UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Minum pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minum pagi. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2011

WAKTU MINUM YANG TAK SUDAH-SUDAH

Waktu minum yang memang dibenarkan untuk staff dah pon abis. 20-30 minit je pon. Tapi dalam office lengang je lagi . Means masih ramai staff yang belom masuk. Masih minum dan sembang2 kosong lagi tu.

Entahlah…tak tau nak kata apa. Sikap masing2. Masing2 tau apa yang nak dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Tegur lebih2 nnati dikata ‘busy body’ dan nak tunjuk bagus plak.

Biarlah….Yang baik jadikan contoh…yang kurang baik sama2 kita jauhkan. Itu jelah yang temampu nak dilakukan.

P/S: Aku macam beselah…..minum air yang aku bawak dari umah je…..:)


Jumaat, 28 Januari 2011

WAKTU MINUM PAGI

Dah pukul 9:15 pagi. Dah ramai yang kuar minum. Kat kantin pon ada ; yang kuar pon memang le ramai gak. Aku malas nak kuar. Dah tapau air susu n roti ngan sosej dari umah tadi.

Cuma belum makan je lagi. Sekejap lagi baru minum....Korang dah minum?

Selasa, 18 Januari 2011

WAKTU UNTUK MINUM ; BUKAN UNTUK ME'NGULAR'

Agak2 ada ke yang faham tajuk entry aku nih? Bukan pe. Jam dah bunyi ; menunjukkan pukul 9.00 pagi. So waktu2 cam gini ramai le yang kuar pegi minum…*sebab ada yang tak sker makanan di kantin*….

Masalahnya masa minum yang diperuntukkan Cuma dalam 15-20 minit…..yelah pandai2 la kita agak kan. Tapi ramai yang kuar minum ; Lebih 1 jam pon belum tentu masuk office lagi.

Itu bukan minum namanya ; tapi me’ngular’ yang lebihnya. Berpada2lah dengan masa yang diberikan. Tengah ada kelonggaran. Nanti bila pihak atasan bagi peraturan yang ketat…dikata straight sangat. Tapi sape nak jawab kalau orang datang nak berurusan ….sorang staff pon tak de nak bagi perkhidmatan?....


P/S:Bukan nak mengata sesape…Cuma nak saling ingat-mengingatkan je….*mengingatkan diri sendiri juga…*


Jumaat, 24 Disember 2010

MINUM PAGI

Baru ada kesempatan nak minum pagi. Agak busy sejak awal pagi tadi. Hajat nak makan roti cicah kuah kari tak kesampaian sebab kedai tu cuma jual kuah dal je....(pesan kat kawan)

So minum pagi dengan roti cicah teh 'O' panas je....Yang penting perut mesti diisi.......:)

Jumaat, 17 Disember 2010

BACAAN YASSIN DAN MINUM PAGI

Alhamdulillah, baru lepas minum pagi. Sebelum tu sempat juga aku ke Majlis Bacaan Yassin & Tahlil tadi. Sayu je hati sepanjang majlis tu....

Teringat kan mangsa2 kemalangan yang terlibat. Dan juga teringat kan aruah abah aku ; yang dah 16 tahun meninggalkan aku dan adik2 .Kerana kemalangan jalan raya juga.

Tu yang buat aku seriau sangat bila ada kes2 kemalangan jalan raya nih.......Orang yang dah melauinya je yang akan merasai....:(


P/S: Kalaulah abah masih ada...............................:(

Jumaat, 10 Disember 2010

KUIH AKOK….LEPAT UBI

Baru lepas minum. Makan kuih akok seketul. Dengan milo ‘O’ secawan. Alhamdulilah kenyang…..Kirim kuih akok 2 ketul ; tapi makan 1 je. Rasa macam kuat sangat bau telurnya…..

Eh2……Kuih akok ada telur ke? Hi3….Memandai2 plak aku……

Sempat juga kirim Lepat Ubi untuk my princess. Dah 2-3 kali dia cakap teringin nak makan lepat. Aku nak buat lepat? Lempeng boleh kot….hu3…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs