UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Menu minum petang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu minum petang. Papar semua catatan

Isnin, 15 November 2010

CEKODOK CICAH TELUR MASAK HANCUR





Ini menu kelmarin. Menu orang yang kena dok sorang2 kat umah tak de sape nak teman makan. Ha3.....My hubby keja on Saturday. So, beselah....bila dok sorang2 malas nak masak! Aku decide masak cekodok je.....

Bahan-bahannya:

  • · 2 cawan tepung gandum
  • · Air panas (agak-agak je ye.....)
  • · 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • · Sedikit udang kering ; kalau nak ganti dengan ikan bilis pun boleh....ikut suka
  • · 1 sudu besar ciliboh
  • · Garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan tepung, bawang,udang kering, cili boh kedalam bekas. Tuangkan air panas (makesure air panas ye....guna air panas rasanya lain sikit) dan sebatikan.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa Jangan terlampau cair2.
  2. Kemudian goreng sampai berwarna keemasan.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakn dengan Telur Masak Hancur

Jumaat, 5 November 2010

MINUM-MINUM........SEMBANG-SEMBANG

Baru lepas minum petang (ha3......amik ko, dah lewat cam gini minum petangnya!) dengan my hubby. Pekena Nescafe panas-panas dengan Prawn Dumpling yang digoreng! Cicah plak dengan sos Thai. Memang menyegarkan mata yang macam dah mengantuk tadi.......hu3.......

Selesai minum duduk-duduk depan TV sambil sembang-sembang kosong. Mata jenguk-jenguk ke tingkap. Ternampak salah sorang jiran berbangsa India dengan peralatan nak memasang khemah. Agaknya ada majlis kot. Almaklumlah Deepavali kannnnnnn hari ni......

Di blok sebelah sana sorang jiran lagi berbangsa Melayu pulak nak mengadakan majlis kenduri kahwin untuk anaknya esok. Meriah-meriah........Nampaknya ada 2 majlis berjalan serentak. 2 majlis dengan 2 tujuan. Apa2 pun asal mereka bahagia!

Rabu, 20 Oktober 2010

GORENG PISANG, CUCUR UDANG & KOPI 'O' PANAS

Time2 cam gini kalau dapat pekena goreng pisang ke........cucur udang ke......minum plak dengan kopi 'O' panas, memang terangkat sangat! Memang tak pandang kiri kanan dah. Lagi2 kalau tengah2 hujan, sejuk2 tu.........memang perut terasa lapor nya!

Teringat masa kecik2 kat kampung dulu......Bila time2 cam gini, makan cekodok ramai 2 dengan my cousin dan makcik2 sume.........sedap je rasanya. Rasanya masa tu menu tulah paling sedap. Hu3........Yang pastinya makan ramai2 tu yang buat selera......

P/S: Ada ke yang tak tau cekodok tu hape? Heh3.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs