UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Majlis khatam Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis khatam Al-Quran. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU OFFICE AKU ; SURAU AL-FALAH, IPPM




Cenderahati untuk para peserta yang disampaikan oleh Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar
Berselawat ke atas Nabi s.a.w secara beramai-ramai selepas selesai majlis khatam Al-Quran

Sebahagian peserta wanita

Sebahagian peserta lelaki

Selesai majlis khatam Al-Quran ; agenda diteruskan dengan slot ceramah mengenai Nuzul Quran

Salam pagi Jumaat yang mulia. Sempena pagi yang penuh keberkatan ni , aku nak mulakan dengan entry Majlis Khatam Al-Quran di surau office semalam. Alhamdulillah tahun ni aku dapat join majlis ni.

Memang dah jadi tradisi dan amalan, setiap tahun dalam bulan Ramadan Unit Agama kat office aku ni akan menganjurkan program tadarus untuk kakitangan yang berkelapangan. So memang aku tak lepaskan peluanglah.

Hampir setengah bulan program tadarus berjalan , semalam tibalah hari untuk khatam Al-Quran secara beramai-ramai. Selesai je majlis khatam Al-Quran, slot ceramah mengenai Nuzul Quran pula diadakan.

Antara pengisian dalam ceramah yang disampaaikan adalah , sebagai seorang Muslim kita hendaklah sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran. Utamakan Al-Quran dalam kehidupan kita dan jadikan ianya panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian. Seperti kata penceramah jemputan ; Allah akan mngutamakan permohonan hamba2-Nya yang mengagungkan Al-Quran dalam kehidupan mereka. Insyaallah.....

Jumaat, 8 Oktober 2010

DAH REZEKI

Kalau korang ingat lagi entry aku sebelum ni tentang Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup program majlis Tadarus kat office aku sepanjang bulan pose ari tu. Masa tu aku tak dapat join.....coz kena cover kawan yang bercuti......

Tapi dah memang rezeki agaknya.....pagi ni aku dapat juga cenderahati sebagai tanda menyertai majlis tu. Dapatlah senaskhah Tafsir Al-Quran, sejadah, tasbih dan sekotak biskut......

Tulah namanya ......dah rezeki kannnn........

Jumaat, 3 September 2010

SELESAI SUDAH PROGRAM TADARUS

Alhamdulilah, selamat sudah majlis tadarus yang berakhir dengan majlis khatam Al-QURAN semalam. Tapi sayangnya aku tak dapat nak menjoinkan diri coz kena cover kawan yang cuti.

Tak dapat le aku nak tengok macam mana suasana majlis tu.......Cuma dengar citer dari kengkawan je.......Tapi yang penting sumenye dah selesai.

Mudah2an tahun depan dapat join lagi majlis yang seumpama ni......

Selasa, 24 Ogos 2010

TADARUS HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke14 berpuasa. Tadarus secara berkumpulan yang aku sertai pun dah hampir sampai ke penghujungnya. Pagi ni kami dah dapat menghabiskan bacaan untuk setiap juzuk yang telah dibahagi2kan.

Insyaallah pada 3hb September ni majlis khatam Al-Quran akan diadakan. Nampak nya sume pun berjalan lancar. Tahun ni majlis akan dibuat berlainan sedikit daripada tahun lepas. Coz, tahun lepas, bacaan secara beramai2 tapi untuk tahun ini akan dibuat secara individu. So beberapa orang akan dipilih; lelaki dan perempuan sebagai wakil sume yang terlibat.

Moga2, majlis tu nanti akan berjalan lancar juglah hendak nya.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs