Isnin, 6 Disember 2010
DAH MASUK HARI TERAKHIR KURSUS !
Ahad, 5 Disember 2010
SEBELUM SENAMAN PAGI
Kat sini aktiviti senaman pagi memang diwajibkan sepanjang kursus. Cuma hari ni je dikecualikan coz nak bagi peluang we alls sume rehat ; yelah weekend kannnnn....kena attend course plak....hu3.......
ZAIBO NIKAH KENALAN LAMA
BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).
Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.
Kisah selanjutnya di sini - my Metro
SECOND DAY COURSE.......SEDAPNYA ASAM PEDAS IKAN PARI !
P/S: Sedapnya makan Asam Pedaskan Pari malam tadi dekat Pasar Borong ( ada kedai makan kat area2 situ)......... Terima kasih sangat2 pada ayah member yang sudi bawak kami bertiga pusing2 Bandar Melaka!
Sabtu, 4 Disember 2010
BLOG OH BLOG !!
Usia anda berblog..
Aku mula berblogging bulan Mac 2010.....means dah masuk 9 bulan.
Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog..
Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
Ajak mereka baca dulu blog aku, then mereka akan bertanya apa2 yang tidak faham. Di situ secara tak langsung kita dah mengajar mereka sesuatu.....
Dalam 100 patah perkataan Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda?
Cuma nak berkongsi apa yang aku tau, yang aku rasa .......Sekadar perkongsian bersama; dengan gaya dan cara aku sendiri.
FIRST DAY.....SELESAI SUDAH......
Sedap plak menu petang ni. Mee Sup dangan kopi 'O' panas! Abis licin aku makan ; selalu susah nak abis bila makan.
Alhamdulillah.......lega perut pun dah kenyang, dah kat bilik rehat2 sambil update blog. Sori ek my lovely frens sume......Baru sekarang dapat post entry yang ke-2 dan baru nak mula BW. Busy satu hari nih. Kepala pun pening je.........Hu3......
FIRST DAY COURSE
You alls doakan yang terbaik untuk aku ye.........Hati ni asyik ingat umah je nih!....Hu3.......
Jumaat, 3 Disember 2010
WARGA EMAS DIJEL 10 TAHUN , 6 SEBATAN
* Boleh ke kisah ni diibaratkan......harapkan pagar, pagar makan padi.....HUH!!!
BATU PAHAT 2 Dis. - Perkenalan antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan seorang lelaki berusia 56 tahun terjalin apabila kanak-kanak itu tersalah menghubungi nombor telefon warga emas tersebut.
Sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selama sembilan bulan sebelum kanak-kanak itu mengambil keputusan lari dari rumahnya di Gemas, Negeri Sembilan untuk bertemu warga emas daripada golongan kurang upaya (OKU) itu buat pertama kalinya.
Itupun setelah kanak-kanak itu dijanjikan untuk dibawa bersiar-siar ke Genting Highlands.
Sebaliknya, apa yang berlaku, kanak-kanak itu telah diperkosa oleh warga emas berkenaan yang mengalami kecacatan di kedua-dua bahagian tangannya.
Kisah selanjutnya di sini - Utusan
KURSUS BELUM MULA........TERASA LAMANYA MASA BELALU
Kali ni rasa berat hati je nak pegi kursus. Selalunya seronok.........May be dah hujung2 tahun ni, mood berkursus pun dah makin kurang......:(
* Menghitung hari ..........
DAH SAMPAI.....DAFTAR DAN REHATKAN DIRI
P/S: Agaknya bagus gak aku dok sorang2 kat bilik ni. At least boleh aku update blog dan BW tanpa gangguan dan mengganggu sesapa.......
CINTA......HATI.....DAN MASA
DAN BIARLAH MASA YANG MERUBAH SEGALANYA..........
LAUK SAMA , TAPI HARGA BERBEZA........
SHEILA BERI PELUANG ARTIS BERTUDUNG
LAKONAN empat pelakon ini dalam drama bersiri, Sakti Delima akan dapat ditonton menerusi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan.
MENGENALI produser wanita yang cukup produktif ini, sering kali dia tidak pernah gagal memberikan santapan terbaik menerusi karya-karya terbitan syarikatnya, JS Pictures.
Bukan hanya menerapkan dakwah dan mesej menerusi drama-dramanya, tetapi Sheila Rusly juga amat menitik beratkan kelainan yang ingin ditonjolkan.
Sebagai penerbit yang terkenal dengan drama yang berkualiti, Sheila tidak mahu penonton berasa bosan dengan jalan cerita yang klise.
Biar susah mana sekalipun, Sheila enggan menjadikan ia sebagai satu halangan dalam melahirkan drama yang mampu meninggalkan impak kepada audiens.
Begitu juga tentang perihal imejnya yang bertudung. Di awal kemunculannya dengan imej tersebut, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan anak jati Kuala Lumpur itu meneruskan karier seninya sebagai seorang aktres.
Berita selanjutnya di sini - Utusan
TEMPLATES BLOG YANG SAMA.....DAH JUMPA YANG KE-3
Aku dah jumpa dengan Templates Blog yang sama dengan blog aku untuk kali yang ke-3! Nama tuan punya blog ; puan nina.
JALAN SESAK PEMANDU TERTIDUR
KOTA BHARU: Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.
Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya.
Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.
Sumber : my Metro
UPDATE ...........ATTEND COURSE!
3-4 kali juga tengok checklist; takut2 ada yang tertinggal nanti. Bukan dekat nak berpatah balik....Hu3......
So, dalam tempoh tu mintak maaf ye kat kengkawan sume kalau aku tak dapat nak BW dan update blog! Aku bawak le sekali my lappy ni. Tapi kalau line tenet tak mengizinkan.......apa nak dikata kannnnnnnnn. Kalu line okay pun, sebelah malam je aku free. Pagi sampai petang memang jadual very the padat gitu! Hu3.........
So, diharap sabar menanti ye......dan jangan lupa aku hokay........:)
* Jangan lupa terus undi BPIM 2010 ; Peringkat ke-2. Masih ada masa lagi nih............Bagi support kat kengkawan kita tu........
BILA SI DIA BERTANYA
Pada pendapat anda, apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog?
Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda?
Melalui BW setiap hari dengan meninggalkan jejak @ komen. Dan juga melalui facebook ; suatu laman sosial yang cukup popular sekarang nih! Uupdate setiap hari tanpa JEMU........Diulang tanpa JEMU! Heh3.......Dan 'mudah mesra atau peramah' dengan rakan2 blogger yang lain even di alam maya je.......
Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk, dan kenapa?
Jika anda masuk ke dalam sesebuah blog bahagian manakah yang menarik perhatian anda?
Apakah kata-kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca?
Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda?
Khamis, 2 Disember 2010
TAK PANDAI , NAK BUAT-BUAT PANDAI
Pernah dengar tak perkataan ‘Bodoh Sombong’? Mesti ada yang pernah jumpa dengan orang2 yang macam ni kannnnnnnnn.........
Orang yang buat2 pandai, tapi sebenarnya tak tau apa2 pun. Bila dinasihat, pandai dia je bercakap. Bila diberi pendapat, tak mau nak terima..........
Tapi bila ada masalah, datang semula pada kita; meluahkan perasaan . Tak sudah2 sampai kita pulak jadi menyampah. Asyik nak melayan masalah dia je....... Masalah kita pun tak terlayan ; inikan plak nak melayan masalah orang lain.......
*Tulah dah tak tau , tapi nak buat2 tau......Tak pandai, nak berlagak pandai! ‘Bodoh Sombong’ lah tu.......
3 TAHUN BERLAGAK DOKTOR PAKAR
KLANG: Dia pernah menyambut sembilan kelahiran selain merawat ratusan pesakit, namun penyamaran seorang doktor palsu sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, pada 22 November lalu.
Doktor palsu itu ditahan jam 11.30 pagi di sebuah klinik di Klang Utara, di sini, ketika merawat seorang pesakit yang hendak bersalin di Klang Utara, di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata temberang doktor palsu itu terbongkar apabila seorang remaja berusia 18 tahun yang bekerja di klinik itu membuat laporan pada 11 November lalu mengadu dicabul suspek.
Berita selanjutnya baca di sini : myMetro
* Macam-macam hal.......
UPDATE !....MAAF YE, AGAK BUSY
Baru ada masa nak BW dan update blog. Since oagi tadi AGAK BUSY. Dalam busy2 tu tetap dah arrange2 masa untuk blog aku yang tercinta nih!
Hu3........Tak lama lagi waktu lunch. Korang dah rancang2 ke nak makan apa hari nih? Rojak Ayam pun sedap juga ye .....Atau pun yang baru2 sembuh dari demam tu ; Bubur Ayam Mc’D pun menarik gak kot........hu3.....
P/S: Tq pada semua kengkawan yang singgah dan komen kat blog ni walaupun pagi ni tak sempat nak update lagi.....THANKS A LOT!!!
Rabu, 1 Disember 2010
TAKUT NAK MENGAKU KE? JANGAN MACAM TU.....
Takut nak mengaku kesalahan? Bese kannnnnn......Itu kelemahan manusia. Tapi jangan dibiar berterusan. Kerana dengan mengakui kelemahan itulah kita membina keyakinan diri kita......membina keyakinan dalam diri!
Takut mengakui kesalahan seumpama kita terus menyimpan kekurangan diri yang ada.Buat apa disimpan kekurangan atau kelemahan yang ada. Buangkan je. Tak boleh secara drastik......buangkan secara perlahan2. Ingat itu salah satu punca sukar nak mencipta kejayaan......
Tak ada manusia yang sempurna. Tapi kesempurnaan itu boleh dicari . Macam mana? Tepuk dada, tanya akal........berpandukan mata hati. Kerana hati sukar menipu
BONUS RM 500 UNTUK GOVERNMENT STAFF ; 1/12/2010
Tebaca tentang ni masa BW ke Blog Gadis Kampung tadi...:)
* Syukur alhamdulillah......
RASA TAK KERUAN NI
* Rasa tak keruan macam ni boleh buat kita jadi pemarah. Ishk2....Tak nak jadi cam gitu.....
BAHASA MELAYU 2 TIDAK BOCOR
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran meminta semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini supaya tidak melayan khabar angin di Internet bahawa mereka mungkin perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu Kertas 2 atas dakwaan ia bocor.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dakwaan bahawa kebocoran soalan bagi subjek tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Kedah pada 23 November lalu adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, berita tersebut sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa motif yang jelas.
“Tidak timbul langsung persoalan bagi kita untuk mengadakan semula peperiksaan kertas tersebut sebagaimana tersebar di Internet ketika ini.
“Siasatan ke atas sekolah yang dikatakan terlibat di Kedah telah dijalankan namun kita mendapati ia khabar angin semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
*Sumber: KOSMO
SAMBIL-MENYAMBIL.....BANYAK KERJA DALAM SATU MASA
* Ni sambil buat kerja.....sambil update blog....Heh3.........Tapi kerja tetap kena bereskan dulu!
BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 - UNDIAN PERINGKAT KEDUA DIBUKA !
So kat sini aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya tersenarai dalam TOP 5 nih! Memang hebat2 pun!!!
KAPAK KEPALA KEKASIH
SEREMBAN 30 Nov. - Seorang lelaki yang bekerja mengorek pasir dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian kekasihnya dengan menetak kepala wanita itu dengan kapak, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman ke atas N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.
Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jean dilihat sugul ketika keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa dengan niat melakukan pembunuhan menyebabkan kematian K. Gantimadi, 45, di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau di sini, pada pukul 12.40 tengah malam, 16 Ogos 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
* Berita selanjutnya di sini - Utusan


