UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label KL Tower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL Tower. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

CENTRAL MARKET JADI DESTINASI SETERUSNYA

~ Centarl Market. Dulu masa keje kat company lama (MAA Insurance) ; selalu gak aku ke sini bila ada kursus kat HQ.....:)

~ Suasana kat dalam Central Market. Dengan deretan kedai / gerai. Pelancong asing pun ramai....

~ Ini Straits Chinesse. Of course le barang2 yang dijual pun lebih kepada budaya Chinesse.

~ Ini tempat aku paling sker. Gerai2 melukis potret ; tengok my princess tu tengah ghalit tengok lukisan2 kat situ.....

~ Kan aku dah kata ; kami berkongsi hobi yang sama....:)

~ Ni tangga nak naik ke tingkat atas. Ada banyak lagi kedai2 kat atas tu. Actually masa ni aku dah letih , tapi my hubby still nak jalan lagi.....hu3

~ Baju besi....Agak2 okay tak kalau pakai baju besi ni masa ujan sambil bawak motor?...Hu3....

~ Kat tangga pun tanggalah ...janji posing

~ Kedai menjual baju2 batik pun ada

~ Ni dah penat sangat.....rest kejap sambil minum sebelum balik......


Lepas puas jalan2 dan bergambor kat KL Tower, we alls terus ke Central Market plak. Plan nak ke Central Market ni dah lama ; tapi tak menjadi je. Aku memang dah selalu ke sini . Masa tu aku maish keje kat company lama. Kalau kursus je mesti HQ akan book hotel kat area dekat2 ngan Central Market nih.

My hubby dan my princess memang tak pernah ke sini.Kebetulan ada masa....we alls terus je le menyinggah.

Macam2 ada kat Central Market nih . Banyak kedai2 menjual baju....kasut...topi...aksesori....barang perhiasan dll. Kalau nak beli pun boleh ; atau pun just jalan nak cuci mata pun boleh.

Aku lebih tempat yang jadi favourite adalah gerai2 melukis potret. Boleh ghalit aku kalau pegi situ.....:)





P/S: Minggu ni nak jenjalan ke mana plak ek???



Rabu, 13 April 2011

KL TOWER LAGI....

~ Kat depan 1 MALAYSIA CULTURAL VILLAGE.....Nak masuk dalam tu kena bayar. Tak ingat berapa ; tapi ada kaunter tiket kat pintu masuk tu....:)


~ Pandangan dari tingkat pertama KL Tower.....Ini pun belum naik atas lagi.....:(

~ Telefon dolu2.....Ada Muzium Telefon kat KL Tower nih.....kecik je..

~ Telefon macam gini selalu aku guna masa sekolah2 dulu...nak kal makcik ke..kawan2 ke..ape2 ke....hu3....


~ Minuman dan makanan ringan pun ada dijual...



~ Berfotoshhot sesaje.....:P


~ Orang yang happy tak sudah2 bila first time ada kad ATM sendiri..ha3.....

~ Kebanyakannya pelancong asing yang datang ke KL Tower ni


~ Ni time berebut nak amik tempat bergambor kat situ...hu3....

~ Bagi le si kecik ni chance dulu ; kang majok plak.....heh3...

~ Sampai jugak turn aku......:P

~ My princess ni memang 'pantang tengok' mende2 souvinier nih ; aku je malas nak layan sangat...heh3.....


Dah lepas my princess tunggang kuda kat depan KL Tower tu barulah we alls naik. Tapi rupa2nya kalau nak naik ke atas lagi kena bayor. Kalau tak silap aku sorang dalam RM30 juga. We alls bertiga dah berapa......So amik gambor kat bawah tu je le sambil tengok2 apa2 yang ada kat situ.

Selain dari gerai2 jualan (baju, beg, kasut, topi , keychain, dll), kat situ juga ada bilik yang seakan2 mini pawagam. Kat situ ditayangkan dokumentari tentang pembinaan KL Tower. Majoriti yang masuk kat situ pun adalah pelancong asing.....Dan kami adalah diantara pelancong2 dari dalam negara sendiri.....:P

KL TOWER - TUNGGANG KUDA


~ Dengan penuh gaya my princess menunggang kuda

~ Muka macam berani2 takut je...hu3..


~ Aku jadi pemerhatu je ; nak join tak berapa berani plus geli....eiiiiiiiiiiiii

~ Amik gambor tepi kuda pun jadilah....:P

~ Pusing lagi......



~ Puas sangat le tu ; dapat apa yang dia nak....heh3....


Lepas jalan2 kat Taman EKO Rimba KL tu we alls terus nak masuk ke KL Tower......tapi sangkut sekejap kat tempat menunggang kuda nih. Sape lagi yang sker benda2 yang adventure nih...my princess lah.

Bayaran yang dikenakan adalah RM 5 kalau guna kamera sendiri dan just nak bergambor je. Tapi kalau nak bergambor dan pusing2 tunggang kuda (2 kali pusingan) bayarannya RM10.

Kalau guna kamera yang disediakan just nak bergambor je....RM10 juga.Tapi tak leh nak pusing le....Sebab we alls memang usung je kamera murah ni ke sana -sini so bayar RM10 jelah , untuk pakej bergambor dan tunggang kuda sambil pusing2 kat situ.

Selasa, 12 April 2011

KE KL TOWER - TAMAN EKO RIMBA KL

~ Ni kat area luar KL Tower ; posing dulu sebelum masuk dalam....



~ Berhadapan dengan KL Tower ada Taman EKO Rimba KL

~ Laluan bertangga menuju ke dalam Taman rimba

~ My princess



~ My hubby


~ Papan tanda yang menunjukkan arah tempat2 menarik kat dalam Taman rimba tu


~ Jalannya curam ; menuruni bukit......


Last week ; 3/4/2011 (hari Ahad) aku , my hubby dan my princess ke KL Tower. Jangan gelakkan aku kalau aku kata ni first time aku ke situ. Hu3.....

Ada Taman rimba rupanya kat depan KL Tower tu. Tak de bayaran masuk dikenakan. Nama taman tu ; Taman EKO Rimba KL. Kepada pencinta alam semulajadi memang sesuai sangatlah taman rimba ni. Kat dalam tu ada Rumah Orkid Liar, Taman Herba, Galeri warisan dll.

We alls masuk tak sampai pun separuh jalan ; tak sampai pun 1 km...dah rasa semput. Masa nak masuk okay lagi coz turun bukit.....nak kuar tu yang siksa sebab mendaki bukit. Tu yang amik keputusan kuar cepat2 tu...hu3...

Apa yang aku nampak, ramai pelancong je yang masuk ke situ. Ditemani tourist guide sekali....Kalau skerkan alam semulajadi, bolehle berkunjung ke situ ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs