat membantu khususnya pekerja yang sudah berkeluarga.
Dayrrl Dominic, 31, warder penjara di pusat pemulihan juvana, Sekolah Henry Gurney di Keningau, berkata walaupun gaji pokok beliau kini melebihi RM1,000 sebulan, paras itu hanya dicapai selepas 11 tahun bekerja dengan Jabatan Penjara Malaysia.
Semasa beliau mula bekerja dahulu, gaji pokok beliau hanyalah RM489 dan ditambah elaun, ia berjumlah RM600.
Beliau menyokong cadangan Cuepacs baru-baru ini supaya kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
"Memang ini berita gembira jika diluluskan, terutama kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam. Sebelum ini ada teman-teman yang terpaksa mencari kerja sampingan seperti bertani atau mengusahakan ladang, untuk cari duit lebih," kata Dayrrl.
Ros Barinau, 29, seorang jururawat di hospital kerajaan, turut menyokong cadangan itu kerana ianya akan dapat dinikmati oleh setiap peringkat penjawat awam.
"Bagus jugalah kalau mereka naikkan gaji minimum, (gaji) kami pun mungkin naik," katanya.
Ros, yang sudah berkhidmat selama lima tahun, berkata walaupun beliau tidak mempunyai masalah daripada segi gaji pokok kerana ianya memang melebihi paras minimum yang disyorkan oleh Cuepacs, beliau dan beberapa rakan sekerjanya pada mulanya menghadapi masalah apabila ditugaskan di kawasan pedalaman kerana elaun khas yang diberikan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sebenar.
"Semasa saya di pedalaman Beluran dulu, kami terima elaun hidup susah RM100 lebih.
"Tapi kalau sewa kenderaan untuk sekali perjalanan ulang-alik pergi ke pekan terdekat untuk beli barang keperluan, sudahpun menelan belanja RM200, mana cukup," katanya.
Ros berharap dasar gaji minimum ini dapat dilaksanakan pada masa terdekat untuk memastikan beban penjawat awam terutamanya yang ditugaskan di kawasan pedalaman, dapat dikurangkan.
Julita Benjamin, petugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, berharap kerajaan negeri turut menimbang perkara itu bagi pekerja-pekerja awam di bawah kerajaan negeri.
Beliau berkata adalah wajar gaji yang diberikan setimpal dengan tugas yang dijalankan. "Terdapat kes pekerja bawahan membuat kerja pegawai tetapi mereka ini tidak menikmati ganjaran sewajarnya," kata Julita. BERNAMA
*Sumber - mStar
Mudah2an keputusannya nanti mengembirakan semua.....
CERMIN DIRI ... CERMIN PERIBADI

Macam dalam gambar kat atas tu arrow yang kaler biru tu adalah cermin dan yang sebelahnya dengan arrow kaler merah tu pintu lif. So sape2 yang nak naik ke atas berurusan....boleh le jeling2 dulu kat cermin tu sementara nak tunggu pintu lif terbuka.....Mana tau kot ada comot2 kat muka...so boleh le touch up sikit2 dulu....hu3.....
SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI .. SURAU UNTUK DIIMARAHKAN
Cuma yang sedihnya, bila surau dijadikan tempat persinggahan.....setakat tempat untuk menukar baju.....tudung dan perkara2 lain. Bukanlah nak tunjuk kuasa (siapalah aku pun nak tunjuk kuasa...staff bese2 je )...cuma agak terkesan juga di hati, bila ada hamba Allah yang datang ke surau tu sekadar nak menukar baju.
Dan ada yang memang datang untuk bersolat...tapi boleh plak terlepas cakap ...."Sebab ada hal petang ni...tu yang solat AWAL sikit tu...." Means, kerana ada hal jelah baru surau itu kita singgah.....kerana ada hal jelah, baru kita solat di awal waktu....dan kerana -kerana bersebab jelah surau itu ada tetamunya.....
Entry untuk mengingatkan diri sendiri. Teringat kata2 seorang rakan di sini...surau untuk diimarahkan....* sekadar peringatan untuk diri sendiri....*
MERANGKAK SEJAUH 100 METER SEBELUM MENEMUI AJAL ..

Aku tak dapat nak bayangkan kesiannya dia merangkak dalam keadaan kesakitan masa tu. Tapi dah tertulis ajalnya begitu...:(
Berita selanjutnya di sini - KOSMO
UDANG MASAK LEMAK CILI PADI
~ Udang masak lemak cili api....Gambar sikit blur coz aku sanap masa tengah2 panas tu..dengan asap2 sekali...hu3...Kali ni aku nak share resepi Udang masak lemak cili api plak. Aku masak menu ni semalam ; request by my hubby. Dia yang bagi idea suruh aku masak lemak plak. mula2 aku tak nak ; takut tak sedap udang dimasak lemak.....tapi tak sangka sedap juga..* bukan aku kata....my hubby yang kata cam gitu...he3....*
BAHAN2NYA:-
10 ekor udang bersaiz sederhana
Santan dari sebiji kelapa / santan yang dalam kotak tu pun boleh juga
6-7 biji cili api (ditumbuk)
Serai 1 batang (dititik)
Bawang merah 2-3 biji (ditumbuk)
4-5 biji belimbing buluh (dibelah dua)
Sehelai daun kunyit
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA2 MEMASAKNYA:-
1. Tumiskan bawang merah, cili api dan serai sampai naik bau.
3. Bila kuah mendidih sekali lagi, masukkan udang bersama2 daun kunyit dan belimbing buluh . Perlahankan api.
Selamat mencuba ye...:)
ASTRO FIRST PUN JADI MANGSA LANUN CETAK ROMPAK..DENGAR2 NYE LAH....
Tapi yang tak sedapnya......DENGAR2 CITER....ASTRO FIRST pun jadi mangsa lanun cetak rompak. Khanbarnya VCD cetak rompak filem2 yang ditayangkan di ASTRO FIRST tu dijual kat pasar2 malam dengan harga 5 hengget je! Sebab nampak dengan jelas logo ASTRO FIRST bila pasang VCD tu.....:(
*Sumber - BERITA HARIAN
HEARTBEAT PROGRESS .. 2 HARI LAGI GENAP SEBULAN
~ Earnings Heartbeat setakat ni ; RM 37.11........P/S: Jom ramai2 join Heartbeat !!!





