
KUALA LUMPUR – Penyanyi era tahun 60-an, Datin Orkid Abdullah, 64, kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal, Penawar Rindu itu tidak mampu bergerak dan aktiviti hariannya terpaksa diuruskan oleh tiga anaknya.
Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata, ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.
“Kami difahamkan oleh doktor bahawa penyakit itu jarang ditemui di dunia. Kira-kira 20 peratus sahaja penduduk dunia menghidapnya di mana hormon berkembang dengan tidak menentu sehingga menjadi tumor.
“Ibu menjalani pembedahan pertama pada 2008 untuk membuang satu tumor. Bagaimanapun ia tumbuh semula kira-kira dua tahun selepas itu dan terpaksa dibedah lagi pada Februari tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Dataran Ukay di sini semalam.
*Sumber - KOSMO
Sian dia. Moga dia cepat sembuh.
BalasPadamsemoga beliau cepat sembuh..
BalasPadammoga dia cepat sembuh..
BalasPadamsampai saatnya giliran kita pula
BalasPadamdatuk sarimah pun tak sihat kan?
BalasPadamsama2 kita doakan kesejahteraan beliau..
BalasPadamada kawan pejabat menghubungi kosmo untuk bertanyakan no fon wartawan yang membuat berita tentang Datin Orchid. Tujuannya untuk mendapatkan alamat penuh datin. Namun tak mendapat kerjasama dari pihak akhbar (tak tahu atas alasan apa).
BalasPadammoga beliau cpt sembuh dari kesakitan...
BalasPadamazzey--
BalasPadamsemoga ramai yang datang ke melawat beliau..
semoga beliau sentiasa dilindungi olehNYa
semoga dia cepat sembuh..
BalasPadamsemoga cepat sembuh...
BalasPadamsemoga beliau tabah!
BalasPadamteringat dulu pernah jumpa
BalasPadamdia dlm lrt ...dia sgt baik
dan ramah..sempat sembang2 dgn dia
semoga dia cpt semboh :)