Pages

Jumaat, 12 November 2010

KARI SOTONG

Kelmarin teringin nak makan Kari Sotong. Dah lama tak masak resepi nih. Nak masak pun senang je.......

Bahan-bahan:
  • 6-7 ekor sotong yang sederhana besar
  • Pati santan dari 1 biji kelapa
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit jintan putih
  • Daun kari
  • 1/2 paket serbuk kari
  • Sebatang kayu manis
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit gula, garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:
  1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  2. Bawang besar dipotong bulat
  3. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. kemudian masukkan jintan putih, kayu manis dan daun kari. Tumiskan bersama
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula dan garam. Tumiskan sebentar dan masukkan pula bawang besar yang dah dipotong bulat tadi.
  6. Kemudian masukkan pati santan dan kacau. Perlahankan api. Masukkan juga sotong. Bila kuah mendidih masukkan asam keping.
  7. Kacau-kacau dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

~ Kari Sotong......Sedap dimakan dengan nasi putih yang panas2 dan kicap!

~ Menu lain.......Ikan masin, telur dadar dan Kangkung goreng dengan cili padi.......


PS: Pssssssssssssssssssssssttttttttttttttttttt......nak tanya ni......Korang dah makan ke? Heh3......

6 ulasan:

  1. sedap2..lapo la..
    antar umah sikit..he he he

    BalasPadam
  2. tak pernah buat sotong masak kari lagi setakat ni..maybe leh cuba nanti

    BalasPadam
  3. saya mahu mencubanya juga nanti..nampak menyelerakan..tq share

    BalasPadam
  4. wah, sedap nyer.....bila nak ajak makan kat umah nie? hihihi

    BalasPadam
  5. wah, semalam kita baru pas buat kari ikan! haha. ini ada resepi baru untuk sotong! boleh cuba! :)

    BalasPadam