UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 22 November 2010

DIAMKU BERSEBAB........

Bukannya aku sombong

Bukannya aku sengaja nak mendiamkan diri

Bukannya aku dah berubah sikap

Bukannya aku dah bosan dengan kengkawan yang ada di sekeliling aku

Bukan juga aku nak jadi Perempuan Melayu Terakhir ......Yang bercakap bila perlu je.......hu3......

TAPI........

Kerana mulutku yang tengah ULCER ni........

Aku terpaksa buat semua tu !!! Hadoiyai!!!!!!!!!!!!!!!!

P/S: Bilalah nak baik ulcer ni. Dah sapu ubat. Dah tenyeh garam ......masih gak 'stay' kat mulut aku ni....hu3.....

ZAMAN SPM ........

Minggu exam untuk pelajar2 SPM & STPM (Sepertimana yang aku dengar pagi tadi dalam radio...). Mengingatkan aku pada zaman menduduki SPM 16 tahun dulu.........

Memang nervous saat melangkahkan kaki kali pertama ke dewan peperiksaan. Kalau boleh semua doa nak dibaca masa tu. Ada yang 2-3 kali keluar masuk tandas ! Ha3.......Tapi itu bukan aku hokay.......

Nervous punya pasal sampai ada satu hari tu aku termimpi yang aku terlewat masuk ke dewan peperiksaan! Rupa2nya aku tertido di beranda rumah ..........Hu3...........

Tapi kenangan tu dah lama berlalu. Untuk semua yang menduduki peperiksaan atau ujian.....Semoga berjaya dengan cemerlang!

* Harap2 ujian dalam kehidupan pun dapat kita atasi dengan cemerlang!

ARAHAN BERKURSUS

Pagi ni ketibaan aku ke office (chewwahhhhhhhhhhh....) disambut dengan sepucuk surat arahan berkursus pada 3 - 6.12.2010 nih! Means, next week la......... di Melaka.

Kursus lagi. Tapi dah arahan kannnnnn, plus tanggungjawab juga, so ikut je lah. Tentang Komunikasi dan penampilan diri. Dah banyak kali aku pegi kursus yang macam ni. Tak rugi. Banyak ilmu boleh dipelajari.

Sekali belajar kita boleh lupa....Kalau dah banyak kali belajar, takkan satu benda pun kita tak oleh ingat kannnnn.........

* Kalaulah aku boleh jumpa kengkawan blogger yang ada di Melaka........Tapi tak mungkin coz jadual yang agak padat.......hu3......

KAWAN DAN LAWAN

Kalau orang tak boleh terima kita sebagai kawan.......

JANGAN SAMPAI kita dianggap sebagai lawan pula........

* Buat baik berpada-pada......buat jahat jangan sesekali........SELAMAT PAGI SEMUA !

Ahad, 21 November 2010

BERDENGKUR PUNYA CERITA

Mesti kengkawan ada pengalaman dengar bunyi orang yang tidur berdengkur. Mesti sakit jiwa kannnnnnn......coz mengganggu kita yang tidur juga.

Lagi2 kalau teman sebilik atau pasangan kita atau pun adik-beradik yang tidur berdengkur. Memang macam2 bunyi ada. Ha3......Macam iklan ASTRO tu......macam2 ada!

Aku pernah terbaca dalam satu artikel yang mengatakan dengkur ini satu penyakit juga. Tapi adalah simptom2 tertentu yang menyebabkan ia jadi satu penyakit. Risau juga ye......kalau jadi penyakit ni.......Teringat kalau berkumpul ramai masa balik kampung........Satu rumah bunyi macam2 waktu tengah malam........Yelah dah ramai yang tidur berdengkur..........Sudahnya ada yang tak boleh tido sampai pagi sebab terganggu dengan bunyi berdengkur tu.....Hu3!!!

PENING KEPALA DAN LANGKAH PERTAMA

Hari ni lunch agak lewat. Pukul 3.00 petang baru makan. Bukan kerana malas nak memasak, tapi sarapan yang agak lewat pagi tadi buat perut rasa lambat juga laparnya.

Lately aku suka pening kepala setiapkali bangun dari tidur. Tak tau kenapa........Sepatutnya bila tidur, lagi rasa fresh. Ini sakit kepala pulak........

Esok dah mula bekerja semula setelah beberapa hari bercuti.Rasa berat je nak kerja. Betullah kan......Nak memulakan langkah pertama tu memang susah......Tapi sesebuah kejayaan bermula dengan langkah pertama!

BERPELUH HIRUP SUP


SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.

Berita selanjutnya di sini - KOSMO

BUKAN SENANG NAK SENANG ; TAK SUSAH NAK JADI SUSAH !

Bukan senang nak senang. Tapi tak susah nak jadi susah. Kalau dah senang, susah pulak nak pertahankan kesenangan tu. Kalau dah susah peritnya nak jadi senang balik.......

Sesungguhnya hidup ni penuh liku. Kalau lurus je pun kurang plak feelnya. Bila tiba liku2 tu yang kena berhati2 tu. Silap2 lepas liku2 tu mungkin jalan lurues.......dan boleh jadi juga ada gaung kat depan tu.......

* Hidup ini perjuangan.........Yang berjuang itu yang telah menang di awalnya lagi berbanding yang mengalah tak mahu berjuang.......

NIKMAT YANG PERLU DISYUKURI

Baru sikit nikmat yang Allah tarik.....kita dah mula rasa tak selesa dan bersungut........TAPI sebanyak mana kita bersyukur dengan terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan selama ini kepada kita.......* sebagai peringatan untuk diri sendiri juga*.........

P/S: Terasa susahnya nak makan bila mulut ulcer macam ni........

Sabtu, 20 November 2010

SUSAH KALAU TAK DIBIASAKAN

SESUATU YANG BARU MEMANG SUSAH UNTUK DIBIASAKAN

TAPI KENA BIASAKAN UNTUK KURANGKAN SUSAHNYA

DAN AKHIRNYA MENJADI MUDAH DAN BIASA!

MEKAH DILANDA BANJIR

BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.


MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

*Sumber : KOSMO

*Baru semalam update tentang Hujan lebat di Mekah........Kuasa Allah.....

PLAN YANG BERTUKAR .........SUNGAI GABAI

Badan masa terasa letih dek mandi-manda pagi tdi. Plan asalnya nak cuba mandi di Air Terjun Sungai Tekala.......tapi bila sampai ke situ jangkaan meleset sama sekali. Rupa2nya tak de air terjun ( Mungkin ada tapi kena berjalan jauh sikit ke dalam agaknya....) yang ada cuma tempat mandi yang mendatar dan lebih sesuai untuk anak2 kecil.

Tapi pemandangan sekitar memang cantik. Aku sempat amik beberapa keping gambar tapi seperti bese tak dapat nak upload lagi kerana sebab yang satu......LINE IS ALWAYS PROBLEM! Nanti bila line okay, aku akan tepek gambar-gambar tu........

At last kami ke Sungai Gabai lagi. Ramai juga orang hari ni, tapi kesejukan airnya yang agak berganda dari sebelum ni ( may be sebab musim hujan) tak memungkin aku untuk mandi lama2!

Lebih kurang 1:45 kami dah begerak balik. Sampai di rumah banyak lagi kerja2 menanti. Mengemas baju2 my princess lagi...........Baru sekarang ada masa nak update blog.........

P/S: Baru terasa makin beratnya tanggungjawab sebagia seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama blogger untuk blog kesayanganku ini! Tapi yang utama tetap diutamakannnnnn......Hu3.......

NAK PEGI MANDI !

Tengah seronok layan filem HINDI sambil pekena Nasi Goreng yang my hubby buat...........TETIBA.........

My hubby ajak pegi mandi! Bukan mandi berdua......heh3.......Tapi mandi-manda kat air terjun..........

Aku pun apelagi, sepantas kilat kata OKAY! Ha3........Jom join, kita mandi ramai2........

* Tak tau lagi nak mandi di mana........Sungai Gabai lagi ke?.......Tungguuuuuuu......

ULCER LAGI

Pagi ni cuaca agak cepat panas......Baru pukul 8 pagi, tapi matahari dah mula terik. Ni kalau jemur kain baju memang cepat keringnya!

Cakap pasal waktu pagi, mesti tak lari dari sarapan pagi. Hu3....Pagi ni aku boleh rest coz, my hubby yang siapkan sarapan pagi. Nasi Goreng Kampung! Aku sker sangatttttttttttttttttt!!!

So, aku boleh terus mengadap lappy dan mulakan sesi ziarah aku ke blog kengkawan. Kengkawan sume dah breakfast?

P/S: Tapi mulutku yang ulcer buat aku kurang selera..........:(

Jumaat, 19 November 2010

ASING, PILIH, LIPAT DAN SIMPAN = KEMAS !

Ha3..........Hape ke bende tajuk entry yang semacam tu ek? Actually, aku baru siap sebahagian kerja2 mengemaskan baju2 my princess. Belum siap sepenuhnya lagi........tapi okaylah daripada berserabut! Kena pelan2 le kannnnnnnn. Banyak lagi kain baju tu. Mana boleh selesai on the spot!

Susah juga bab2 mengemas kain baju dari dalam beg ke dalam almari. Kalau beg tu untuk sementara je.....sumbat2 je pun tak pe. Tapi dalam almari kenalah kemas elok2. Kalau tak lagi serabut nengoknya.........

Nak kemas kain baju ni pun kena ada skill kan. Bukan boleh main belasah je........

* Respect dengan sorang kawan yang hasil lipatan bajunya sebijik macam baju2 yang dilipat kat rak2 di shopping kompleks untuk dijual tu. Memang kemas macam kena iron!!!

SEJARAH PASIR SALAK AKAN DIFILEMKAN

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sejarah Pasir Salak yang berlaku pada 1871 akan didokumentarikan oleh syarikat produksi Kay Promotions & Productions House tidak lama lagi.

Penggambaran akan dimulakan pada Januari 2011.

Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Jamal Lulkhir Jaludin berbekalkan pengalaman dalam bidang industri hiburan tanah air, syarikatnya yakin untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang terbaik sebagai khazanah generasi akan datang.

Katanya, dokumentari itu turut memaparkan tempat-tempat bersejarah untuk tatapan penonton.

''Pelbagai elemen yang menarik turut dimuatkan dalam dokumentari itu. Ini merupakan kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Tanah Melayu, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan orang Melayu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamal, kos keseluruhan dokumentari itu ialah sebanyak RM150,000.

''Pihak syarikat juga memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri Perak dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi urusan-urusan yang berkaitan lokasi dan bantuan lain.

''Kepada individu yang memiliki koleksi-koleksi lama yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak juga dialu-alu memberikan kerjasama dengan pihak kami,'' katanya.

Kata Jamal, pihaknya juga bersetuju menyumbang sebahagian daripada hasil keuntungan bersih dokumentari itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dan kerja-kerja amal berkaitan agama dan bangsa Melayu di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jamal di talian 019-4334042 atau emel: khir69@ yahoo.com.my.

*Sumber : Utusan

P/S: Rasa bangga kerana Pasir Salak tak jauh dengan kampung aku yang tercinta.....Teluk Intan..........:)

TEMPAT TUMPUAN DI MUSIM PERAYAAN

Seperti kebiasaannya......bila balik kampung musim2 perayaan memang R&R jadi tempat popular.......tempat tumpuan .

Ada yang berhenti untuk solat......makan dan ninum.....dan ada juga yang berhenti untuk membersihkan diri. Cakap pasal makan minum, teringat masa aku singgah di R&R Rawang semalam masa balik kampung.

Masih terasa sedapnya Nasi Lemaknya yang cuma berharga RM1.20. Memang berbaloi..........Yang menarik perhatianku lagi ; gaya orang2 yang singgah di situ. Pelbagai gaya .........Maklumlah musim raya. Dah macam tempat peragaan fesyen pulak. Ada yang menarik dan ada juga yang macam tak kena gaya!.....Hu3.......

Apa yang pasti......Yang elok kita ikut; yang kurang elok.........kita tengok jelah, jangan diikut!........

* Aku? Pakai T-shirt dan jeans je.........Tak buat baju raya.......hu3.....

MEKAH DILANDA HUJAN RAHMAT

JEMAAH haji meredah hujan di Mekah, malam semalam. - AP


MINA 18 Nov. - Hujan sepanjang malam semalam memaksa jemaah haji berebut-rebut mencari tempat untuk berteduh.

Angin yang bertiup kencang menyebabkan suhu semakin dingin walaupun hujan tidak begitu lebat.

Ada di antara jemaah haji enggan mencari tempat untuk berteduh tetapi sebaliknya mereka gembira menikmati hujan itu.

"Ini menandakan ibadah haji kami diterima oleh Tuhan dan bagi kami ia adalah satu rahmat," kata jemaah haji dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Sementara itu, pegawai yang menjaga kem jemaah haji, mula bimbang tentang kemungkinan berlakunya banjir seperti yang pernah terjadi di Mina dan Mekah sebelum ini.

"Kami telah meletakkan langkah berjaga-jaga dan yakin pegawai yang bertanggungjawab mampu menguruskan sistem perparitan dengan baik," kata Pengurus Jemaah Haji Asia Tenggara, Naif Al-Muttawa.

Pada hari kedua melontar jamrah, hampir tiga juta jemaah haji berjaya melakukannya dalam keadaan lancar semalam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jabatan Pertahanan Awam dan Kementerian Dalam Negeri mengawal perjalanan jemaah haji di Kompleks Jambatan Jamrah dengan menggunakan beberapa buah helikopter sepanjang hari.

Melontar jamrah adalah satu daripada perkara wajib yang perlu disempurnakan oleh jemaah yang mengerjakan haji. - AGENSI

*Sumber : Utusan

HATI BERBUNGA CERIA

Baru sampai ke Kajang. Pukul 11 pagi tadi bertolak dari kampung. Hari ni baru sekarang ada kesempatan update blog! Almaklum jelah......bila kat kampung, line tenet memang tak tercapai dek kudrat ku.....hu3......

Hari macam nak ujan. Mendung je cuaca kat luar tu........Tapi hatiku ceria berbunga2 ; dah tak mendung lagi coz.........

My princess dah dok sekali dengan aku kat sini dan akan bersekolah di sini. Insyaallah dalam minggu depan aku akan uruskan pendaftaran ke sekolahnya disini.........:)

* Hati berbunga2 gembira......

Khamis, 18 November 2010

BALIK KAMPUNG ......UTAMAKAN NYAWA SENDIRI

Aku sekarang on the way balik kampung. Baru sampai kat area Tol Kajang. Tadi sempat singgah untuk withdraw duit dulu.

Orang tak berapa ramai lagi, may be sebab awal pagi lagi so senang le sikit nak masuk ke kawasan Bandar Kajang. Kalau tak mau kena pusing 4-5 kali semata2 untuk cari parking je!

Cumanya ada sorang pompuan ni kat lorong jalan menuju ke Bank yang aku nak pegi tu.....dia baekkkkkkkkkkkk punya lenggang. Berjalan kat tepi pun tak; kat tengah pun tak. Kita pulak yang susah nak follow dan elakkan dia. Sudahnya aku suruh my hubby hon je dia. Baru dia perasan.......

Alahaiiiiiiiiiii.......Tau le orang tak ramai lagi pagi2 ni, tapi jagalah sikit keselamatan diri tu......Kalau pun tak sayang duit........Sayangle nyawa sendiri .......Nyawa bukan boleh dijual beli!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs