UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Jalan jalan cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan jalan cari makan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mei 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN - KFC, TESCO KAJANG


Burger KFC


Dah lama tak pekena KFC. Suatu petang yang damai......hu3...aku, my hubby dan my princess pegile ke KFC kat TESCO Kajang. We alls prefer KFC kat TESCO Kajang ni coz senang sikit nak parking ; tak busy sangat. Kalau KFC kat bandar Kajang tu memang le dekat je (kat sebelah PIZZA HUT), tapi crowded sikit. Lagi-lagi kalau lepas gaji keluar. So, kat TESCO Kajang ni lebih selesa.

Bila dah lama tak makan kat KFC, tekak ni pun secara automatik memanggil-manggil je menu-menu yang ada kat KFC tu...heh3......That's why sampai ke KFC tu.Actually aku bukanlah penggemar tegar KFC. Setakat nak lepaskan rasa teringin je sesekali. Kalau makan ayam KFC tu pon seketul susah nak abis! Selalunya my princess atau my hubby yang tolong abiskan...

Kali ni teringin plak nak makan burger KFC. Order la satu untuk diri sendiri. Tapi itu pon tak abis juga. My hubby juga tolong abiskan. Kalau makan ayam aku sker yang ori compare dengan spicy. Kalau spicy memang tekak ni agak susah nak terima!

Tapi kalau ori......bolehlah juga layan sesekali.Amacam? Korang plak sker ori ke spicy?


*LIKE EK...:)


Ahad, 13 November 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN - RESTORAN CEMPAKA RIMBA, PKNS BANGI

Entry Jalan-Jalan Cari Makan kali ni, aku nak citer tentang Restoran Cempaka Rimba ni plak. Nama restoran pon dah sedap didengar ; itu juga yang menyebabkan aku ajak my hubby try makan kat sini.



Sementara tunggu makanan yang diorder sampai , macam beselah.....kamera hp pon jadilah. Posing tetap posing....hu3...

Set Asam Pedas for me.....:)

Tenung2....jeling2...he3...

My hubby yg sempat 'beraksi'....hu3..

Actually Restoran Cempaka Rimba ni kat PKNS , Bangi je ; tak jauh mana pon.Cuma tak penah try makan kat sini. Sesuai sangatlah kalau yang sker shopping, penat-penat shopping tu bolehlah singgah makan. Bila dah cuba not badlah. Boleh le dimasukkan ke dalam list tempat-tempat makan yang boleh dicuba kalau sesekali nak tukar selera. Harga pun tak mahal, kira berpatutan lah.

Yang paling aku tertarik kat sini ; ABC yang menarik hiasannya. Sampai rasa sayang nak habiskan. May be ini salah satu menu yang WAJIB dicuba kalau datang ke sini. Rasa ABC nyer memang sama je cam ABC yang bese kita cuba. Cuma deco nyer tu yang menarik perhatian aku. Tak caye? Cubale tengok picture kat bawah tu...:)


Suasana dalam restoran

Aku tertarik dgn deco ABC nih....*sampai rasa sayang nak habiskan...he3...*


Air bandung for me

Nasi Goreng Udang for my hubby

Menu pun macam-macam jenis. Set Asam Pedas nyer memang tak mengecewakan. Selain tu macam beselah ada juga yang goreng-goreng macam Nasi Goreng Udang...Nasi Goreng Kampung.....Tomyam dan macam-macam lagilah.

Tempat duduk plak kita boleh pilih ; samaada nak dok atas kerusi atau nak bersila. Aku pilih yang bersila, saje nak rasa macam makan kat umah. So, pada sesiapa yang tak pernah ke sini.....Boleh lah cuba bila ada kelapangan dan yang pastinya bila datang ke Bangi ye..:)

*SEINDAH RUPA...SESEDAP RASA , CUBALAH!

Ahad, 10 April 2011

ONLINE DARI BANGSAR.....RUMAH MY SIL

Hai sume...Korang dah makan? Ataupun tengah makan? Makan apa? Anyway selamat menikmati makan malam bersama family tersayang ye.

Actually aku kat umah my SIL kat Bangsar ni. Saje je datang ziarah dia. Dah lama tak jumpa dia dan family. Dalam pukul 6 petang tadi sampai sini ....sembang2 sampai dah waktu Maghrib, then dia offer plak makan malam kat sini.

Bila aku nak tolong, dia kata tak payah..."tetamu tak payah buat keje2 kat dapur". Apelagi....memang sker sangatle jawabnya. Boleh aku update blog kejap sambil2 tunggu dia siapkan makan malam....:P


P/S: Bau masakan kat dapur buat perut aku lapor tetiba.......hu3......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs