Khamis, 31 Mac 2011
KE MANAKAH HALA TUJU ?
MOOD : CERIA ! - TAK JADI KE DIALOG BULANAN
*gambar masa FAMILY DAY anjuran jabatan hari tu...*
Aku sker je ...better than aku pegi Dialog tu coz for sure aku akan tersengguk2 menahan ngantuk sepanjang majlis tu. Tapi yang tak bestnya kalau audit tu abis lambat....lambat le juga aku balik....hu3...
P/S: Harap2 tebukalah pintu hati auditor2 ni untuk balik awal......amin
PENANG VACATION ; PRT 7 - SWIMMING TIME !
~ Latihan untuk membuat diri terapung kat atas air. Bukan main excited lagi dua2nya........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Waktu malam orang pun tak ramai. So, lebih privacy lah rasanya.Puas berenang2 dan bermandi-manda barulah we alls masuk semula ke bilik dan makan malam kat bilik hotel je.
Malam tu order Chicken Chop (RM12) & Sandwich (RM8) kat Cafe hotel. Malas nak kuar. Coz esoknya memang dah plan sehari suntuk nak jalan2 lagi. Means tenaga untuk hari esok tu harus disimpan......:)
*To be continue........
PETANG NI TAK DAPAT BW ; ADA DIALOG BULANAN - MAC 2011
P/S:Jom makan.....* my hubby baru je antokan nasi untuk aku....hu3....*
'STICKY MODE ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY ..' DAH RAMAI YANG REGISTER DAN DAPAT INCOME.... ..HEARTBEAT MEMBER / AFFILIATE
Dah banyak kali terbaca tentang Heartbeat nih. Tapi tak berani nak join dulu. Takut ada effect plak dengan Nuffnang nanti. Tapi bila dah ramai yang join dan Heartbeat ni takkan effect status kita kat Nuffnang ….. *pagi ni terbaca lagi kat blog Izan *…..aku pon terus register.
Lagi2 bila si Mama Zharfan ni share pengalaman dia dah 2 kali cashout income dari Heartbeat nih. Lagi berkobar2 semangat nak join . Senang je nak register . Lebih kurang macam Nuffnang juga.
Klik je kat banner yang aku tepek kat atas tu (dalam blog aku nih). Then ikut je arahannya. Bila dah register bolehle dapatkan code plak untuk tepek banner kat blog .
Tentang earnings plak ; bila dah cukup RM50 dah boleh cash-out dan prosesnya lebih kurang 2 minggu je ; macam yang Mama Zharfan citer dalam entry beliau.
Bila dah register dan letak banner kat blog , rajin2 le wat entry untuk promo Heartbeat nih. So kengkawan yang datang kat blog kita akan berminat dan ‘ter’minat untuk register as a member/affiliate. Setiap kali ada yang register dengan klik banner kat blog kita Heartbeat akan bayar RM2. So kalau dah 10 ,20 orang dah berapa kannnn……Senang2 je dapat duit…he3…..
Dan sape2 je yang klik 4 sen akan dibayar . Macam sikit, tapi kalau lama2 kan jadi banyak juga. ….
So ape lagi jom le register. Klik je banner Heartbeat kat atas tu ye…. Tolong-menolong apa salahnya…..:)
NASI LEMAK FAVOURITE !
Dah dekat 2 tahun aku stay kat Kajang nih, tapi selama ni belum ada lagi Nasi Lemak yang aku sker nak makan. Selalu kalau beli Nasi Lemak mesti tak penah abis makan. Kadang2 aku just makan ikan bilis goreng dan timunnya je; sebab tak sedap!
Tapi baru2 ni aku dah terjumpa dengan sorang kakak yang bukak gerai jual Nasi Lemak berlauk ni....tapi waktu malam je. Dekat2 ngan area umah aku . Aku paling sker sambal ikan bilisnya. Memang sedap. Cukup rasa manis dan masinnya.
Selain lauk sambal ni, ada juga lauk ayam goreng, sambal sotong dan telur mata.Tapi aku sker yang macam dalam gambar tu ; RM2.50. Berbaloi coz nasinya sedap dan sambal pun banyak......:)
MURAH2...TUDUNG MURAH !
SAYA YANG MENURUT PERINTAH ; GERAM PUN BUAT JELAH KEJA PA NIH ...
Terkulat2 dia bila aku terus blah dari situ. Ha3.....
Rabu, 30 Mac 2011
MEE SIZZLING JJ YANG TERBAEKKKKKKKKKKKKKK...
Apa pendapat korang?
MENU PETANG ; KENTANG GORENG PUN OKAY.
Petang2 ni pun masih mendung lagi. Macam nak ujan. Suasana pon sejuk je. Sejuk2 ni mulalah perut ni terasa lapar. Mulalah mereka2 nak makan macam2. Kalau makan kentang goreng ngan mayonis dan sos pon sedap gak petang2 cam gini.....
Korang sker???
ZILA BAKARIN TUTUP AURAT
TERKENAL dengan identiti yang seksi dalam kebanyakan penampilan dan lakonannya, tidak bermakna pelakon Zila Bakarin menolak tawaran untuk memegang watak wanita berimej keislaman.
Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja.
Akuinya, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati.
“Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya,” terangnya yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata, Kaseh Azri, 2.
Cerita selanjutnya di sini - KOSMO
P/S: Nampak sopan dan sweet je Zila Bakarin ni pakai tudung. Walaupun cuma dalam lakonan. Mana tau satu masa dia benar2 bertudung. Sape tau? Semuanya Allah punya kuasa....
PERAK HARAMKAN TARIAN POCO-POCO
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
*Sumber : KOSMO
P/S:Terus sentap aku baca berita nih. Memang inilah salah satu tarian yang selalu diselitkan masa kursus dan senamrobik kat office selalu tu. Mula2 tadi dapat berita dari my hubby ; dia dengar kat berita katanya. Apa2 pun bila dah dikatakan HARAM ; perlulah kita menjauhinya.
PENANG VACATION ; PRT 6 - KE AQUARIUM DAN WAR MUSEUM
Niat asal nak masuk ke War Museum terpaksa dibatalkan coz ingatkan free ke.....tiket murah ke....tapi RM 20 sorang rupanya. Betiga dah RM60. Fikir punya fikir coz banyak lagi tempat yang lebih menarik nak pegi...so we alls tak jadi masuk. Just amik gambar kat luar je. Kalau nak tau detail tentang War Museum nih , bolehle klik kat link nih. Tengs untuk google.
RUHIL AMANI LAHIR ANAK KEDUA
PETALING JAYA: Penyanyi Ruhil Amani Hussein selamat melahirkan bayi keduanya, Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada 3 Mac lalu.
Bayi lelaki seberat 3.83 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12.59 tengah hari.
Isteri kepada pemain gitar terkenal, Jamil Wilson atau Jamie ini melahirkan bayinya secara pembedahan.
Penyanyi lagu Kawan ini masih aktif menyanyi dan pernah membuat persembahan bersama-sama Ferhad di ibu kota ketika sedang sarat mengandung.
Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan kini sedang melalui proses berpantang.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan anak perempuan bernama Ruhil Ariana Wilson Jamil Wilson, 7.
*Sumber - mStar
P/S: Aku cukup sker dengan lagu KAWAN ni masa sekolah2 dulu...:)
JOM MIX N MATCHKAN TUDUNG .... JANGAN TAKUT NAK MAIN KALER !
Actually bertudung ni macam kita menggayakan baju kita juga. Yang penting kita selesa dengan pemakaian kita tu dan bukan sebab nak tiru2 orang lain. Senang citer layan je lah gambar2 kat bawah ni dengan caption nya sekali ek.
Tapi peringatan untuk sume ; Ini cara aku dan bukannya cara yang terbaik. May be korang ada cara lain . Just nak berkongsi je coz ada orang yang tanya kannnnnn....:)
~ Yang ini aku pakai tudung 2 layer. Layer pertama yang tudung sarung kaler orrange kt dalam tu. Dan layer ke-2 selendang pink kat luar tu. Sape kata oren & pink x leh combine. Kena cuba dulu baru tau hasilnya....I like this kaler....:)
Inilah di antara nya yang aku boleh share. Actually tak semestinya sehelai tudung atau selendang boleh pakai untuk 1 baju je. Cuba tengok cam cara yang pertama dan ke-4. Selendang tu adalah selendang yang sama ; tapi aku MIX kan dengan tudung sarung yang berbeza.
Tudung sarung lama pun kalau kita buat cara cam ni akan nampak baru dan ada kelainan sikit. So dah boleh jimat bajet....hu3.....