UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 29 Oktober 2018

Kenangan Silam (Cari Kerja Lepas SPM)

Pagi ni terpanggil nak mengimbau kenangan silam ; waktu tu baru habis SPM ..

Last day paper SPM , sebelah petangnya naik bas sensorang ke Bandar Teluk Intan cari keje. Pusing lah merata menapak sensorang.Sudahnya dapat jugalah keje di kedai cermin mata dengan tawaran gaji masa tu RM150. Rasa best sangat dah masa tu dapat keje sebab niat memang nak tolong my mother semata-mata. Jadinya grab jelah apa je keje yang ada...

Sempatlah keje dalam sebulan kat situ then tukar keje lain plak. Keje dekat kedai jual segala macam jenis ubat-ubatan tradisional dan jamu. Dapatlah gaji lebih sikit ; RM180. Walaupon cuma lebih RM 30 je pon tapi dah syukurrrrr sangat dah. Kalau pandai jait manik kat tudung dapatlah komisyen tambahan. Pegi balik keje naik kete sapu bayar bulan share dengan kawan. Senang sikit nak pegi balik keje sebab nak dapat bas waktu tu agak susah juga. Balik pon dah lewat petang....Masa tu pegi keje bawak bekal sebab nak berjimat dengan gaji yang sebanyak itu. Pernah sekali tu my mother masak lauk sardin, just bawak sambalnya je dengan nasik sebagai bekal. Tak nak ambik ikannya sebab nak tinggalkan lauk untuk adik-adik. Tapi tak citer kat mother pon sebab tak nak dia susah hati. Asalkan ada makanan cukuplah...

Kemudian tuka keje kat kedai kain plak. Sebabnya nakkan gaji lebih. Kat situ dapatlah RM250 sebulan. Di situlah mula belajar gunting kain. Tumit kaki pon dah naik kematu sebab berdiri lama lagi-lagi kalau yang datang nak borong kain berpuluh-puluh meter. Jenuhle nak kene sukat..potong...dan lipat elok. Dalam 3 bulan jugalah sempat keje kat kedai kain tu.

Lepas tu tuka pak keje kat kilang. Sebab ex-schoolmate keje kat situ. Dialah yang bagi tau. Cuba nasib mintak dan dapat. Mulanya sebagai operator pengeluaran je dengan gaji RM400++ rasanya...then after 3 months naik pangkat sikit jadi kerani. So tak perlu nak keje shift lagi. Gaji pon naik kepada RM650...Alhamdulillah.....

Semua tu pengalaman yang tak mampu dibeli. Hikmahnya mengajar diri lebih kuat, berani dan berdikari. Dalam mencari kerja tak boleh demand sangat lagi-lagi kalau kita belum ada pengalaman dan dalam keadaan sangat memerlukan pekerjaan. Terima aje apa juga tawaran yang datang..pelan kita upgrade diri... Kerja bersungguh-sunggu, jaga disiplin, jaga pergaulan... Kerja satu amanah dari Allah.Buat kerana Allah akan ada nilai ibadah.InsyaALLAH...


Ahad, 28 Oktober 2018

Assalamualaikum....Setelah Bertahun Lamanya

Assalamualaikum... perghhh setelah bertahun lamanya.. kembali ke blog ini.. ada lagi ke follower yang sudi singgah ke blog ni... huhu... kalau ada kita say "hai hai" sikit...
😃😉
.
#azzeyatin

Khamis, 18 April 2013

Muhasabah Diri - Tips Memberi Nasihat

Assalamualaikum untuk kamoo-kamoo kesayangan semua ......
Istimewa dari seorang teman kepada semua teman pagi ni....
(bukan nak jadi ustazah...sekadar nak menyampaikan sesuatu yang mungkin boleh dipraktikkan bersama.....
sedar diri tak pandai ; sekolah pon takat SPM jer.....:P)

@ Masjid Negara, Kuala Lumpur



Tips memberi nasihat kepada seseorang :

1. Berdoa pada Allah agar dilembutkan pintu hati oranang yg ingin kita nasihati supaya dapat  menerima nasihat kita dan kita diberikan ilham untuk menyusun kata-kata yang baik untuk dituturkan kepadanya

2. Jangan memaksa kerana Hidayah milik Allah s.w.t

3. Bersabar dan terus memberi nasihat ; jangan putus asa


*Semoga urusan kita semua akan Allah permudahkan ye kawan-kawan...:) *


Rabu, 17 April 2013

JJCM - Burger Mat Salai , Prima Saujana Kajang

Inile dia rupa Burger Mat Salai tu


Kali ni nak citer entry santai, sesuai dengan waktu petang cam gini....
Kita citer pasal makan2 @ JJCM

Hari ni maybe ada yang dah pening kepala, mujur tak pitam jer memikirkan nak makan hape untuk dinner...
SO......
Apakata cuba Burger Mat Salai, Prima Saujana Kajang ni
Lokasi? Sebaris dengan kedai My 1 Shop dan berdepan dengan Tapak Pasar Malam, Prima Saujana (dekat area Giant)

Harga? Aku dah lupa tapi yang penting tak sampai pon 10 hengget
Rasa? Boleh tahan , lebih kurang macam Oblong juga
Tau ke Oblong macam mana?
Kalau tak tau sila google image ye....;P

Sesekali bolehla...hari-hari tak sesuai juga.....
JOM CUBA!


*Makanlah yang kita teringin ...asalkan halal dan jangan membazir...*



Terserempak Dengan Pelakon Anzalna di Wangsa Walk - Cantiknya Dia!

Ni citer membeli-belah hari Sabtu lepas
Yang aku citer dapat handbag idaman tu >>> kat SINI


Memula tak perasan
Yang perasan my hubby.....saje tau kalau retis pompuan yang HOT MELETOPS nampak je mata tu kannnnn....

At first macam cuak le juga...takut-takut salah orang
COZ...that day dia makeup agak heavy (ni bukan kutuk ye tapi puji...mmg siries cantik)
then rambut dia sanggul
selalu dalam TV tu dia sker lepas rambut
Nampak muka cam panjang jer....ni tak ,nampak muka kecik..comey sangat...
Body pon kurus ....kecik je....

Dari kedai yang pertama sampai ke kedai yang kedua dalam Wangsa Walk kami follow dia...
sampailah dengor suara dia bila dia bercakap dengan salesgirl kat ctu..
MEMANG SAH ANZALNA!
Ditambah lagi bila salesgirl kat situ amik gambo dengan dia....
Yelah takkan nak amik gambo sesaje dengan customer yang datang kedai.Apa kelas kan? heh3....

So, terus buat muka tak malu say hai kat dia n cakap ....
"Macam kenal je...ANZALNA ye???"
Dia senyum tersipu2 gitu (tanda betoi le tu...hu3..)

Terus request nak bergambo dengan dia
Tapi cakap kata my princess yang nak bergambo....ha3....
Padahal dalam hati berbunga2 feel MACAM KAKAK ANZALNA SEKEJAP....Ha3....

Rupa-rupanya dia ada shooting somewhere around there..
Datang situ coz nak cari seluar ke baju ker...lupa coz asyik pandang muka dia je.... untuk shooting.....tapi tak sempat tanya citer apa COZ mata tak berkedip tengok muka dia yang cantik....halus....mulus .....meletops!

Honestly dia memang lemah lembut bukan dibuat2....cantik...dan tak sombong, harap2 kekalkanlah sikap tu ye ANZALNA ye.....(macam le dia baca blog picisan aku nih...hu3...

Turn my princess plak begambor dengan dia....kebetulan ek? baju sama...kaler putih , nampak gambor pun suweet jer. Gambo aku kat atas tu ANZALNA yang buat jadi serinya sbb tuan tanah dah menghampiri musim kertunya...hu3...

My Cousin (Nurul Fatiha) 's Wedding Day - Sanding Tema Putih Ungu

Alhamdulillah majlis pernikahan my cousin ; si Nurul Fatiha a.k.a Angah ni dah pon berjalan lancar hari tu (30.3.2013)....
SO, tibalah masa yang dinanti-nantikan....
(sambil nyanyi lagu " kompang dipalu...pengantin malu....eh2..MALU ke BARU??? hu3...)

Pengantin tersenyum girang duduk di atas pelamin yang indah kaler ungu lagi tu..;)


Bukan je pengantin yang senyum tersipu-sipu..
Pengapit pon ikut sama malu....
Pengapit bidan terjun a.ka my princess hari tu coz dia pakai baju sedondon dengan pengantin
sekaligus boleh show off baju peplum kaler ungu dia yang baru ibu dia (AKU LER TU) belikan selang beberapa hari sebelum kejadian 
(itu pon jenuh tawaf satu bandar Kajang tolong carikan...ha3..)

Dan kain adalah dibeli di Uptown Jalan Reko, Kajang dengan harga yang mampu milik...
Diulang semula ...MAMPU MILIK....(Promo sekejap..;P)

Nampak tak??? Muka pengapit yang nerves...muka pengantin cool blog je kannnn...Mmmmmuahhhaaaa....


Pengantin berdua menjeling.....

Inilah pengantin pompuan

Full Name : Nurul Fatiha bt Mohd Zamri 

Nama samaran/panggilan: Angah (merangkap nama komersial)
kih3....
Baju dan pelamin plus makeup: Tempah kat butik pengantin belakang Bank Rakyat Teluk Intan 
(harga around RM 2600....seperti yang diberitahu oleh sumber2 terdekat dgn pengantin...hu3...)

Ni bukti pengapit lebih hover dari pengantin noks...kih3....

Pengantin lelaki dan family dah sampai sehari sebelum kenduri
Nasib baik ada jiran sekampung yang bermurah hati nak tumpangkan diaorang satu family kat rumah dia
Itule untungnya dok kampung kan.....sikap bantu-membantu yang masih menebal lagi..

Kebetulan masa bersanding dah masuk waktu tengahari...memang panas waktu ni
Kesian pengantin menahan panas dek cahaya matahari
Tapi disebabkan makeup pengantin yang mahal bukan takat krim pasar malam yang macam aku pakai....hu3...
makeup tetap maintain vogue the vass gitue...hu3....


Juadah makan beradap disediakan oleh adikpengantin sendiri yang agaknya memang ada bakat memasak sejak dari dalam perut lagi...PEACE YO!

Kenapa aku cakap cam gitu?
Coz adik dia lelaki....TAPI bab masak memasak memang dah menghampiri kepakaran chef hotel bajet a.k.a 3 bintang....:P

Panas-panas pon tetap senyum selagi mampu...

Bergambar dengan mak ayah pengantin lelaki
Jauh datangnyer....dari Bachok, Kelantan ni......

Doa senjata orang mukmin...
Mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada kedua-duanya dan bahagia dunia hingga akhirat sana
Moga-moga mereka mampu bercinta sampai ke syurga.....
AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Muhasabah Diri - Ni Nak Kongsi Citer "Kerana Sedekah Sekupang"

Assalamualaikum semua.
Pepagi, ni jom kita baca kisah ni untuk muhasabah diri sebagai permulaan hari....

Gambar adalah hiasan semata-mata
Tapi just nak citer.... ni kat Taman Wetland, Putrajaya je....coz aku tak mampu nak pegi sampai ke oversea sana...:P


Sekadar nak berkongsi Pengisian dalam Program Muqaddimah TV9 ; Topik 'Kerana Sedekah Sekupang' minggu lps..

alaaaaaa yang setiap hari siaran pukul 6.30 pagi tu



Kisah benar yang dialami oleh kawan kepada ustaz berkenaan....




Diceritakan:
Ustaz ada seorang kawan yang agak berjaya hidupnya dan dia juga seorang yang sayangkn ibunya dan memang menjaga kebajikan ibunya. Dia tidak pernah cuai mengirimkan ibunya wang belanja setiap bulan.




Nak dijadikn cerita satu hari, si ibu mintak dikirimkan duit melebihi kebiasaan (mungkin bese kawan Ustaz tu bagi RM500 , tapi waktu tu si ibu mintak RM1000)

 Dalam dilema antara keperluan diri dan keluarga dengan kehendak ibu yang dikasihinya.....

Dia memilih untuk mendahulukan kehendak si ibu itu....


Dipendekkan cerita...Dan dengan kehendak Allah pada sebelah petangnya kawan ustaz berkenaan menerima perkhabaran yang menggembirakan

 bila mana dia mendapat suatu projek yang besar dengan jumlah berlipat kali ganda daripada jumlah wang yang diberikannya kepada si ibu pada sebelah paginya.....

Subhanallah.....Allah Maha Berkuasa






Jangan percaya kepada foto....
Wajah yang bebas tanpa cela itu hanyalah edit picture semata...hu3...
With my litle sista Leez. Letakla sikit gambo dia ni...kang kecik ati plak
Tak pasal2 hilang sorang pengkomen tegar dalam blog ni...he3...
"KAMI SAYANG MAK KAMI.....LUV U MUM!"


Moral of The Story:

Ganjaran daripada Allah s.w.t buat anak yang mendahulukan keperluan ibunya berbanding keperluan sendiri. 
Mungkin kehendak si ibu adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana kawan ustaz ni mensyukuri nikmat yang Allah beri kepadanya selama ini.
Bknkah Allah telah nyatakan....
SESIAPA DARI KITA YG BERSYUKUR , ALLAH AKAN TAMBAHKAN LAGI NIKMATNYA DAN SESIAPA YG KUFUR (INGKAR) SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMAT BERAT
Na'uzubillah......


* Kisah yang boleh-sama-sama kita sama2 amik iktibar daripadanya......
Jangan berkira dengan harta kurniaan Allah...Harta itu hanya pinjaman....dan Allah berkuasa mengambilnya semula dalam pelbagai cara

Jom banyakkan sedekah dan memberi
Mulakan kepada kaum keluarga sendiri.......
Mudah2an kita akan terhindar dari musibah dan sentiasa dalam redha ALLAH....In Shaa Allah *

Isnin, 15 April 2013

My Princess Birthday Celebration (16th years)

Ni Cerita Besday Celebration for my princes.....Fatin Noralyani Nadhirah yang ke 16 tahun....Sweet Sixteen gtue....

Story-mory hari tu...lets the picture telling the story
Sesekali nak speaking Londong dengan kamoo - kamoo semua....PEACE YO!

Tiramisu Cake for besday gegirl...
Besday gegerl request Red Velvet Cake....TAPI..
Jenuh si omak nih tawaf satu Bandar Kajang, kedai kek banyak tutup (hari Ahad kot...)

SO....Ni lah hasilnya 
Beli kat Metro Kajang je
Nama kedai tak hengat coz resit dah buang lepas bayor harga macam mahal sangat (he3....x baikkan..dengan anak pon nak berkira....Ya ampunnnnnnnnn)....:P


Senyuman suweetttt dari besday gegirl...

Masa dah time (haa...kan English kampung aku dah keluar...)
Masa untuk potong kek

Posing dua beranak
Si anak dengan muka comey plus si ayah dengan muka separuh bajet comey (Itu pon jenuh belatih... ada dia kesah ; bukan kamera orang lain pong..:P )

Masa untuk posing dengan si ibu yang bajet muka ayu walaupon dah kertu.....hu3....

Spagetti ni request by Besday gegirl


Ni nak citer pasal celebration hari tu..
Mula-mula nak celebrate kat Pizza Hut je as usual....TAPI....
Besday gegirl kata dah bosan asyik-asyik Pizza Hut je...
Asyik-asyik Pizza Hut....celebrate besday je....ye ke???

So at last we alls ke Alamanda, Putrajaya je
celebrate kat Kenny Rogers
Coz ada orang tu (si ayah ni) yang teringin nak makan kat sini
Ngalahkan yang sambut besday lagi..he3...


Muffin ada dua flavour..tapai tak hengat apa namanyerrrr
Tekak Melayu memang susah nak ibgat makanan cam gini.......


Main menu
Set nasi dengan ayam panggang ni
Nasi sedap = lembut jer dan wangi
Ayam = sayangnyer aku bukan penggemar ayam tegar 
SO.. Bagile pada si gegirl ngan si ayah tu yang menyantapnyer

Air tak ingat nak amik gambo
Kos semua sekali around RM 60 jer....
kenyang..alhamdulillah


Lepas makan sesi bagi hadiah 
Yang dapat hadiah senyum manis
Yang bagi hadiah...dok fikir taon depan nak bagiapa plak ni....he3....


Muka teruja dan ceria
Bila hadiah dah ada depan mata
Dia hepy...aku pon gembira


"Ya Allah kau panjangkan usia anakku dalam keberkatan..
Kurniakan dia kesihatan yang baik dan berterusan...
Luaskan dan berkatilah rezekinya...
Tetapkan dirinya dalam iman...
Kekalkan dia dalam ibadah dan solatnya....
DAN
Jadikan dia anak yang solehah...... cemerlang dunia dan akhirat.....
Amin Ya Rabbal Alamin "

Ahad, 14 April 2013

Handbag "I Love tee too" Kini Milikku

Kaler dan design gini untuk aku.... Boleh buat sling bag / bawak  bimbit gitu je (betoi ke istilah aku nih....taram jelah...heh3...)



Orang kata perkara yang baik lagi MURAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH memang elok dikongsi....he3...
So, nak kongsi koleksi terbaru aku kat sini..
Handbag yang bajet mahal...meletops.....Osem (perasan lebeyyyyyy...)
Tak kisah....yang penting baru dari kedai
Murah dan sesuai dengan gaji aku as a Kerani yg bese-bese jer...( ayat klise dah keluar....)


Dengan erti kata lain....
MAMPU MILIK
One for me ; and one for my princess a.k.a buah hati :)


Gara-gara terpikat dah hati ni bila baca entry kawan seblogging (perkataan baru lagi.....lempang kepala sendiri)
Dengan ucapan " TQVM ina ....I Love u laling...len kali share lagi koleksi mampu milik yang kamoo tau hokeh!"


Yang cam gini plak untuk my princess a.k.a buah hati ku..;P


Dah terang lagi bersuluh
Macam yang tertera pada beg tu (nampak sangat nak orang tau...hu3...)
aku beli kat I Love tee too , Wangsa Walk

Memang banyak handbag yang lawo-lawo kat sini
aksesori like belt pon ado
So apa lagi....???
Terjah kesana untuk mendapatkannya (iklan free....he3)
Ker nak aku tunjukkan google maps kat kamoo-kamoo semua untuk sampai ke tempat ni..... :P



*Niat di hati nak juga pakai handbag LV......Kah3 tak sedor diri ... ..Syukurlah dengan rezeki yang Allah bagi*


Jumaat, 12 April 2013

Salam Jumaat - Jom Doakan Dirinya

Salam Jumaat buat kamoo-kamoo teman kesayangan semua...Banyakkan doa di hari. Mohon kempunan dari Ilahi


Perbualan dengan seorang rakan mengundang rasa insaf dan syukur dalam diri..
Bila mana dia menyatakan ....
" Saya suka tengok awak dah berubah , dan saya pon teringin nak berubah" 

Dia mohon didoakan untuk perubahan diri.....
berhijrah selangkah demi selangkah demi utk terus memperbaiki diri
Permintaannya mohon 'DIDOAKAN' itu yg menyentuh perasaan....
KERANA....

Saya bukan sapa-sapa teman..
Hanya insan biasa banyak khilaf yang sentiasa mengharapkan Dia memberikan pertolongan....

TAPI....

Demi kamoo teman...
Saya aakn turut mendoakan
Doa untuk dirinya dan kamoo-kamoo kesayangan semua dalam solat dan munajat seharian
Mudah-mudahan Allah makbulkan......
Sayau bukan sapa-sapa..hanya mampu berkongsi pengalaman..
Allah jua yannug mengizinkan utk setiap perubahan kebaikan

"Ya Allah kurniakandiriku ,  temanku itu dan kami semua dgn HidayahMu...dan Istiqomahkanlah diriku, dirinya dan diri kami semua dalam ibadah dan perkara kebaikan. 
Amin Ya Rabbal 'Alamin "


* Hidayah milik Allah..pohon pada-Nya dalam setiap sujud dan munajat kita...jangan putus asa...terus bertatih dan berlari dalam mendapatkan redha Ilahi* 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs