UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Basi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basi. Papar semua catatan

Rabu, 25 Ogos 2010

BUBUR PULUT HITAM PULAK BASI !!!

Aku memang sker makan bubur untuk berbuka. Tak kisahlah bubur caca ke, bubur kacang ke, bubur pulut hitam ke......asalkan bukan bubur lambuk!

Masa kat PARAM semalam, memang banyak bubur yang dijual. Macam2 jenis. Aku ingat sebelum balik, nak singgah beli kat salah satu gerai yang ada kat situ........Lastly, terlupa dan terus je balik umah.

Dekat2 dengan area umah aku juga ada orang berniaga kuih-muih dan lauk - pauk ni. Bubur pun ada juga. So aku pun mintak le hubby aku belikan. Dapatlah satu bubur pulut hitam. Tengok macam sedap. Pekat jerk..........

Lepas maghrib, aku pun nak try la bubur tu.....Bila bukak je tutup nya, pekat semacam.Dalam hati kata......"mungkin dah sejuk kot, so beku la kuah dia...". Aku sudu sikit dan terus rasa. Sekali................ macam nak termuntah daaaaaaaaaa. Rupa2nya dah basi!

Aku tak tau lah, peniaga tu perasan ke tak perkara ni. Kelmarin dah terkena dengan Ikan Bakar yang tak de rasa ikan.......Ni terkena dengan bubur yang BASI plak !!!

Yang pasti aku takkan beli kat tempat yang sama lagi..........:(


~ Tengok je lah rupa ' fizikal nya' pun dah lain macam............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs