UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Khatam Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khatam Al-Quran. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

GAMBAR DULU-DULU

Masa majlis khatam Quran aku dengan my litle bro Rozaneem suatu ketika dulu....

Selamat berhujung minggu untuk semua. So, pagi-pagi minggu camni elokle kalau layan entry yang santai je ye. Saje nak share gambor aku suatu masa dulu. ...

Citernya.....gambor ni masa aku dengan my litle bro Rozaneem khatam Quran bersama-sama. Kalau tak silap gambor ni diambil dalam tahun 1992 tak pon tahun 1994. Masa tu umor pon belasan tahun lagi. Kelakor bila tengok balik gambor ni. Siap pakai baju pengantin lagi tu. Make up plak Mak Tam yang tolong makeupkan. Mak tam ni wife kepada adik my mum.Masa tu dah rasa kita lah yang paling anggun. Ha3......

Bila tengok gambor-gambor lama ni ...rindu plak pada kenangan dulu.....hu3....

*Picture credit to my litle sista Areleez

Jumaat, 19 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU OFFICE AKU ; SURAU AL-FALAH, IPPM




Cenderahati untuk para peserta yang disampaikan oleh Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar
Berselawat ke atas Nabi s.a.w secara beramai-ramai selepas selesai majlis khatam Al-Quran

Sebahagian peserta wanita

Sebahagian peserta lelaki

Selesai majlis khatam Al-Quran ; agenda diteruskan dengan slot ceramah mengenai Nuzul Quran

Salam pagi Jumaat yang mulia. Sempena pagi yang penuh keberkatan ni , aku nak mulakan dengan entry Majlis Khatam Al-Quran di surau office semalam. Alhamdulillah tahun ni aku dapat join majlis ni.

Memang dah jadi tradisi dan amalan, setiap tahun dalam bulan Ramadan Unit Agama kat office aku ni akan menganjurkan program tadarus untuk kakitangan yang berkelapangan. So memang aku tak lepaskan peluanglah.

Hampir setengah bulan program tadarus berjalan , semalam tibalah hari untuk khatam Al-Quran secara beramai-ramai. Selesai je majlis khatam Al-Quran, slot ceramah mengenai Nuzul Quran pula diadakan.

Antara pengisian dalam ceramah yang disampaaikan adalah , sebagai seorang Muslim kita hendaklah sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran. Utamakan Al-Quran dalam kehidupan kita dan jadikan ianya panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian. Seperti kata penceramah jemputan ; Allah akan mngutamakan permohonan hamba2-Nya yang mengagungkan Al-Quran dalam kehidupan mereka. Insyaallah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs