UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 25 Mac 2011

PENANG VACATION ; SINGGAH SEBENTAR DI R N R TAPAH - PRT. 1






~ Singgah cuci kete dulu kat Sungai kantan sebelum bertolak tu ; kat tempat cuci kete pun sempat nak posing lagi...:)


~ Singgah makan kat R N R Tapah







~ Kalau dah sawan kamera kat playground pun layannnnnnnnnnnnnn....:)


Alhamdulillah aku sekarang masih on the way ke Penang . plan asal nak terus ke Penang petang semalam cancel last minute coz nak check in dulu kat mana2 hotel yang sesuai untuk merehatkan badan. Yelah dah namanya pun coti2 kan ; takkan nak paksa2 badan plak. Lagipun banyak masa lagi.

So malam tadi aku check-in kat Bukit Merah Lake Town ; Homestay. Bertolak dari Kajang dalam pukul 2 petang. Sinngah kat R N R Tapah untuk rehatkan badan dan solat Asar. Masa tu pun dah pukul 5:30 petang. Playground yang disediakan sesuai untuk anak2 bermain seketika ; yang bukan anak2 pun boleh ikut main sama.....Sempat le makan dulu kat situ sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya....heh3....


*To be continue.....

Khamis, 24 Mac 2011

READY TO GO...PENANG HERE I COME !



~ Wajah2 ceria nak bercuti2 Malaysia.


Dah pukul 12 lebih baru dapat update. Sibuk packing2 baju n siapkan apa yang patut tadi untuk pegi bercuti ke Penang hari nih. Sebelum pegi umah kena le kemas sikit2 takkan nak tinggal cam tongkang pecah kot.

Insyaallah pas Zuhur nanti we alls bertolak. Doakan perjalanan kami selamat dan sampai ke destinasi ye. Dalam perancangan , may be we alls ada kat Penang sampai hari Ahad ; tapi tengok le pada keadaan kannnn....

My litle sista dah siap pesan suruh beli jeruk yang campur2 tu. Kat Chow Rasta katanya tempat tu. Dekat dengan KOMTAR. Ntahle aku pun tak tau. Coz dia penah pegi dulu....Apa2 pun sory kalau 2-3 hari ni aku x sempat nak bw ke blog kengkawan sume ye. Insyaallah ada masa aku akan update dan bw mana yang sempat ye....Time kasih pada u alls yang tak jemu2 datang bertandang ke blog nih......:)

Rabu, 23 Mac 2011

KEJADIAN ANEH GANGGU PENGAMBARAN 'KUM-KUM THE SERIES'

~Barisan pelakon KUM-KUM THE SERIES

PETALING JAYA: Pengarah Kum-Kum The Series, Michael Ang mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa seram dan pelik sepanjang melakukan penggambaran drama Kum-Kum The Series.

Walau pun begitu, ia tidak pernah mematahkan semangat dia dan pelakon-pelakon lain untuk meneruskan penggambaran drama tersebut.

"Kami lakukan penggambaran di tempat-tempat yang sememangnya menyeramkan iaitu di sebuah rumah yang dimiliki oleh kerabat diraja Kedah.

"Saya sendiri ternampak sebuah lembaga di dalam skrin dan ketika saya lihat di keluar skrin memang makhluk itu berada di atas pokok," katanya.

Kata Michael, bukan dia sahaja yang menerima kejadian aneh tersebut, kru produksi turut menerima gangguan apabila barang-barang yang sudah dimasukan dalam beg ditemui berselerak di sebuah bilik yang sememantgnya tidak digunakan mereka.

"Selepas penggambaran kami siap kemaskan barang tapi bila ingin bergerak, seorang daripada kru produksi memberitahu ada barang yang belum dikemas lagi.

"Baju dan barang tersebut berselerak di sebuah bilik yang langsung tidak digunakan," katanya.


Berita selanjutnya di sini - mStar




KANTOI SEBAB CURI SELUAR DALAM !!!

Suspe ke tak suspen baca tajuk entry nih? Hu3..Ni bukan nak citer yang tak elok ek...bukan tentang 18SX ke hape...Ni kisah benar. Semalam kat area umah aku ada sorang budak dah kantoi kena tangkap sebab curi seluar dalam jirannya.

Yang agak kelakor dan tragis juga sebab budak tu kena tangkap masa tengah nak bayor duit beli ayam kat kedai runcit tak jauh dari umah aku. Hu3.....

Dan yang si tukang tangkapnya tak lain tak bukan ialah my hubby sendiri. Actually kebetulan je coz masa tu my hubby nak beli ikan kat kedai yang sama. Jiran budak yang jadi mangsa 'curi' tu yang mintak my hubby pegang tangan budak tu. Memang dia nampak budak tu panjat tingkapumah dia dan amik seluar dalam tu.Budak tu plak baru 13 tahun ; Form 1. Muda setahun je dari my princess.

Tak tau lah apa nasib budak tu , sebab lepas tu jiran yang berkenaan terus bawak budak tu jumpa ngan mak ayah dia. Yang buat aku risau budak to dok area umah aku nih......Harap2 jangan le berlaku lagi perkara yang sama lepas nih.


P/S: Risau sebab pakaian dalam ni orang kata boleh dijadikan bahan untuk ilmu2 hitam ; kalau nak mengenakan seseorang. Mungkin ke budak tu diupah atau apa......Macam2 persoalan dalam hati aku....:(

SKER PAKAI SELIPAR TAK?

~ Selipar baru untuk pakai kat dapur coz yang lama dah 'kelabu asap' je kalernya...ha3...


Korang sker tak pakai selipar kalu kat umah? Means cam kat bilik tido ke...kat dapur ke..... Macam aku memang selesa pakai selipar kat dapur. Coz tak dele rasa melekit2 terpijak kesan2 minyak kat lantai dapur tu. Itu je , bukan sebab nak tunjuk stylo ke hape pun...hu3....

BERINGAT SEBELUM KENA...NI DAH TERKENA GIGIT JARI JE LE JAWABNYA

Bila dah terkena dengan orang yang sker pilih2 kawan ni memang buat aku beringat sampai bila2. Bila nak kita tolong....bila tengah ada masalah....Bila tak de kawan baru nak datang cari kita. Tapi bila dah senang...dah lepas sesak kata orang boleh plak buat kita ni macam terhegeh2 kat dia.

Tapi may be salah diri sendiri juga ; nasihat orang tak nak dengar. Orang tua2 pun penah pesan ...nak bekawan tu hati2...kenal dulu hati budinya ; jangan main pecaya je. Sebelum asyik nak tolong orang ; fikirkan diri sendiri du . Bukannya nak pentingkan diri sendiri.....tapi bila dah terkena sapa yang gigit jari ??? Ha3.....Lu fikirlah sendiri.

Kena lebih berhati2 lagi lepas ni. Bertegas itu perlu untuk kepentingan diri sendiri. Sebelum sayangkan orang lain , mesti sayang dan kasihkan diri sendiri terlebih dulu. Kalau tidak takkan pramugari tu diajar untuk selamatkan diri sendiri dulu sebelum membolehkan dia selamatkan orang lain.....


P/S: YELAH KALAU DAH KITA PUN TERKAPAI2 ....NAK TOLONG ORANG LAIN CAMNE ?

BIRTHDAY BASH MY PRINCESS (14TH YRS) N MY NIECE (2 YRS)

~ Tiramisu Kek For My Princess. Sebab dia memang sker sangat makan Tiramisu Kek. Kek ni pun beli last minute masa aku on the way dari Ipoh 1 jam sebelum majlis tu..hu3....

~ Ni plak Kek Coklat yang disponsor oleh my litle bro coz birthday bash ni untuk anak pompuan (ODAH) dia sekali merangkap anak sedara aku le tu



~ Di antara tetamu yang datang....

~ Aku geram ngan budak nih ; anak sedara adik ipar aku. Panggilan nama dia kecik...tapi badan dia cukuppppppppppppppppp semangat...heh3....


~ My litle sista wif her hubby.....

~ Time to gedik2 pose ..wif my hubby..hu3....

~ Inilah family my litle bro...Dengan wife dan 2 anak pompuannya. Yang tengah potong kek ngan papanya tulah birthday girl si ODAH ; tak lama lagi bertambah lagi sorang ahli keluarga nih coz wife dia tgh preggie nih...

~My mum dan cucu2nya...

~ Me, my hubby dan 2anak sedaraku yang comel nih....gerammmm je aku ngan diaorang nih....

~ ME, my litle sista n my princess

~ Me, my litle bro n my princess

~ Wif my princess

~ Sweet moment....

~ Love u my princess....mmuahhhhhhhhhhhhhhhhh...

~ My litle family.....Me n my hubby wif birthday girl..My princess

~ Pressie for Birthday Girl...ODAH ; Tak sempat nak balut. kasi gitu je baju tu coz baru je beli n terus rush balik dari Ipoh masa tu.

~ Bukan birthday girl je dapat pressie ; kakak kepada birthday girl (KAK YONG) pun dapat gak...kalau tak majuk kang susah...hu3.....

~ The special one......Pressie for our princess ; dalam kotak besor tu......apa dia? Biarlah rahsia....hu3....


Ni citer Birthday Bash for my princess n my niece masa aku balik kampung baru2 nih (19/3/2011). Salah satu tujuan aku balik kampung pun sebab nak celebrate ngan familykat kampung le juga.

Sambutan yang last minute dirancang ; tapi aku enjoy dengan my mum n adik2 dengan kehadiran tetamu2 yang membuatkan majlis happening sesangat. Even agak kelam kabut coz pagi tu aku ke Ipoh ada urusan dan tak dapat nak tolong apa2 pun ; just adik2 aku je yang tolong my mum apa2 yang patut.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar juga. Dan memang aku puas hati dapat menggembirakan hati insan2 tersayang di sisi ; lebih2 lagi 2 birthday girl hari tu....My princess n my niece. Semoga kedua2nya akan menjadi anak yang solehah dan bahagia dunia hingga akhirat.....amin.


P/S; Malas nak citer panjang...layan jelah gambar2 ni ek....

SPM 2010: 368,559 DAPAT SIJIL, 9,239 PEROLEH GRED CEMERLANG

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.


*Sumber - BERITA HARIAN

KURSUS KE SABAH..JAUH TU

Kursus ke Sabah? Jauh tu.....Tak penah pun lagi aku sampai ke Sabah ; teringin juga rasanya...he3....

Tapi yang berkursus ni bukan aku ek....Kawan aku dari unit lain kat office nih. Nampak dia macam tergesa2 tadi ; rupa2nya dah nak ke airport. Kursus 4 hari kat sana. Kalau le aku yang kena pegi ...memang le teringin nak ke Sabah tapi buksn berkursus.....tapi teringin nak pegi bercuti ngan family.Bilalah agaknya ???


P/S:Sekarang ni mud nak berkursus jauh2 dah makin menurun..tak tau kenapa...:(

RAWATAN PERUBATAN PERCUMA

PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

Ganjaran itu diberikan berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi.

Keputusan kerajaan itu berkuat kuasa mulai tarikh diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) Ke-12 di sini semalam.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," kata Perdana Menteri.


*Sumber: KOSMO

HARI LAST KEJE....KE PENANG

~ Senyum sokmo....dalam hati lagi2 le riang gumbira....he3


Pagi ni datang keje dengan hati berbunga gembira ; coz hari ni hari last keje......oppps!!! Jangan suspen lak . Actually hari last keje sebelum aku bercuti esok sampai le hari Isnin minggu depan coz nak cuti2 Malaysia ke Penang.....

Tu yang syok je datang keje pagi nih. Dah lama sangat aku tak pegi Penang. Lalu tu adalah masa pegi Langkawi dalam bulan April last year.Tak sabar rasa nak pegi nih. Insyaallah aku , my hubby n my princess akan bertolak esok , tapi baju pun tak packing lagi nih.

So, maybe dalam tempoh tu blog ni agak kurang berupdate nya sebab tuan tanah nya sibuk bejalan ke sana sini....Tapi insyaallah kalau ada masa aku akan update juga mana yang sempat ek. Doakan perjalanan kami selamat pegi dan balik ke sini semula ye...:)


Selasa, 22 Mac 2011

4 SEKELUARGA JADI HAMBA SEKS BOMOH

ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.
“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.


*Sumber : BERITA HARIAN


P/S: Awas sume ye.....Mesti lebih berhati2....



AKAD NIKAH DI MASJID TIDAK SALAH

ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.
“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.
“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07 juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan banjir bernilai RM215,182.83 yang disumbangkan melalui kutipan di masjid seluruh Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Zakat dan sumbangan itu diserahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Semalam, seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh dilaporkan berkata, tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, sumbangan banjir yang diserahkan bertujuan untuk membantu masjid di seluruh negeri ini yang terjejas akibat banjir besar di Kedah, November tahun lalu.


*Sumber : BERITA HARIAN


P/S: Terpanggil nak wat n3 ni, coz aku dulu pun nikah kat masjid juga dengan niat nak buat yang wajib dan sederhana je sebenarnya...:)

KERETA TERBAKAR .....PANGGIL BOMBA


Ini kejadian yang berlaku masa aku on the way balik ke kajang dari kampung Ahad lepas. Kat highway PLUS menuju ke Utara. Dari jauh lagi dah nampak asap hitam berkepul2 . Jalan pun jem sekejap kat highway tu. Yelah masing2 memperlahankan kereta nak tengok apa yang berlaku.
Aku plak di haluan yang bertentangan ; dapat amik gambar dari jauh je lah. Bila dah dekat tu barulah jelas kelihatan apa yang terbakar. Rupa2nya ada kereta terbakar. Bomba pun tengah sibuk menjalankan kerja2 memadamkan api masa tu. Dah senja dah masa tu. Suasana pun dah gelap. Tak taulah macam mana keadaan pemandu kereta berkenaan.


Memang ngerilah tengok kejadian tu. Memang api cukup besa.......Tapi amik gambar guna handphone..... dari jauh plak tu , so tak berapa jelas lah.....Inilah first time aku tengok kereta terbakar depan mata.

MY LUNCH TODAY ....TAPAU LAGI


Korang makan ape lunch tadi? Aku makan nasi putih, ikan goreng , kicap bercili untuk cicah dan sayur sawi goreng. Sayur tu je yang my hubby beli. Yang lain tu sume sendirian berhad ; dia masak untuk wife dia nih....Kan aku ada citer yang aku dah boring beli makanan kat kantin office. Tu yang my hubby tapau untuk aku tu........

P/S: TQ for u my dear hubby....Love u so much! Hu3...........................

APANAK MAKAN LUNCH NI EK?

~Gambar tak de kena mengena ngan n3 nih...saje sker tepek muka sendiri...ha3....


Dah dekat waktu lunch ni, tapi tak tau apa menu nak makan nanti. Tadi my hubby dah janji nak antokan nasi. Dia yang offer ; aku okay je...hu3....

Teringat plak tadi chatting ngan my litle sista ; dia kata dia masak sambal tumis ikan bilis pagi tadi. Terliur plak teringat sambal tumis ikan bilis tu. Makan ngan nasi panas2, pas tu tuang kicap. Memang tak toleh kiri kanan dah....

Korang makan kat ne nanti?

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KD, RAUL .... MOHON RESTU KEKAL


PASANGAN mempelai memohon doa agar jodoh berkekalan sehingga ke hujung nyawa.


ENAKNYA menjadi orang yang sabar adalah ia akan berakhir dengan sebuah kemanisan. Bukan sedikit halangan, cercaan, cacian serta pandangan skeptikal yang terpaksa ditempuh oleh Kris Dayanti sepanjang dia menjanda sejak 2009.

Namun hari demi hari, KD mula membuka cerita cintanya dengan lelaki tersebut, Raul Lemos atau nama sebenarnya, Raul Dos Ries Lemos, itulah lelaki yang telah membuat dia gila bayang dan jatuh cinta untuk kali kedua selepas usia 30 tahun.


Berita selanjutnya di sini:KOSMO


P/S: Apa2 pun sebaiknya kita sama2 doakan kebahagian buat pasangan KD dan RAUL yang baru melangsungkan pernikahan pagi Ahad lalu. Semoga berkekalan ikatan keduanya hingga ke akhir hayat mereka.Amin...


KAN DAH KENA PERANGKAP CIK 'SI TI' NIH

~ Cik 'Si Ti' yang tengah menung mengenangkan nasib malangnya....hu3....


Lately, ada Cik 'Si Ti' (Tikus) plak kat umah nih. Dulu masa ada kucing liar kat luar umah yang datang ntah dari mana; tak penah ada tikus nih. Sekarang dah ada 1-2 ekor yang penah aku ternampak kat bahagian dapur .

Risau juga sebab tikus ni kotor. Bawak penyakit. So, dah 'dia' jahat sangat ......ini jelah 'ubatnya'. Belikan perangkap tikus. Bila dah kena perangkap, pandai plak buat muka sememeh mintak kesian. Hu3......Nasib ko le Cik 'Si Ti'.......

HASIL EARNINGS NUFFNANG ..M.A.C PRODUCT

~ Foundation Studio Fix Fluid (RM115) dan Blusher M.A.C (RM75)


Berbaloi1 rasanya cashout Nuffnang last month coz dapat beli apa yang dihajati. Dulu dah beli Foundation dan Compact Powder . Kali ni beli lagi Foundation coz yang lama dah tinggal sikit je ; berbaloi le juga coz boleh pakai 3-4 bulan.

Selain tu rembat satu Blusher. Puas rasa hati. Duit pun dah habis so kena le mintak dari En Nuffnang BE lagi nih...hu3...

HUJAN RAHMAT ... ALHAMDULILLAH FOLLOWER AZZEYATIN 503

~ So far follower blog AZZEYATIN.....503


Alhamdulillah pagi hujan lebat ; hujan rahmat. Allah nak bagi rezeki dengan hujan yang Dia turunkan. Dalam hujan2 lebat ni sampai juga ke office ; walaupun basah sikit tudung yang aku pakai ; sebab malas nak guna payung dari tempat parking kete ke office.

Ada yang merungut kata....."susahnya hujan waktu pagi macam ni ; susah nak kuar umah....". Kenapa perlu merungut. Setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah-Nya. Siapa kita untuk mempersoalkan sume tu. Nanti bila tak hujan dikata pula...."Panasnya . Malas betul nak kuarlah. Tak tahan bahang cuaca kat luar tu".....Pun merungut juga. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa kannnnn.

Anyway, hujan ke ........ panas ke.......Kerja tetap perlu diteruskan. So selamat menjalankan tugas seperti biasa ye..:)


P/S:Alhamdulillah, follower blog ni pun dah menjangkau 503 orang. Terima kasih kepada sume yang sudi datang dan jadi follower blog ni. Terima ksih juga untuk kawan2 yang sering berkunjung ke sini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs