UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 27 Disember 2010

LUNCH DENGAN NASI DAN GULAI NANGKA …….ALHAMDULILLAH

Baru lepas lunch. Ha3…dah pukul 3 lebih baru nak lunch…….Yelah sebab tadi aku tak balik umah ; so my hubby just tapaukan je aku nasi ngan Gulai Nangka, Ayam goreng dan telur masin. Makan plak dengan kicap Kipas Udang ; yang jadi favourite aku tu…..Memang sedap….

Alhamdulillah nak sambung kerja semula. Yelah kan waktu kerja ni ; macam aku citer pagi tadi. Kita ni pekerja yang diamanahkan dengan tanggungjawab dan dibayar upah. So kenalah laksanakan tanggungjawab sebagai pekerja tu….:)


P/S: Tak lama lagi pukul 4:30 petang. Dah boleh balik……..Plan nak join senamrobik petang ni kat office, tapi teringat nak belikan kain sekolah untuk my princess plak….

SELAMAT MENJAMU SELERA..

Sementara nak tunggu waktu solat Zohor .....aku BW sekejap. Nak tido tak selesa plak kat office nih. Cuba gak pejam2 mata, tapi tak mau plak tidonya....hu3......

Mesti ada yang tengah makan sekarang ni .....may be makan sorang2....dengan member2 office .....tak pun dengan family kat umah. Aku je yang tak dapat nak balik lunch hari ni.....hu3.......Anyway selamat menjamu selera.

Dan mulakan dengan Bismillah....sudahi dengan alhamdulillah....:)

TAK DAPAT BALIK WAKTU LUNCH..

Dah biasa balik rumah waktu lunch ; bila sesekali tak dapat balik memang tak selesa……Hu3…….Hari ni aku tak drive sendiri. My hubby yang anta. Coz dia nak pegi servis keta tu. Aku tak tau sangat hal2 servis nih ; yang aku tau start dan bawak je…..

Boring plak sorang2 kat office nanati. Ada gak yang tak balik ; tapi majority kawan2 aku balik. ……Sesekali kena lunch kat office le jawab nye…..:(

LAGI2 SKT …

Hampir 4 jam ; sejak pukul 8 pagi tadi asyik mengadap SKT je. Dah le yang submit dulu ada yng nak kena betulkan ; line plak pagi2 ni lembap gilerrrrrrrr…….Dah naik pening mata aku ni tengok borang SKT

Akhirnya setelah berhempas pulas selama lebih kurang 4 jam ; siap juga SKT aku. Aku dah pun pass pada officer aku. Kalau boleh dah tak nak tengok borang tu lagi kat atas meja nih….Dah naik pitam aku tengok borang SKT tu….hu3….

SELAMAT PAGI ISNIN DAN UTAMAKAN YANG UTAMA ..

Selamat pagi isnin untuk semua. Macam kebiasaannya hari Isnin kita kembali menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Pekerja yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk diselesaikan dan dibayar upah untuk tanggungjawab itu.

So, bila dah diamanahkan dan dibayar upah….kenalah laksanakan betul2 tanggungjawab sebagai pekerja tu. Utamakan yang utama. Kerja hakiki tu utama. Blogging ni sampingan…..heh3……bukan nak sindir sesape ek ; tapi nak mengingatkan diri sendiri juga….

Boleh buat bisnes sampingan . Tapi jangan sampai meninggalkan tugas yang utama. Dah namanya pun sampingan……So kenalah buat bila tugas2 utama dah selesai. Cakap pasal bisnes ; tak kiralah jualan langsung ke…..berniaga di gerai2 ke …..Motifnya , tak semua orang boleh buat bisnes kannnnn…..Macam aku , sker tengok orang buat bisnes, dapat untung tapi diri sendiri malu nak jual barang2 kat orang. Sebagai pembeli bolehlah……

Kadang2 kena mengaku kita masing2 ada kelemahan diri. Mungkin orang lain bagus dalam berniaga….tapi bukan untuk aku…..heh3…..

P/S: Buat apa yang kita rasa boleh dan tau je .....................

Ahad, 26 Disember 2010

TONTON ANDA ADA 60 SAAT DAN SERASI BERSAMA ; SPEND TIME DENGAN FAMILY

Baru sekejap tadi tengok Program ANDA ADA 60 SAAT. Program yang menawarkan hadiah yang lumayan dengan permainan2 yang dicipta untuk peserta program ini. Yang bertuah akan membawa pulang hadiah berupa wang! Memang best juga program ANDA ADA 60 SAAT nih....

Sekarang plak tengah tengok Rancangan SERASI BERSAMA. Baru first time tengok. Peserta nya terdiri dari artis tempatan yang dijemput bersama pasangan masing2.......

Motifnya kat sini nak citer malam ni tak kuar ; malas nak kuar. So spend time dengan my family sambil tengok TV dan update blog...... Ade ke yang keluar malam ni......Makan2 ke.....jalan2 shopping ke......?

KE TAMAN BURUNG KL..PART 1

~ TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

~ Sempat posing sebelum masuk ke Taman Burung tu......

~ Cute je burung kecik yang kaler kuning nih....

~ Burung tu malu2 plak dengan aku.......hi3...

~ My princess dengan senyum di muka ; tapi cuak sebenarnya ....takut kena patuk ngan burung tu........:)

~ Burung ni pun sker jagung....Mesti jagung manis tu......hu3......

~ Memang betul2 semulajadi hutan kat dalam Taman Burung nih.......Kawasannya pun memang luas sesangat......

~ Welcome to The Bird's Park......heh3..... (aksi ibu & anak.....:)


~ My princess dah jadi sawan kamera cam aku....kat mana2 pun suruh aku amik gambor dia. Ni tengah bagi ikan makan nih. Nampak tak kotak kecik kat tepi my princess tu....Umpan ikan boleh beli kat situ. Satu 50 sen je....

~ Laju je ikan2 ni berebut makanan yang my princess taburkan kat dalam air tu.....Besar2 gak ikan nyer....

~ Landskap yang menarik....

~ Macam2 jenis burung ada...Yang tak pernah kita nampak pun ada .......


Semalam aku, my hubby dan my princess ke KL lagi. Dah kebetulan kat KL , terusle singgah ke Taman Burung NI. My princess ni memang adventure sikit. Dia yang sker tempat2 cam gini.

Tiket untuk dewasa RM20 dan kanak2 RM10 (Mengikut yang ada ditulis kat situ). So kami bertiga RM60. My princess consider dewasa lah coz dah 13 tahun.... kawasan Taman Burung nih memang luas sangat. Memang letih kalau nak pusing semua tempat. Laluan jalan kaki yang dibina, dikelilingi dengan hutan semulajadi dan juga landskap yang menarik.......Memang cantik.......


* To be continue.....

CONTEST SIAPA NAK BUKU "BUAT DUIT DENGAN BLOG"


Tadi masa BW terjumpa tentang contest nih kat blog eelobor. Blogger Sharinginfoz yang wat contest nih. So, aku pun nak cuba2 lah join, mana tau bertuah....

Bukan susah pun . Buat entry ringkas je. Aku nak buku ni sebab so far tak pernah jumpa lagi kata mana2 kedai buku. Then tajuk buku tu dah memang le menarik perhatian aku. Sape tak sker duit kannnnnn.....Dan blogging plak memang salah satu perkara yang aku sker buat.

Kalau ada rezeki kannnnn , lagipun tak salah mencuba. Kalau ada yang berminat nak join sila klik SINI untuk syarat2nya......

FOUNDATION AND COMPACT POWDER FROM M.A.C ... HAJAT YANG TERTUNAI


Citer tentang Gembiranya rasa hati ; Hajat di hati tetunai sudah...........Inilah hajat yang aku maksudkan. Sekarang dah pun tertunai.

Semalam ke SOGO, dapat juga aku beli Foundation (STUDIO FIX FLUID SPF 15 ; RM105) dan Compact Powder (STUDIO FIX POWDER PLUS FOUNDATION ; RM105) from M.A.C. Dah lama teringinkan produk M.A.C nih.....tapi belum ada kemampuan ( Yelah bagi aku yang gaji tak seberapa nih ; kira mahal lah harga tu......hu3.....)

Bila dapat beli produk M.A.C ; alangkah gembiranya rasa hati. Nak cuba rasa sayang pulak.....heh3......


P/S: Thank you to my hubby yang support je apa yang aku sker.....Lagipun katanya ..." awak guna barang tu, bukan tak guna ....untuk cantik apa salahnya...." Skernyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........

JOM SARAPAN DENGAN SUSU DAN KOKO KRUNCH



Selamat pagi. Semoga kengkawan sume ceria je pagi2 minggu nih. Dah sarapan? Ataupun sedang berkira2 nak sarapan apa dan dimana......

Apa2 pun pilih sarapan yang berkhasiat ye. Dan jangan tinggalkan sarapan pagi. Sarapan penting untuk membekalkan tenaga pada kita untuk aktiviti seterusnya. Hari ni mesti banyak keja umah yang nak dibereskan.......

Aku sarapan dengan susu dan Koko Krunch pagi nih.....Sambil2 tu mesin kain baju yang kotor. Nanti nak sapu sampah dan kemas umah plak....:)

Sabtu, 25 Disember 2010

IMPIAN TERCAPAI 123 ... TUKAR

SARIMAH IBRAHIM teruja mengendalikan program 123...tukar! yang lebih bersifat realiti TV.


SELEPAS muncul sebagai hos bersama program realiti TV Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), kini Sarimah Ibrahim muncul sebagai hos program baru yang berjudul, 123... tukar!.

Rancangan berbentuk hiburan sebanyak 13 episod itu bersiaran pada setiap Rabu di saluran Astro Ria.

Menurut pengurus saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi, 123... tukar! merupakan sebuah program gaya hidup yang mengubah penampilan individu dalam mencapai impian yang diidamkan.

"Program ini akan membuka peluang kepada para peserta dalam mencapai impian mereka seperti dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

"Secara tidak langsung, program ini mampu memberikan keyakinan kepada para penonton untuk meningkatkan keyakinan diri terutamanya dari segi penampilan dalam mengejar cita-cita yang diidamkan," katanya pada satu majlis minum petang program 123... tukar! yang diadakan di Restoran Musa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi rancangan tersebut, para penonton berpeluang untuk menyaksikan gelagat Sarimah Ibrahim dan penata gaya, Fitri AF2 bersama-sama pasukan transformasi imej mereka berusaha untuk member sentuhan magis dalam mengubah penampilan individu yang terpilih.

Pasukan 123... tukar! akan mengubah penampilan individu yang berbeza, dalam situasi yang berlainan setiap minggu.

Antara impian yang bakal ditunaikan adalah seperti impian untuk melamar teman wanita dalam suasana yang romantis, impian seorang gadis untuk mengubah penampilan teman lelakinya dan impian seorang tukang masak untuk menjadi chef selebriti.

Selaku pengacara rancangan tersebut, Sarimah Ibrahim berkata, program itu lebih bersifat emosi dan banyak kamera yang digunakan untuk menonjolkan emosi peserta dalam program tersebut.

"Kami tidak mampu membantu menunaikan impian yang bersifat materialistik, seperti hendak melancong ke Paris atau menjadi seorang jutawan.

"Walaupun bagi sesetengah daripada kita impian berkenaan hanyalah perkara kecil, itu mungkin perkara yang telah diimpikan peserta untuk seumur hidupnya," katanya.

Menurut Sarimah, program yang mula bersiaran pada 15 Disember lalu itu lebih bersifat realiti TV dan tiada sebarang skrip digunakan untuk sepanjang penggambaran.

"Pelbagai cabaran terpaksa kami hadapi dalam program ini. Antaranya apabila ada peserta yang cuba melarikan diri, tidak mahu bercakap, malah enggan meneruskan penggambaran.

"Program ini bersifat realiti, kami tidak boleh memaksa peserta. Pakar motivasi terkenal, Dr. Azizan Osman banyak membantu dalam menangani kes seperti ini.

"Kami juga tidak akan mengkritik kekurangan peserta sepertimana sesetengah rancangan dari luar negara, sebaliknya kami akan cuba menonjolkan kelebihan peserta, membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk memenuhi impian mereka," katanya. - IKHWAN IDERIS


*Sumber : KOSMO

MELACUR UNTUK BELI SUSU ANAK

Mengucap panjang baca kisah ni. Banyak lagi cara lain untuk mencari rezeki.......


KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."

Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.

Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.

Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya.


* Sumber : KOSMO

MY PRINCESS YANG DEMAM KENA HUJAN...

Kesian dengan my princess yang demam. Tengah baring je tu kat aats sofa. Agaknya tak tahan kena hujan petang tadi. Cuaca pun sejuk je nih ; aku pegang badannya pun panas sikit.

Suruh dia rehat je. Selalu waktu2 macam ni dia yang booking lappy ni update blog. Tapi malam ni macam tak de mud je.......Sian dia.

Memang sejuk malam ni. Aku plak sambil update blog sambil layan Filem era 80-an ; JEJAKA PERASAN. Filem JEJAKA PERASAN ni memang popular dulu. Lakonan Salleh Yaacob, A R Badul, N D Lala, Liza Abdullah dan Tantiana Hamzah.........Best juga tonton filem2 lama nih.....

TERUJA BEN DATANG BLOG DAN KOMEN......OWHHHHHHH....


Teruja bila Blogger yang dah ada 'nama' nih sudi datang dan tinggal komen kat blog aku nih. Thank you Ben.......Datang le lagi ye......:)

P/S : Teruja sebab ini first time BEN datang komen kat blog aku yang tak seberapa nih........Terima kasih juga untuk semua kengkawan yang lain...

HANDPHONE BARU ; KEMUDAHAN BERBLOGGING DI MANA2......SUKANYA!

Tengah BW dan sambil2 tu tulis entry........He3......dari pagi tak de kat umah.....Baru 3 entry je dapat publishkan. Pagi2 lagi dah kuar . Jalan2 pusing KL.Sampai pukul 3 lebih ; terasa penatnya. Jalan jem; orang punyalah ramai kat SOGO tadi. Macam pakat je ramai2 kuar sekali.....

Ke Pertama Complex tadi ; my hubby beli hp . Gantikan yang lama tu dah macam 'hidup segan mati tak mau'....hu3. Sampai kadang2 susah nak tekan no untuk dail. Jadi dah memang waktunya lah hp tu ditukar baru......hu3.......NOKIA C3 je pun, nak beli yang mahal tak mampu......

Aku sker je NOKIA C3 nih. Boleh aku berblogging di mana je lepas ni ; janji ada access internet. Kemudahan dah ada ; elok diguna untuk tujuan yang sebaiknya. Bukan untuk dipandang atau buat 'tak tentu hala'.....kannnnnnn.......:)


P/S: My hubby dan my princess tengah lena dibuai mimpi tu; penat berjalan sehari suntuk.......

GEMBIRANYA RASA HATI ; HAJAT DIHATI TERTUNAI SUDAHHHHHH.......


Dah lama keinginan ni tersimpan ; di lubuk hati yang paling dalam......chewwwahhhhhhhhh.....hu3....... Yelah keinginan yang tak mampu lagi sebelum ni nak direalisasikan.......

Cuma hari ini hajat di hati dah kesampaian..........Gembiranya tak terkata........:)


* DALAM HATI ADA TAMAN NIH.........HE3.......

SALAM PETANG SABTU YANG SANTAI ...

Petang Sabtu dengan mood santai. Pagi tadi ke KL lagi ; ada barang yang dicari. Selain tu boleh spend time dengan my hubby dan my princess ; 2 orang yang aku sayangI.......

Korang sume ada plan apa hari ni ; hari Sabtu yang kebanyakannya bercuti. Mungkin keluar jalan2 dengan family.....atau bersantai2 je di rumah menonton VCD atau rancangan kegemaran di kaca TV.....

Apa2 pun buatlah apa juga yang kita rasa mampu membahagiakan diri kita dan orang2 yang tersayang yang ada di sekeliling kita. Kualiti masa itu yang lebih utama berbanding kuantiti.......Sesaat yang berlalu tak mampu diganti dengan sejam kemudian yang bakal dijalani.......:)

DARI MATA TURUN KE HATI ..

Ini yang orang kata ..................................

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

~DARI MATA.................

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

~ TURUN KE HATI .......................


Dan orang tua2 juga ada berpesan ; Pandanglah dengan mata hati, kerana mata hati sukar menipu.........:)

Jumaat, 24 Disember 2010

SHOPPING BARANG2 DAPUR DI MYDIN

Baru sampai umah dari membeli barang2 dapur kat MYDIN Seksyen 7 Bangi. Kebetulan dah banyak barang2 dapur yang habis. Beselah dah hujung2 bulan nih......

Aku memang sker shopping kat MYDIN sebab harganya yang memang murah. Berbaloi2 dengan apa yang dibelanjakan. On the way balik tadi sempat singgah makan laksa di Restoran Nasi Ulam kat Reko Sentral. Memang sedap. Ini kali pertama aku rasa sedapnya laksa sejak setahun aku tinggal kat sini....:)

Tak cukup makan semangkuk (share ngan my princess) ; tapau lagi sebungkus. My hubby pun dah 'terpikat' dengan rasa laksa yang sedap tu.....Lain kali kalau teringin nak makan laksa sure aku akan ke situ lagi......:)

NAK MAKAN LAKSA ..

Rasa macam teringin nak makan laksa le plak malam nih. Tapi aku mesti tak pernah habis kalau makan semangkuk sorang ; kena share dengan my princess nih. Kebetulan my princess pun sker makan laksa.

Memang aku tak masak pun malam nih. Petang tadi goreng nugget dan bancuh Milo 'O' panas je untuk minum petang.....

Korang dah makan malam? Makan ape? Laksa juga ke....?....hu3....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs