UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 22 Julai 2010

LeTaK IkUt SkEr !!!

~ Credit to google.....


Tak pasti salah sape. Tapi dah 2-3 kali berlaku. Ada sekali tu main selit2 kat pintu jerk.... letak ikut sker!!!!! Mesti u alls nak tau apa dia yang aku maksudkan tuh.....Ape lagi .......... kalau bukan surat @ letter!

Kalau main selit2 tu.....selit2 kat tempat yang betul, tak pe juga...... tapi dah la selit kat tempat yang tak sesuai, alamat pun memang tak tepat.

Ikut sker2 jerk nak letak surat tu kat mana. Aku plak yang terpaksa jadi 'part time' posmen, tolong letakkan semula surat2 tu kat dalam peti surat yang sepatutnya. Bukan sebab dah terlebih rajin, tapi sebab surat2 tu diselitkan kat pintu rumah aku. So nak tak nak kena lah letakkan semula surat2 tu kat tempat yang sepatutnya.

Macam tadi.....statement dari bank .... Tengok2 sampul pun dah terbuka! Haiiiiiiiii......tak taulah sape punya keje.....

Yang aku tau, bila aku dapat je surat macam tu....... aku akan cuba sampaikan kepada yang sepatutnya.....Am I Right???

SeRaM ........ MANTRA

~ Filem MANTRA ...... TGV CINEMAS

Last Sunday (18/07/2010), tertunai jugak hajat aku nak tengok filem seram gilerrrrrrrrrr.....MANTRA...... kat TGV Cinemas Jusco, Cheras Selatan. Actually , my hubby tak berapa minat tengok cite2 versi seram macam ni, tapi dek kerana nak menunaikan hajat wife tercinta dia nih.....he3........ so nak tak nak, dia turutkan jugalah.


MANTRA mengisahkan pengkhianatan dalam persahabatan. Watak Hasbie, lakonan Hasnul sanggup menggunakan ilmu hitam ke atas rakannya Muzir, lakonan Zul Suphiaan dan Ani; isteri Muzir(lakonan pelakon baru Ana Dahlia), semata2 kerana ingin memiliki wanita itu.

Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. Di dalam penjara, Muzir menuntut ilimu hitam daripada Embahsura yang bakal menemui ajalnya. Tapi ilmu itu tidak sempurna kerana dinding penjara telah dipagar dengan ayat2 suci Al-Quran.

Muzir telah meminta pertolongan daripada Pak longnya lakonan Hamdan(bekas ahli kumpulan Senario) untuk memadamkan ayat2 suci itu. Pak longnya yang terdesak kerana isterinya yang menghidap penyakit ganjil telah bersetuju dan dengan balasannya, Muzir mesti mengubati penyakit isterinya.

Untuk tujuan itu, beberapa syarat perlu dipenuhi oleh Pak long Muzir. Pertama, memadamkan ayat2 suci yang terdapat di dinding penjara. Keduanya, menyediakan 3 hidangan untuk disembahkan kepada penjaga ilmu hitam. Dan yang ketiganya, mengambil tali pengikat di bahagaian kepala mayat perempuan yang mati melahirkan anak sulung mengunakan gigi.

Pelbagai kejadian seram berlaku selepas itu. Dan peringatan......filem ini penuh dengan adegan seram dan suspens. Untuk anak2 kecil memang agak kurang sesuai. Lagi satu, banyak sangat scene yang menunjukkan ulat2 dan ular......yang boleh buat kita rasa geli sesangatttttttttttt !!!!!!!

So, kalau tak boleh layan dengan sume tu....fikir 2-3 kali sebelum pegi tengok cite nih. Macam aku.....balik je dari tengok filem ni, langsung tak boleh nak makan ..........ha3.......

Kalau nak tau kesudahan filem ni, sila berkunjung ke pawagam yang terdekat sementara ia masih ditayangkan hokay. Sementara stok masih ada!!!!! ha3......

p/s: Kepada yang dah tengok cite ni, janganlah cuba2 nak mengamalkan mentera2 yang dibaca oleh pelakon2nya. Takut2 menyalahi agama kita. Just untuk tontonan dah memadai......

Rabu, 21 Julai 2010

SaMbUnG BaLiK!!!

Hari ni aku sambung balik pose........ganti pose yang dah stop selama 3-4 hari nih. Start from today, aku kena ganti pose secara marathon la plak.......ha3......... Kalau tak, dah sah2 tak sempat nak abiskan ganti pose.

Lebih kurang 2 minggu je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Sayunya rasa hati tiap kali nak masuk bulan pose nih. Tahun ni nak tekad tak nak lambat2kan ganti pose. Jamuan ke hape ke.......lepas raya je mesti ganti pose. Kalau tak secara marathon lagilah aku ganti pose jawabnya!!!

~ Selamat berpuasa kepada yang 'senasib' dengan aku........hu3...... tq google

CoNfiRm JaDi! ...... MeNaNgAni GaNggUaN SeKsUaL

~ Tq google


This coming Friday, confirm aku jadi pegi kursus 'Menangani Gangguan Seksual" tuh....... Baru dua hari lepas dapat memo mentioned nama aku dalam senarai untuk atttend kursus tuh. Bestnya, boleh jalan2 kuar sekejap........tinggalkan apa yang boring kat office nih.......ha3.........

Kursus ni bagus. Gangguan seksual ni pon seperti yang kita tau, satu perkara negatif dan boleh memberi kesan buruk kepada pelaku dan juga mangsa.So, secara tak langsung boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja . Actually, per ni di mana2 pon boleh berlaku......

So, bila dapat pegi kursus seumpama nih.....mesti banyak info yang boleh kita tau. Nanti bila aku dah abiskan kursus tu......aku share apa2 yang patut hokay........

Selasa, 20 Julai 2010

19/07/2010...... HaRi LaHiR BoNdA TeRsAyAnG

~ My Beloved Mother...... BONDA SITI ROSIAH

19/07/2010.......Hari lahir bondaku yang tersayang. Dah lewat sehari, tapi belum terlambat untuk aku mengabadikan penghargaan buat beliau di sini......( sebab sekarang ni mak dah pandai blogwalking....blog anak2 dia..ha3......)

Tahun ni genap umur mak 51 tahun. Tapi mak tak macam 51 tahun......bagi aku mak masih macam anak gadis berumur 15 tahun......... Mak tetap cantik, jelita, cun......dan yang paling penting......mak tabah dari dulu hingga ke saat ini.......

Semalam aku call mak. Tanya mak nak apa sebagai hadiah .....Mak kata (dalam nada bergurau)..." mak cuma nak pegi umrah"......

Mak doakan rezeki anak mak ni murah dan diberkati Allah. Mudah2an hajat mak tu, anak mak ni dapat tunaikan secepat mungkin. Mak doakan anak mak ni sihat dan panjang umur....supaya dapat terus menggembirakan mak....


Ucapan buat bonda tersayang.......

" Mak mudah2an mak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang halal dan berkat dan mudah2an mak sentiasa dalam peliharaan-Nya. Doakan juga anak2 mak bertiga ni terus sihat dan mampu untuk membahagiakan hidup mak sepanjang hayat mak.

Ini bukan masa lagi untuk mak terus berduka dengan kisah2 hidup kita yang lalu.....Gantikan dengan kisah2 suka yang akan anak2 mak hadiahkan untuk mak.......Insyaallah. Sekarang masa untuk mak menempuh kehidupan dengan bahagia dan penuh ketenangan."


Sekali lagi Selamat Hari Lahir buat mak. Akak jauh di sini, maaf tak dapat nak sambut saat2 yang bermakna ni bersama2 dengan mak. Tapi doa akak sentiasa mengiringi mak, walau di mana mak berada. Insyaallah ada rezeki, kita celebrate nanti sama2. Mak terus doakan akak dan adik2 semua ya........ Terima kasih. Luv u so much!!!"

NaSiB BaiK SaNgAt

Memang nasib baikkkkkkkkk sangat! Nasib baik aku pindah cepat. Betul jangkaan aku, owner baru yang beli rumah yang aku sewa sebelum ni, akan masuk dalam bulan Julai..........

Hari Sabtu baru2 ni (17/07/2010), dia dah mula cuci dan cat rumah. Mula2 aku tak perasan. Tengah sedap2 layan tido......tetiba.......keletung keletang......... keletung keletang.......... sekali aku jenguk dia tengah sibuk wat operasi pembersihan kat rumah tuh.


~ Ni bukan umah aku......tapi rumah impian aku.....ha3.....amacam ? buleh????

Tq google

Nasib baik aku buat keputusan yang tepat. Pindah rumah! Kalau tak.......entah2 dengan aku sekali kena cuci bersih!!! ha3......

Sabtu, 17 Julai 2010

IMaM MuDa ... LaTeSt InFo (MiNggU Ke-8)

~ Imam muda Asyraf yang dilihat konsisten prestasinya pada beberapa minggu dan sentiasa di tempat yang teratas
Berusia 26 tahun ,seorang imam ; berasal dari Sg. Gelugor ; Pulau Pinang

~ Imam muda Taufek, 26, perunding motivasi ; berasal dari Mersing , Johor

~ Imam muda Hizbur, 27, guru tahfiz ; berasal dari Baling , Kedah

~ Imam muda Aran , 25 , pegawai bank ; berasal dari Mantin, Negeri Sembilan

Minggu ini adalah episod yang ke-8. Masih dengan tema keibubapaan. Pembaca khutbah pada minggu ini ialah, imam muda Taufek dan Tazkirah pula oleh imam muda Aran.

Tugasan pada minggu ini ialah setiap pelajar imam muda diberikan satu kes pasangan suami isteri yang mahu bercerai dan pelajar2 imam muda ini diminta mengendalikan kaunseling untuk setiap kes berkenaan.

Memang tugasan yang agak menarik. Antaranya, kes2 seperti, suami tidak beri nafkah, mertua VS menantu, isteri curang, suami kaki pukul, suami jarang pulang ke rumah dan pasangan tiada zuriat.

Dan berlaku sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak disangka2, bila mana...............

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

2 orang pelajar imam muda telah tersingkir pada minggu ini, iaitu..........

Imam muda Nuri, yang basal dari Karak, Pahang ; seorang penternak..............................


~ Imam muda Nuri (berbaju kemeja hitam berbelang) dalam sesi perbincangan dengan imam2 muda yang lain......


DAN..........

~ Imam Muda Azhar, 20, mahasiswa ; berasal dari Kedah

Memang sesuatau yang mengejutkan! Tapi dah memang lumrah pertandingan. Tinggal lagi 4 pelajar imam muda akan meneruskan perjuangan dalam program ini.

~ Pelajar2 imam muda berpelulakn sesama sendiri selepas sesi penyingkiran........

Aku sendiri tak sabar nak tau siapa yang bakal jadi Imam Muda terbaik nanti......... Tapi macam dah boleh teka jerk......he3.........

Jumaat, 16 Julai 2010

RaSa TeRiNgiN

Tiba2 rasa teringin nak pegi picnic. Dah lama tak mandi laut. Dulu masa kat kampung selalu pegi Pantai Teluk batik. Boleh katakan 2 bulan sekali. Bila dah dok sini.....dah rasa jauh sangat dengan pantaiiiiiiiiiiiiii.........

Esok kalau pegi picnic pon besh gak kan? tapi my hubby x sker ngan laut. Dia prefer...........


~ Tq google

...........air terjun. Tapi aku plak tak berapa sker. Coz macam air tu tak pegi jauh. Macam pusing2 kat situ juga. Tapi itu persaan aku jerk..... Jangan samakan dengan u alls okay!

~ Tq google......

Aku lebih sker pantai View pon chanteq if nak snap pict. Rasa nyaman je bila angin bertiup lembut.......chewwwahhhhhhhhhh........

Tak kisahlah, janji dapat relax. Kalau jadi, nak pegilah esok. Tapi itu pon tengok keadaan. Ntah2 tetiba aku yang malas nak pegi!...........Selalunya macam tulah........hu3.......

MiNuMLaH WaLaUpUn SiKiT

Ramai orang tak sker minum susu. Tapi aku sker. Mungkin yang tak sker tu becoz of bau susu tu atau pon coz of memang tak bese sejak kecik lagi.

Apa2 pon reason nya, susu penting untuk kekuatan tulang dan gigi kita. Minumlah sikit walaupun tak banyak. Cuba sikit2 dulu, lama2 nanti okaylah tuh.......


~ By google

Ada juga petua yang aku baca, susu boleh dijadikan bahan untuk pencuci muka. Khasiatnya ,untuk melicinkan kulit. Tapi aku tak penah cuba lagi. If mandi susu tu adelah....he3......

Yang penting.....minumlah susu untuk kesihatan. Bukan nak membahayakan diri kita ponnnnn. ........Untuk kebaikan juga. Yang pasti.....aku memang sker minum susu. Lagi2 yang sejuk dari dalam peti ais tuh........... sedappppppppnya........

YaNg LaMa JuGa, TeRbAiKKKKKKK........

~ Me & my MIL........Sila abaikan kain2 yang bertaburan di belakang itu hokay........

Walaupun zaman sekarang ni dah memang segalanya serba canggih, serba moden....tapi jangan kata yang tradisi dan yang lama tu tak boleh diguna pakai lagi.

Salah satunya dari segi perubatan. Kekadang petua2 lama pun lebih efektif daripada ubat2 yang ada sekarang (tapi bukan aku nak kata ubat2 sekarang tak bagus.....just nak share pengalaman jerk).

Kalau masih ingat lagi entry aku tentang kawan yang sakit perut tuh...... Dah jenuh dia telan ubat klinik, amik injection sampai 2 kali, pegi klinik swasta, pegi hospital kerajaan.....tapi tak okay2 juga!

Lastly aku bagi petua lama yang telah diilhamkan oleh my MIL. Caranya, amik sedikit beras, then goreng tanpa minyak sampai agak perang (means jangan le sampai hangit). Pastu beras tu campur dengan air masak dan diminum (tapi jangan telan dengan beras2 tu sekali ye.......hu3.......).

Alhamdulillah lepas amalkan petua tu, kawan aku ni rasa lega yang terhamat sangat. Bila dia masuk keje je, masing2 tanya apa ubat yang dia guna. Ape lagi popularlah nama my MIL sekejap kat office dek kerana petua beliau tuh! ha3......

Aku tumpang bangga la. Tu lah dia, kekadang yang lama ni lagi terbaikkkkkkkkkk mengikut situasi dan caranya.

p/s: aku bese amalkan minum ENO halia jerk......

TaK De MuD = No MooD


Hari ni macam letihhhhhh je. Tak de mud sangat nak keje. Walhal malam tadi dah tido awal. Pukul 8.00 lebih dah terlelap. Nak bangun pagi pun rasa malasssssss sangat.......

~ Gambar sekadar hiasan .........

Atau pon sebab esok dah nak cuti. So, tak sabar nak tunggu masa nak balik pukul 5.00 petang nanti. Rasa lambat sangat masa berlalu.

Tak pon sebab tadi breakfast pulut dengan rendang ayam. Tak abis makan ponnnnn. So bila dah makan pulut....mata pun layu lah selayu2nya mintak didodoikan......ha3..........

Tu yang buat lemah dan tak de mud sebenornya.......

KeSiAn DiA.......

~ Kesian my hubby .......

Kesian my hubby. Semalam pegi checkup lagi. Doktor bagi MC lagi sehari. Then doktor suruh refer dengan pakar tulang plak. Tapi doktor yang merawat dia mula2 cakap bukan masalah tulang, cuma sendi jerk.

Aku pon dah confused mana satulah yang betul. Dah doktor pon confused...patient lagilah double-confused....... ishk ishk.

Bila tanya pada my hubby , dia kata dah tak sakit sangat. Makan ubat macam yang doktor bagi jelah. Mintak2 dia makin okay dan tak apa2. Doakan ye......

Khamis, 15 Julai 2010

DaH ExPiReD PuLaK........

~ Tq google

Pagi tadi dah siap2 apply makeup sume, aku amik le contact lens aku yang warna grey tuh...... mulakan yang kanan dulu..okay siap, just nice. Amik yang kiri plak......bila dah letak kat mata, rasa macam ada something kat dalam mata, tak selesa........

Keluarkan semula........koyak daaaa......wonderlah tak selesa......Then baru aku teringat, tarikh pun dah expired. Tu yang buat tak selesa tuh. Alamak macam mana nih? Tanpanya siapalah aku....hu3.......Yelah nak drive kannnnnnn, mata haruslah teranggggggg.......

So, the solution.........jeng jeng jeng........Pakai la cermin mata yang aku selalu guna kat umah untuk tengok TV tuh. Tak pelah janji aku boleh drive dengan selesa. Nampak jalan, taklah aku sesat nak pegi office!!!

p/s: sker pakai yang blue kaler....tp since dh dapat warning from my hubby.....ha3......dah bertukar kepada greylah plak.....janji ada biru2 sikit.......


I FeeL AfRaiD !!!


~ Credit to google

Owhhh!!!! I feel afraid........... Ni sume cite tengah hari semalam. Masa nak balik umah waktu lunch. Aku ikut u-turn 'yang tak berapa sah' yang aku bese lalu. Means tempat yang tak dibenarkan u-turn lah. Tapi memang banyak kenderaan ikut jalan situ. Coz u-turn yang betul agak jauh dan aku kene rehat 1/2 jam awal untuk ikut jalan tuh!

Elok aje dah masuk highway tu...aku nampak banyak lori berenti kat tepi jalan. Alamak!!!..... rupa2nya ada road-block daaaaaa. Polis trafik plak tuh. Aku mulalah kelam kabut coz tak pakai tali pinggang. Memang tak minat coz leceh ; pergerakan terganggu.

Tapi nak wat camane...aku redahhhhhhh jelah. Sib baik lepas. Rupa2nya polis tu cuma tahan lori jerk. Yang terlebih muatan.........

Nasiblah aku selamat. Kalau tak dah sah2 aku kene saman. Dah la masih guna 'P' lagi.....Ha3.......Dulu masa 'muda2' asyik tunda nak amik license. Tu yang lambat sikit amik tuh......

So, temanya......Sila pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu. Sekian terima kasih!

Rabu, 14 Julai 2010

SeDaPnYe ........ KaN kAn KaN


~ By google

Bila tengah perut berbunyi2 ni....terbayang la plak macam2......Pizza Hut pon besh gak kalau dapat untuk buka pose nih. Lagi2 kalau ada yang belanja.....ha3.....

Yang paling aku sker kat Pizza Hut nih.....Mushroom Soup dia, kalau tak pon Chicken Soup....memang meletop. Makan plak dengan roti yang dah siap dipotong panas2 lagi tuh......Perhhhhhhhhhhh meleleh air liur aku...... Sedap kannnnnnnnnnnnnnnnnnn........

Macam2 plak kehendak bila pose ni ye....Sudahnya nanti bila buka, minum air pon dah rasa penuh sangat dah.......Haiiiiiii, inilah manusia......Aku le tu, hu3.....

RaSa LeMaH @ TaK BeRmAyA

Memang agak kurang bermaya sikit hari ni. Padahal dah masuk hari ke-4 aku pose. Bukan sebab perut tak biasa lagi.......... TAPI, rasa2nya sebab...........

~ Letak le gambor sendiri sebagai hiasan.....he3......

Sebabnya...maybe, becoz of malam tadi aku tido lewat.Around 1.30 am baru masuk tido. Coz aku gigih berblogging sambil layan fb dan jawab email........ha3........

Then, sahur pon awal sangat....Before masuk tido aku terus sahur coz takut2 tak terjaga plak. yelah dah tido lewat! Sekali betol daaaa...... aku terjaga kul 5.30 pagi. Kalau nak sahur memang dah kelam kabut.

So, may be becoz of these 2 reason yang buat aku rasa kurang bermaya dan rasa lemah. Mengantuk tak pulak. Perut lapor mana nak mengantuk kan ??? Ha3........ Sabor jelah.........

MaNuSiA MeMaNg FiTrAhNYA BeGiTu........

~ Credit to google......

Kenapa entry aku bertajuk seperti di atas? Jawapanya adalah......... saja nak mengingatkan diri sendiri dan kawan2 lain2 yang sudi untuk diingatkan. Kita ni manusia kan mudah lupa.

Pagi tadi masa tengah drive ke office...... aku ternampak pekerja yang selalu bersihkan daun2 yang bertaburan atas jalan pada setiap pagi. Gigih dia dengan pekerjaannya tuh. Memang nampak macam penat........ tapi setiap hari dia di situ, di tempat yang sama, dengan pekerjaan yang sama.......

Berhujan, berpanas dah jadi perkara biasa. Tapi aku respect dengan ketekunan dia terus melakukan kerja itu setiap hari. Mungkin itu jerk yang mampu dia buat untuk menyara hidup.

Insaf sekejap tengok bila tengok senario tuh. Yelah aku ni keje dalam office, ada air-cond lagi, siap ada TV, majalah, tempat makan yang selesa, surau untuk solat....... Tapi kadang2 tu masih juga nak mengeluh. Penatlah, boringlah, menyampah lah....sume yang x baik jerk kuar dari mulut! Tak puas hati memanjang !!!

So, mulai saat.....jangan suka mengeluh lagi. Tapi buat je apa yang disuruh.......Dan jangan buat apa yang ditegah!. Faham sume ??? ha3.......... Sama2 lah kita berubah ye....... Got it???......

Nak KoNgSi CItER JeRk.........

~ Adoiiii...sakit perut!!!!..... By google

Ni aku saja nak kongsi cite, luahan perasaan...... Ada sorang officemate aku nih, agak close gak dengan aku. Semalam dia sakit perut. Dah pegi jumpa doktor ; siap dapat injection lagi. Besenya dia kalau dah dapat injection, sakit perut tu boleh sembuh........ tapi semalam tak macam tu.

Hari ni, dia still sakit perut lagi. Terpaksa pegi hospital kerajaan plak coz semalam dah pegi klinik swasta. Tadi aku cuba call dia then dia inform doktor check darah plak....... Tak tau lagi apa masalahnya........

Aku confused dan agak risau juga coz lately aku selalu sakit perut. Macam angin. Berulang2 sakitnya. Tu yang buat aku agak risau tuh........

Mintak2 tak de apa2 masalah. Mintak2 kawan aku tu pun cepat sembuh !!!

AkU DiOFFeR LaGi... He3...

~ Tengok tu penceramah sudah mariiiiiiiiiiiii.....hu3......

Credit to google.........

Aku dioffer lagi ??? Macam artis plak bunyinye.....Ha3........ Offer ape tuh?

......Hmmmmmmmmmmmmmm...... Yang sebenornya, pagi tadi aku di datangi oleh salah seorang pegawai kat tempat koje aku nilah (jangan tak pecaya, pegawai yang datang jumpa aku, bukan aku yang pegi jumpa beliau........hu3........) ; beliau offer aku untuk join satu kursus on this coming 23rd. July...... Tajuk pon menarik! Menangani Gangguan Seksual.........

So aku pon tak nak fikir panjang lagi. Terus bagi nama kat En. Pegawai tu. Kursus tu pon sehari je. Boleh completekan kursus yang perlu aku attend 7 hari untuk setiap tahun tuh...... Sape2 yang koje gomen taulah kursus 7 hari yang aku maksudkan tuh kannnnnn.........

Sambil tu boleh jalan2 makan angin.....ha3..... Thanks a lot la En. Pegawai ! You memang cool!!! Next time offer lagi ek !..........

SkEr TaK ??? AkU SkEr........ SeNjA PeRmAi

~ Senja Permai di Astro Prima

Aku sker tengok cite ni. Coz jalan citenya yang santai. Ada elemen kelakar........ Tu yang buat best juga tu......

Pelakon pon best2 juga. Kisahnya tentang 3 buah family yang sama2 dok kat kawasan bernama Senja Permai.


~ Family Nik Mazlan (Hafidzuddin Fadzil) & Puan Khaleeda (Dian P. Ramlee)

Bermula dengan family Nik Mazlan & Khaleeda ni dengan 3 orang anak pompuannya. 3 orang anak yang punya kerenah yang berbeza. Situasi family ni berdepan dengan kerenah anak2 pompuan ni yang kadang2 lucu dan ada juga yang boleh dijadikan pengajaran.

~ Family Rahman (Norman Hakim) & Syazlina (Marissa Yasmin)

Then family Rahman & Syazlina plak. Dengan dua orang anak. Sorang lelaki, sorang pompuan. Yang best tengok diaorang ni suka speaking London.....Coz dalam cite ni, kunun2nya family ni dah 8 tahun menetap kat New York sebelum balik ke Malaysia.

Nampak macam tenang jerk family ni, tapi ada konflik dalaman. Sumenye sebab orang ke-3.......even dah lama berlaku, tapi berlanjutan sampai balik ke Malaysia.

~ Pasangan Mimi (Zarina Zainuddin) & Hairi (Faizal Hussien)

Credit to google......

Last sekali, pasangan Mimi & Hairi. Watak Hairi ni sorang ahli perniagaan yang berjaya tapi memperdaya orang ramai dengan skim cepat kaya. Tapi dia memang sayang sangat dengan isterinya Mimi yang juga pentingkan glamer dan status. Watak Mimi agak kelakar dan kelam kabut sikit. Pasangan ni aku paling sker tengok....... Mereka ni belum dikurniakan anak citenya.....dalam cite ni je lah......

So, kalau sker, silalah menonton di Astro Prima hokay........Layannnnnnnnn........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs