Kelmarin teringin nak makan Kari Sotong. Dah lama tak masak resepi nih. Nak masak pun senang je.......
Bahan-bahan:
- 6-7 ekor sotong yang sederhana besar
- Pati santan dari 1 biji kelapa
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit jintan putih
- Daun kari
- 1/2 paket serbuk kari
- Sebatang kayu manis
- 1 keping asam keping
- 1 biji bawang besar
- Sedikit gula, garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:
- Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
- Bawang besar dipotong bulat
- Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. kemudian masukkan jintan putih, kayu manis dan daun kari. Tumiskan bersama
- Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula dan garam. Tumiskan sebentar dan masukkan pula bawang besar yang dah dipotong bulat tadi.
- Kemudian masukkan pati santan dan kacau. Perlahankan api. Masukkan juga sotong. Bila kuah mendidih masukkan asam keping.
- Kacau-kacau dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
- Setelah masak bolehlah dihidangkan.
sedap2..lapo la..
BalasPadamantar umah sikit..he he he
tak pernah buat sotong masak kari lagi setakat ni..maybe leh cuba nanti
BalasPadamsaya mahu mencubanya juga nanti..nampak menyelerakan..tq share
BalasPadamwah, sedap nyer.....bila nak ajak makan kat umah nie? hihihi
BalasPadamwah, semalam kita baru pas buat kari ikan! haha. ini ada resepi baru untuk sotong! boleh cuba! :)
BalasPadamnyum3...
BalasPadamdni suka mam sotong :D