UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Bab Syukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bab Syukur. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2011

TAZKIRAH JUMAAT ; SYUKUR

~ Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana masih diberi ruang untuk aku berkongsi sesuatu di sini.


Baru balik dari Tazkirah Jumaat. Hari ini mengenai bab Syukur. Perkara yang sering kita dengar tapi sukar untuk dipraktikkan.

Contohnya setiapkali bangun dari tidur sebaiknya kita mensyukuri nikmat usia yang masih dipanjangkan oleh-Nya dengan membaca doa bangun dari tidur ataupun ucapkan kalimah Alhamdulillah. Plaing tidak pun sebut nama 'Allah' tanda kita mengingati-Nya.

Kerana Allah tidak pernah minta kita membayar setiap satu rahmat yang dikurniakan-Nya. Cukuplah dengan sering bersyukur dan mengingati-Nya.

Paling menarik perhatian dalam tazkirah tadi bila Ustaz Mikdad ada membangkitkan tentang isu ' berapa ramai dari kita semua yang dalam excited menunggu hari gaji keluar setiap bulan memasang niat untuk bersedekah ke jalan Allah dengan rezeki yang Allah beri melalui gaji berkenaan.' Subhanallah. Selalu kita terlupa.

Jadi selepas ni, marilah kita sama2 mempraktikkan konsep syukur dalam ibadah kita seharian. Mudah2an kehidupan kita akan diberkati Allah hingga akhir hayat nanti. Insyaallah.


P/S: Kalau ada yang belum berniat masa nak kuar keje tadi ; jom kita sama2 pasang niat sekarang. Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah. Tapi dengan syarat ; pekerjaan yang baik ye....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs