UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 29 Ogos 2010

ROJAK SINGPORE.....ADA TEMPE KE???

Semalam, selain dari beli pecal,my hubby belikan aku Rojak Singapore ni. Dah 2-3 hari usha2 rojak ni........cam sedap jerk. Tu yang mintak my hubby belikan semalam tu......hu3......

Rojak Singapore ni kat dalam nyer ada timun, isi ketam, telur, cucur udang (yang macam dalam rojak mamak selalu tu), sotong.......sumenye digoreng dengan tepung. Memang nampak special! Tu yang teringin nak beli tu..........

Cuma yang agak pelik.........selain sume bahan2 tu, ada juga tempe yang digoreng dengan tepung. Dari segi rasa okay....sedap. Harga RM5.



Tempe tu jerk yang buat aku confused dan tertanya2.......Orang Singapore makan tempe ke? Ni memang betul2 punyer tanya. Al maklum......aku tak penah pegi Singapore. So, kepada sesape yang tau tu.....sila jelaskan ek....:P

ENTRY BERGAMBAR DAN ENTRY TANPA GAMBAR

Entry bergambar dengan entry tanpa gambar. Mana satu pilihan korang? For me......I prefer both also. Tapi yelah......lain orang, lain pendapatnya. Lain orang, lain cara penulisannya.........

Aku akan tulis entry apa yang terlintas di fikiran. Tapi kalau ada gambar.....kira macam bonuslah. Sambil baca2, boleh layan gambar. Tapi kalau tanpa gambar pun, kalau penulisan tu bagus dari segi isi dan boleh menarik perhatian orang membaca, tak de masalah.

Cuma mungkin yang dah terbiasa dengan gambar...........entry bergambar lebih menjadi pilihan utama.

Aku plak, tak kisahlah entry tu bergambar ke tanpa gambar ke......Dua2 aku baca, asalkan aku sker dengan isinya. Dan santai jerk nak layan.Pendapat masing2 kannnnnnnnn.........:)

DAPAT JUGA MAKAN PECAL AKHIRNYA.....

~ Dapat gak makan pecal untuk berbuka.....RM3.50


Sebelum ni aku ada citer tentang teringin nak makan pecal untuk berbuka. Tapi hari tu tak de rezeki agaknya......puas gak pusing satu PARAM.......peacal nan ado! So, semalam ; 18 Ramadan aku tak plan........jumpa pulak dengan pecal ni.

Sedap juga rasanya. Harga RM3.50. Mahal ke? Dari segi rasa okay......cuma kuahnya tu macam sikit sangat. Beselah kan orang berniaga. Kita yang nak makan ni, tak de pilihan ......beli jelah. Nak buat malas! Ha3...........

~ Ayam goreng


Selain tu......aku goreng ayam, untuk tambah2 lauk. Lately sker plak makan ayam goreng. Tapi tak sker yang bersalut tepung. Sker yang goreng bese jerk. Lagi2 kalau makan panas2 dengan nasi panas. Fuh! Memang marvelous!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ENGINE BERBLOGGING BARU NAK PANAS!

Haha..........Dah pukul 2 lebih.......engine aku nak berblogging baru nak panas. Tadi suam2 kuku je. Dari pagi tadi badan rasa tak berapa sihat. Kepala pun sakit. So asyik baring jelah jawab nyer.

Ni baru rasa okay sikit. Blog kena update, tak boleh tinggal terus....... Tu yang gagahkan juga tu.Esok dah mula keja. Then, Selasa cuti......HARI KEBANGSAAN! Rasa sekejap je masa berlalu dari setahun ke setahun kannnnnnnn......

Minggu depan pun dah nak raya. Lagilah tak terasa. Hari rasa nak kuar beli persiapan raya yang belum settle lagi sikit tu.....tapi keletihan tak mengizinkan. Mungkin gara2 tak bersahur pagi tadi. Makin lama pose, makin mengantuk dan penat badan ni......Korang pulak camane?

Sabtu, 28 Ogos 2010

KEK BATIK PUNYER CITER......

Aku kan peminat fanatik Kek Batik. So, semalam ke PARAM, belilah lagi satu bekas. Tempat yang sama.......Masa kat situ terdengarlah perbualan di antara peniaga tu dengan salah sorang pelanggan yang beli kek yang sama:-


Pelanggan: Bagi 1 Kek Batik ni (sambil jari menunjukkan kek yang berkenaan...)


Peniaga: Ni ye kak.....(sambil bungkuskan kek tu)


Pelanggan: Kenapa makin sikit kek ni?


Peniaga: (dengan slumber sambul memulangkan baki duit....) sama je kak......mungkin sebab bekas yang besor sikit kot! (ada kot plak kat ujungnye.....hu3)


Pelanggan: Berlalu sambil senyum sinis.......


Tapi bila fikir balik, tak logik apa yang peniaga tu cakap. Memang kat situlah aku beli sejak awal pose ari tu. Bekas nyer sama je. Aku siap simpan bekas tu kat umah dan bila compare memang sama. Tak de beza pun!

Jadi apa tema nyer peniaga tu cakap bekas tu yang saiz nyer besor! Yang aku perasan memang kek tu makin sikit, tapi harga sama.....Entahlahhhhhhhhhhh, macam kerenah peniaga ni kannnnnnnnn......

INILAH AIR KATIRA !

~ Inilah AIR KATIRA...... Tinggal separuh, coz dah kena 'belasah'.....he3......


Semalam aku citer tentang Air Katira kannnnnnn. So pada sesape yang tek penah tengok, minum dan terjumpa air ni.....inilah rupa bentuknya.......

Airnya cam aku citer.....kaler hijau, then cam ada rasa susu. Mungkin dicampurkan dengan susu. Kat dalam air tu......macam air soya cincau......ada cincau, then barli, dan ada juga yang macam cincau tu tapi bulat2 warna merah tu......

Yang pasti memang rasanya sedap dan special sebab bulan pose je senang nak dapat air ni!

IDEA MENULIS BLOG

Aku memang sker tulis blog. Everyday mesti nak update, paling tak pun 1 entry. Aku tulis ape saje yang terlintas di fikiran. Asalkan tak menyentuh sensitiviti orang lain. Kalau ada yang tersentuh.....aku mintak maaf banyak2.

Tujuan utama aku menulis dalam blog, bukan sebab nak kejar income sangat........tapi kalau ada bagus juga.....he3.......Tapi yang sebenarnya, memang aku sker. Lagi2 kalau 2 dapat feedback yang baik dari kengkawan dan sape2 je yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni.Maklumlah aku baru sangat lagi daalm blogger's world. Masih kuranggggggg ilmu!

Kadang2 otak rasa jem juga nak dapat idea.....hu3......Tapi bila idea datang je, terus tulis. Kalau tak dapat tulis on the spot, save dalam notebook @ handphone dulu. Itu cara aku. Lain orang lain caranya.

Ada masanya tengok TV pun boleh datang idea......Dengar orang bersembang pun datang idea......baca suratkhabar @ majalah pun datang idea........Memerhatikan keadaan sekeliling pun datang idea. So, idea menulis blog tak de formula tertentu yang boleh dijelaskan. Bergantung pada seseorang dan keadaan.

Bagi aku selagi terdaya dan selagi tak kering idea........aku akan keep on blogging. Sebab memang aku sker!

BAJU RAYA DAN PERSIAPAN RAYA

Hari ni hari Sabtu. Hari cuti. Mesti ramai yang amik kesempatan kuar shopping dengan family. Ada yang nak cari baju raya, suar raya, tudung raya, kasut raya, dan pelbagai lagilah persipan raya!

Shopping2 kompleks dah tentu2 sesak dangan orang ramai. Makin bertambah meriahlah suasana nak sambut raya. Raya pun tak berapa lama lagi. Tak salah kita beli sume barang2 tu.........CUMA.......

Jangan sampai jadi satu bebanan. Sebagai isteri janganlah kita minta atau desak suami beli barang2 keperluan yang tidak perlu dan tidak mampu hanya kerana nak nampak gah raya nanti dan ada niat nak berlumba2 dengan jiran2. DAN sebagai suami, kenalah faham juga kehendak isteri......kalau ada rezeki lebih tu tak salah ikut kehendak isteri. Kalau cantik pun isteri sapa kannnnnn........kalau menarik pun rumah kita juga kannnnnn.....

Dan seorang anak jangan lah pulak membebankan ibu dan ayah hanya kerana malu dengan kawan2 nak pakai baju yang bese2 je , kalau dah itu kemamapuan ibu dan ayah kita. DAN sebagai ibu dan ayah, janganlah nak 'bersederhana' sangat sampai 'lokek' nak kuarkan belanja untuk anak setahun sekali, kalau kehendak mereka itu kita mampu penuhi!

Bukan nak menyalahkan sape2. Yang penting jangan lah kita sambut hari raya yang bakal tiba nanti dengan sengketa. Suami isteri bermasam muka.....Anak2 dan ibu bapa tak bertegur sapa......Jangan cemari kesucian hari lebaran nanti dengan perkara2 yang tidak sepatutnya.....

p/s: Sekadar beberapa contoh je........Untuk kesedaran bersama.......

Jumaat, 27 Ogos 2010

MEMANG SUSAH NAK PERCAYAKAN ORANG.....

Nak berkongsi je ni.......


Memang susah nak percayakan orang.......tapi tak salah untuk kita cuba nak percayakan seseorang
................kalau................
itu saja cara yang terbaik untuk selesaikan masalah........

Tak pe berkongsi kannnnnnnn..........................

PECAL PUN SEDAP UNTUK JUADAH BERBUKA

Petang rasa macam nak berbuka dengan pecal. Sedap juga makan dengan nasi panas2 dan ayam goreng.

Pecal beli je kat PARAM......Ayam goreng tu wat sendiri. Lagi sedap dan berbaloi2.........Tak delah sume pun nak beli . Separuh beli dan separuh lagi masak.

Lagi pun hari ni rasa letih sangat. May be sebab pagi tadi tak bersahur dengan nasi. Rasa tak selera. So, aku just makan kurma dan minum air jerk. Tu yang rasa lemah semacam tu.Tetiba je rasa nak makan pecal, coz 2 -3 hari bila pusing2 kat PARAM asyik ternampak pecal je........

Mintak2 adalah petang ni. 2-3 hari ni pun tengok kat PARAM makin ramai yang tak berniaga. Agaknya dah terkena 'angin raya' kot........hu3......

KEKUATAN SEBENAR BERMULA DARI HATI

~ Kekuatan itu dari hati


Kekuatan sebenar bermula dari hati........

Disaat kita nak menghulur duit bersedekah......rasa macam ragu2 takut kurang rezeki yang ada......hati berkata berilah.....jangan takut kurang, Allah akan kurniakan lebih lagi......

Di saat kita ingin memaafkan kesalahan orang lain......terasa macam tak adil, asyik kita je yang mengalah......hati memujuk, maafkan je, banyak pahalanya......lebih ramai orang sker nanti berkawan dengan kita

Di saat kita nak memulakan tadarus di rumah........terasa berat sebab nak tonton program kegemaran di kaca TV.......hati berkata, kurangkan perkara yang melalaikan........Ayat2 suci tu menjernihkan hati, mendatangkan keberkatan......

Semuanya kerana hati......hati yang bersih dan suci.........Dengan kesucian hati itu, maka lahirlah kekuatan yang memandu tindakan ke arah yang lebih baik lagi.......

Sesungguhnya kekuatan sebenar itu bermula dari hati.........

NUZUL AL-QURAN

Hari ni Hari Nuzul Al-Quran. Hari cuti . Jadi sempena kedatangan hari yang mulia ni, dan kebetulan ramai yang bercuti, marilah kita sama2 mengimarahkan lagi bacaan ayat2 suci Al-Quran di rumah masing dan di masjid2 berhampiran.

Ini sebagai salah satu cara kita menunjukkan kecintaan kita terhadap kitab suci ini . Kalau kita boleh menghabiskan masa untuk 'mengkhatamkan' novel2 dan majalah2 kesukaan kita......jadi apa salahnya kita 'transfer' kan minat itu kepada kitab suci ini.

Tidak salah untuk terus membaca apa yang kita sker. Tapi apa salahnya menjadikan kitab suci ini sebagai salah satu bahan bacaan yang kita sker juga. Banyak manfaat dan kelebihannya membaca kita Al-Quran . Lagi2 dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Sekadar berkongsi pendapat dan mengingatkan diri sendiri.......

HAPPY BIRTHDAY TO U MY DEAR HUBBY.......

~ My Hubby.......


Hari ni hari lahir my hubby......27.08.2010........Mudah2an semua yang diharapkan menjadi kenyataan......

Special for u my dear hubby.......

"SELAMAT HARI LAHIR .............MUDAH2AN DENGAN PENINGKATAN USIA AKAN MEMATANGKAN LAGI SETIAP TINDAKAN. MUDAH2AN JADI ANAK YANG SOLEH, SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN AYAH YANG PENYAYANG. MUDAH2AN DILIMPAHKAN KESIHATAN YANG BAIK SENTIASA, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH SERTA HALAL. SEMOGA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA KITA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRAT NANTI. MUDAH2AN DOA KITA SEPANJANG RAMADAN YANG PENUH BARAKAH INI AKAN DIMAKBULKAN. SAYA SAYANGKAN SAYANG DAN HANYA SAYANG DI HATI UNTUK SELAMANYA...........I LUV U B......."

* Akan kusulam bebenang rindu bersama rasa cinta kita......moga kekal mekar selamanya...."

AIR KATIRA

Sejak tahun lepas lagi, aku memang sker air Katira ni. Rasanya mana2 tempat pun dah popular dengan air ni. Air ni warnanya hijau dan macam ada susu dikit. First time cuba masa bulan pose last year. Officemate yang suggest. Sampai sekarang sker beli air ni untuk berbuka.

Dah cuba juga air yang lain, macam air bandung, soya, jagung.....tapi memang dah jatuh hati dengan air Katira ni! Dengar citer air ni asalnya dari Johor. Dalam suratkhabar banyak bercerita tentang air ni.

So, air Katira ni memang pilihan utama aku.........Then, baru air soya. Memang dua2 pun sedap..........

Korang pun mesti ada air favourite kan???

SERONOK BERPUASA VS SERONOK BERAYA

Semakin nak menghampiri hari raya ni, semakin seronok perasaan kita. Masing2 tak sabar nak sambut hari raya dengan keluarga tercinta. Tak salah sume tu. Tapi yang penting kita terus rasa seronok untuk menyempurnakan puasa hingga ke penghujungnya.

Kadang2 sebagai manusia biasa, kita terlalu seronok nak menyambut hari raya.....sampai sume aktiviti 'seronok berpuasa' kita tinggalkan. Contohnya sibuk bershoppping, kita dah tak de masa nak bersolat tarawih, sibuk berniaga sampai kita lupa untuk bertadarus, sibuk mengira keuntungan berniaga, sampai kita lupa untuk bersedekah.....

Sume ni kelemahan kita sebagai manusia. Tidak salah untuk kita seronok menyambut ketibaan hari raya, tapi jangan sampai kita lupakan terus seronoknya berpuasa. Seimbangkan kedua2nya. Mudah2an puasa kita lebih diberkati dan keseronokan beraya nanti juga dalam limpah rahmat-Nya.Insyaallah...amin.......

PUASA TANPA TAHU JUADAH BERBUKA

Dah masuk hari yang ke - 17 kita berpuasa. Setiap hari bila sampai je waktu berbuka, pelbagai juadah berbuka terhidang di depan mata. Tak kiralah.....yang kita beli atau pon yang dimasak sendiri.

Tetapi bagaimana dengan nasib 'orang2' yang berpuasa tanpa tahu juadah berbuka. 'Orang2' yang aku maksudkan ini adalah seperti fakir miskin, anak2 yatim yang terbiar, orang2 yang kurang kemampuan dan seumpamanya. Kasihan bila mengenangkan nasib mereka2 ini.

Jadi, sebaiknya bagi kita yang ada rezeki lebih dan berkemampuan, hulur2kanlah bantuan kepada mereka2 ini. Kerana kalau kita ni kadang2 merungut dengan menu yang sama sahaja, jemu dengan juadah yang ada......tapi mereka ini jangan kan nak merasa apa yang teringin untuk dimakan......tapi untuk memikirkan juadah kegemaran pun jauh sekali!

Bulan Ramadan bulan keinsafan........Sama2lah kita menginsafi diri dan mensyukuri nikmat byang ada dengan berkongsi bersama2 merka yang memerlukan........

Khamis, 26 Ogos 2010

ALHAMDULILLAH........

Alhamdulillah.......dokumen yang aku siapkan pagi tadi untuk pengesahan jawatan dah mendapat tindakan selanjutnya. Memang pantas! Aku dah dapat surat untuk diforwardkan pula kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan......

Nampaknya, sume berjalan lancar.......mudah2an apa kelulusan dari pihak berkenaan pun akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya......Alhamdulillah

LAMPU SIGNAL JE TAK MENJAMIN KESELAMATAN PEMANDUAN

On the way nak masuk office tengahari tadi.........tiba kat satu simpang aku pun stop macam bese nak bagi laluan pada kenderaan lain yang sepatutnya, coz kat situ tak de traffic light. Dari jauh lagi aku dah nampak satu motorsikal menyalakan signal ke sebelah kiri. So aku dah ready la nak tekan minyak dan jalan terus.......

Bila sampai jerk dekat simpang tu, motorsikal tu laju je tak de pun macam nak membelok.....rupa2nya memang dia terus jerk......... Terkejut gak aku....tapi nasib baik aku still dalam keadaan get ready dan tak tekan minyak terus, coz rasa lain macam bila tengok motor tu laju tapi signal menyala.........Kalau tak macam2 boleh jadi!!!

Lampu signal je tak menjamin keselamatan semasa kita memandu. Tapi sikap yang sentiasa berwaspada dan alert dengan persekitaran itu yang lebih utama....... Mungkin orang tu lupa nak off kan lampu signal motor dia.......

p/s: Nasib baik tak apa2.....Berdebar jugalah tadi......

DAH SAMPAI DAH.....KAD JEMPUTAN KAHWIN

~ Chanteq kad jemputannya...Purple kaler lagi........


Kan aku ada citer tentang ex classmate yang bakal melangsungkan perkahwinan hari raya pada entry sebelum ni. Semalam aku dah dapat kad jemputan dari dia. Chanteq, kaler purple gitu........

Sekarang ni dah macam2 design kad jemputan kawen .Ada yang harganya macam tak tercapai oleh akal ku! Hu3.......Yelah, lain orang lain citarasa. Yang penting sesuaikan budget dengan kemampuan. Jangan sebab nak ikut2 orang.......Kita yang siksa menanggung sumenya......budget lari, bila lepas kawen nanti.......

Pasal majlis my fren ni.....insyaallah aku akan cuba menghadirkan diri. Coz, masa tu aku masih kat kampung rasanya......18hb September 2010. Nanti kalau sempat aku amik gambor2 kat sana dan update dalam blog yang terchenta ni ye........

~ Utusan Raja sehari.....IYDA & AMIN

TODAY ....AGAK BZ

Today memang aku agak busy. Tapi tak lah busy sesangat. Tapi busylah dari selalu. .......he3.........Pagi2 lagi aku busy siapkan borang penilaian kompetensi .........aku punya sendiri. First time buat, tu yang agak kelam kabut sikit. Kena rekodkan sume kursus2 dan seminar yang aku attend....since January to May 2010. Then, today kena submit!

Then aku gigih pulak fotostate dokumen2 yang nak disubmit ke HRD......untuk pengesahan jawatan aku ( Harap2 cepatle proses nya.....cepat aku confirm!).

Dah tu gigih pulak update data dalam sistem attendance. Sendiri punya juga. Sekarang ni top management memang alert dengan attendance ni. Lewat 30 saat pun kena remark dalam sistem....dan alasan mesti kukuh. Sila tahu ye, alasan jalan jem tidak akan diterima!

Hu3......Tu yang aku kelam kabut sekarang ni waktu pagi nak pegi keja. Tak siap makeup pun pegi juga janji tak lupa pakai tudung! Makeup dalam keta kat tempat parking dah jadi perkara biasa........ Yang penting attendance tak merah!!!

p/s: Busy kannnnnnnnn.......tapi sempat juga update blog aku yang terchenta nih......hi3......

TOMORROW 27th AUGUST 2010....... MY HUBBY'S BIRTHDAY

~ TOMORROW ......HIS BIRTHDAY


Esok my hubby's birthday ; 27.08.2010......... Terasa baru lagi sambut birhtday dia tahun lepas.........Ni dah nak sambut lagi.....hu3........Sambut berdua jerk pun. Al maklum le orang di perantauan......:)

Makin bertambah le usia . Mudah2an semakin matang juga dari segi perlakuan dan tindakan. Orang kata masa merubah kita. Tapi ada juga yang dah diberi masa begitu lama......tapi tak berubah2 juga. Sape nak jawab tu? Ha3......

Anyway, tengah dok fikir camane nak celebrate this year. Bulan pose ni. Celebrate masa berbuka jelah kot! Baca doa berbuka dan makannnnnnnnnnn.........hu3.....

Doakan yang terbaik untuk dia ye you alls. Lagi2 bulan baik ni......doa mudah diperkenankan. Amin.....

KENA ADA INISIATIF SENDIRI UNTUK CONFIRM

Aku baru jerk selesai siapkan dokumen2 untuk melayakkan aku disahkan dalam jawatan. Kalut sekejap! Actually, every time balik kursus, exam atau seminar dan every time dapat jerk sijil kursus2 dan exam tu..................aku akan makesure sume dokumen2 tu aku fotostate dan submit kepada staff yang incharge dalam unit aku. Then, macam yang dimaklumkan sebelum ni..........staff yang berkenaan lah yang akan forwardkan dokumen2 tu ke bahagian HRD untuk further action!

But the problem is, semalam aku dapat tau officemate yang 1 batch dengan aku dah selamat diforwardkan dokumen2 dia untuk confirm. Bila aku tanya tentang status aku, staff HRD yang incharge tu kata dia tak terima pun apa2 dokumen daripada aku. So upset!!! At last....selepas explaination daripada dia, kesimpulannya yang aku boleh buat......"jangan harapkan orang sangat......sendiri mau ingat!!!"

Aku malas nak bising2. Yang penting aku confirm cepat! So hari ni aku gigihlah daripada pagi tadi siapkan sume dokumen2 yang diperlukan dan submit sendiri terus ke HRD by tangan aku sendiri! Diulangi ye....tangan aku sendiri!

Harap2 sume berjalan lancar. Coz, sume exam dan kursus yang wajib aku dah attend. So, tak de sebab untuk aku lengah2kan perkara ni. Doa2kan ye kengkawan.......

P/s: Malas nak salahkan sesape..........kita perbetulkan je lah diri kita.....aku pun salah gak, harapkan orang jerk...sib baik tak terlambat sangat lagi....

SYUKUR ALHAMDULILLAH ; RM500 PUN REZEKI JUGA

Syukur alhamdulillah, dengan pengumuman oleh kerajaan semalam tentang pemberian 'duit raya' untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara sebanyak RM500.

Tapi yang tak sedap nya masih ada yang merungut dan sosek2 di belakang kata.....alaaaaaaaa, 500 banyak mana sangat, kejap je dah abis.........." Macam2 kerenah manusia ni kan. Sepatutnya kita bersyukur. Rm500 pun dah kira bagus....daripada takde langsung! Boleh juga menampung perbelanjaan apa yang patut semasa perayaan ataupun selepas perayaan nanti!

Bila tak dibagi.....kita merungut. Bila dah dapat pun masih nak merungut. Kelemahan manusia kan. Belajarlah kita sume untuk mensyukuri rezeki kurniaan-Nya ( ......termasuk diri aku sendiri.....)

p/s: Yeay! dapat duit raya yeay!!! ha3......

Rabu, 25 Ogos 2010

NOMINATION KWSP.............. ALREADY UPDATE

Baru jerk terima surat dari KWSP. Nomination yang aku buat dah update dalam sistem. Surat yang aku terima ni sebagai pemberitahuan jerk.

Lebih kurang sebulan juga lepas aku apply hari tu. May be sebab thumb print unmatch tu kot! Apa2 pun bila dah update macam ni, senang. Address pun dah tukar. So, apa2 info akan terus sampai pada aku. Tak de masalah lagi.

Perkara2 penting macam ni, nampak remeh......tapi kalau ada masalah nanti....susah jadinya.

SOAL KEJA...MESTI TELUS

Ada sorang officemate aku, bila ditanya boleh ke tolong percepatkan proses yang ada kena mengena dengan keja aku. Dia boleh kata................."Kalau awak manis mulut dengan I ( bodek la tu), boleh lah dipertimbangkan........."

So, aku agak kurang senang dengan jawapan dia. Aku cakap , tak bolehlah macam tu. Dah tangungjawab, kenalah buat. Tak bolehlah pilih kasih. Aku dulu pun masa keja kat tempat lama.........sume benda aku buat A-Z. Senang citer, multitasking lah.....Tapi tak delah nak berkira sangat. Yang penting dapat tolong orang. Memanglah penat. Dah namanya keja.

Bila aku cakap macam tu....baru dia mintak maaf balik. Aku bukan ape, cuma tak senang dengan orang yang bersikap macam tu. Kalau berkira sangat, macam mana nak ada kejayaan. Kalau berjaya pun, untuk sume juga, bukan untuk kita sorang2.......

OPERATOR @ TELEFONIS.....BESAR PERANANNYA

"Selamat pagi/petang, boleh saya bantu?.........Assalamualaikum, pejabat ............. boleh saya tolong....... Terima kasih kerana menghubungi kami ye......."

Ini sume di antara dialog yang kita biasa dengar kalau kita menghubungi mana2 pejabat/organisasi/ agensi/ apa jua syarikat. Mereka inilah yang akan menyambut panggilan dan pertanyaan kita terlebih dahulu. Besenya dipanggil operator telefon ataupun telefonis.

Sebenarnya besor tangungjawab mereka2 ni. Mereka2 ni juga melambangkan imej syarikat yang diwakili. Kalau bahasa yang digunakan bagus, bersopan dan mudah memberikan kerjasama.......secara tak langsung orang pun sker berurusan dengan tempat berkenaan.

Tapi, bayangkan kalau sebaliknya..........Kata2 kesat yang didengar di telinga. Apa kita rasa selaku pemanggil. MESTI geram ,marah dan rasa nak tengking semula mereka2 yang sebegitu kan!

Rasanya mesti kengkawan sume pernah melalui pengalaman sebegitu kan. Yang elok yang kurang elok ......dan yang tak elok langsung!

So, motifnya...........seorang telefonis mestilah bertangungjawab dengan tugas yang diamanahkan, bercakap dengan bersopan dan melayani panggilan sebaik mungkin seperti yang digariskan. DAN....sebagai pemanggil pula, janganlah kita menanyakan soalan yang bukan2.....yang boleh menguji kesabaran telefonis2 ini. Nanti yang kena tengking ....kita juga!!! Mesti ada rasa hormat menghormati.

TERKENA VIRUS 'Z'

Aku dah terkena virus 'Z' ni! So, haruss buat sesuatu......Sebelum melarat. Kalau dah melarat, nanti susah! Nak buat apa pun tak jadi.......So sebelum melarat , baik aku bertindak dulu!!!

Apa jenis Virus yang datang ni? Nak tau???

V


V


V


V


V


V


V


V


V


V




Virus..................... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........MENGANTUK!!!



~ Mengantuk sangat ! Tq google......


Hu3........Ubat yang mujarab cume tido jerk. So, sebelum aku terlentok2 dan tetido kat atas meja ni, eloklah aku pegi buat blogwalking. At least tengok blog2 orang lain, leh cuci mata........Mudah2an mengantuk aku pun boleh 'sembuh' juga!

BELUM ADA PELUANG BERPUASA DI KAMPUNG

Dah 15 hari berpuasa termasuk hari ni.....insyaallah. Tapi masih tak de peluang lagi untuk aku berpuasa di kampung. Berbuka bersama2 dengan my mum,my princess, adik2 aku dan anak sedara aku yang dua orang......yang chumel2 tu!!!

Hari Jumaat ni Hari Nuzul Al-Quran. Hari cuti. Tapi tak de plan lagi nak balik kampung. My hubby plak kena keja hari tu. Untuk ganti cuti raya. Tu yang dia dapat cuti lama tu......

Kalau berbuka ramai2 kat kampung ngan family, mesti meriah kan! Masing2 ada cerita tersendiri. Juadah jangan cakaplah.....berbagai2 dan berjenis2! Aku rindu masakan my mum sebenarnya. Tapi dah dok jauh...nak wat macam mana. Sabor jelah........:(

SESI KEMASKINI

Baru jerk selesai update data2 peribadi dan perkhidmatan. Sume yang bersangkut paut dengan keja aku sekarang. Beselah.....kalu sesape yang koje gomen tu taulah apa yang aku maksudkan.

Memang sume perkara tu ada pegawai yang ditugaskan untuk memantaunya. Tapi kita yang punya diri harus tau juga sume tu. Lagi2 untuk staff macam aku yang masih baru......dan belum confirm lagi.

Kadang2 manusia ni buat silap juga. Even guna facilities yang canggih macam mana pun.....as a human......memang tak lari dari buat silap. So, sebelum berlaku masalah di kemudian hari, bagus jga ada sesi kemaskini yang macam gini!

p/s: Hopefully......next year aku akan disahkan dalam jawatan......Korang doakan ek ....*wink*

BUBUR PULUT HITAM PULAK BASI !!!

Aku memang sker makan bubur untuk berbuka. Tak kisahlah bubur caca ke, bubur kacang ke, bubur pulut hitam ke......asalkan bukan bubur lambuk!

Masa kat PARAM semalam, memang banyak bubur yang dijual. Macam2 jenis. Aku ingat sebelum balik, nak singgah beli kat salah satu gerai yang ada kat situ........Lastly, terlupa dan terus je balik umah.

Dekat2 dengan area umah aku juga ada orang berniaga kuih-muih dan lauk - pauk ni. Bubur pun ada juga. So aku pun mintak le hubby aku belikan. Dapatlah satu bubur pulut hitam. Tengok macam sedap. Pekat jerk..........

Lepas maghrib, aku pun nak try la bubur tu.....Bila bukak je tutup nya, pekat semacam.Dalam hati kata......"mungkin dah sejuk kot, so beku la kuah dia...". Aku sudu sikit dan terus rasa. Sekali................ macam nak termuntah daaaaaaaaaa. Rupa2nya dah basi!

Aku tak tau lah, peniaga tu perasan ke tak perkara ni. Kelmarin dah terkena dengan Ikan Bakar yang tak de rasa ikan.......Ni terkena dengan bubur yang BASI plak !!!

Yang pasti aku takkan beli kat tempat yang sama lagi..........:(


~ Tengok je lah rupa ' fizikal nya' pun dah lain macam............

HARI INI 25HB..... BERSAMAAN HARI GAJI

Gaji??? Syok kan dapat gaji.......Tapi hari ni tak berapa syok. Coz kena betul2 rancang perbelanjaan. Lebih kurang 2 minggu lagi nak raya. Inilah gaji yang 'terhampir' sebelum hari raya. Means.......gaji ni jugalah bakal digunakan untuk belanja hari raya nanti.

So, kena lebih berjimat cermat dan lebih berhemat! Kalau belanja ikut sker dan sesedap rasa.....alamat nya lepas raya nanti......kita gigit jari!

Redha jelah kan. Buat masa ni, ini jerk rezeki Tuhan nak bagi. So terima jelah........Daripada tak de langsung, lagi teruk jadinya!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

JODOHNYA DAH SAMPAI

Chatting dengan classmate di fb tadi. Dia bagi tau berita gembira. Insyaallah Aidilfitri yang bakal tiba ni, akan menjadi tarikh yang bersejarah untuknya. Dia bakal mendirikan rumahtangga.

Dah lama aku tak jumpa dia. Kali terakhir di kampung dalam 2 tahun lepas. Rasanya dialah rakan yang paling terakhir mendirikan rumahtangga. Yang lain, kebanyakannya dah ada 3-4 orang cahaya mata. Jodoh masing2 kannnnnn......................Mudah2an dia bahagia dengan pilihan hatinya. Sama2 pendidik......harap2 serasilah hendaknya.

Rasanya, hari raya ni ramai yang ke jinjang pelamin. Sempena cuti raya dan ramai sanak sedara yang masih berada di kampung. Majlis lagi meriah kalau ramai sanak sedara yang hadir sama!

Kengkawan sume ada dapat jemputan ke......Jemputan kawen???

PENGUMUMAN2...... MAJLIS BERBUKA PUASA DITUNDA

Pengumuman2...........Majlis berbuka puasa yang aku citer tadi.........ditunda ke minggu hadapan! Maknanya ada lah peluang lagi untuk aku join majlis ni. Baru jerk dengar pengumumannya.

Tapi kena bincang juga dengan my hubby. Dia nak ke join majlis tu nanti. Takut2 dia penat pulak. Yelah balik keja pun pukul 5:15 petang. Sampai umah, rehat2 kejap dah pukul 6:00..........Macam tak boleh je, tapi ni andaian aku jerk.

Kalau dah memang ada rezeki aku....dapatlah aku join juga majlis tu nanti kannnnnnnn.....hmmmmmmmmm.......

TERINGIN MUSHROOM SOUP PIZZA HUT PLAK....

~ Sedapnya Sup cendawan Pizza Hut ni.....


Tadi teringin nak makan Puding Susu Buah2an.......Sekarang ni teringin nak makan mushroom soup plak......Tapi nak yang Pizza Hut punyer.......... Tak nak yang masak sendiri......fuiyo!!! advance tu...tak nak yang bese2 punyer........hu3.........

Dah lama tak makan sejak pose ni. 1 day before pose ari tu ada pegi makan kat Pizza Hut. Itulah last skali makan Mushroom Soup. Tu yang teringin sangat nak makan tu.

Tengoklah macam mana. Petang ni ke, pegi kejap beli. Nanti pas tarawih boleh layan Mushroom Soup sambil update blog!

TERINGIN NAK BUAT PUDING SUSU BUAH2AN

Hari ni tetiba jerk teringat nak buat Puding Susu Buah2an. Dah lama pun tak makan. Kalau makan pun, beli kat pasar2 jerk.

Last sekali aku buat puding ni masa form 5.....ha3......Dah lebih 10 tahun tu!!! Dah tak ingat pun macam mana nak buat. Kalau buat sendiri, boleh masukkan buah2an tu banyak2. Baru lah sedap!

First time makan puding ni, masa form 5 juga ..................kat umah cikgu sekolah. Masa tu dia jemput datang open house. Nama dia Puan Muslima. Beliau juga lah yang mengajar aku dan kawan2 cara2 nak buat puding ni. ....Jangan tak tau dulu masa sekolah aku amik ERT (Ekonomi RumahTangga). Tapi tak terror mana pun memasak nya......hu3....

Tadi dah google resepi puding ni. Dah jumpa pun...Tapi rasanya esok2 kot baru boleh buat.....tu pun kalau jadi. Sebab buat puding ni bukan macam masak lauk, main campak2 & kacau2 jerk....Kena ada seninya........barule menjadi. Aku plak yang ada cuma Seni Kaligrafi jerk.......ha3.....

~ Cam ni le lebih kurang Puding Susu Buah2an tu...... Credit to Google.....

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN JABATAN

Hari ni office aku anjurkan satu majlis berbuka puasa. Tapi aku tak dapat nak join, coz my hubby keja shift malam. Pukul 8:30 dah siap2 untuk pegi keja. So, mana sempat nak join sekali. Kang kelam kabut pulak jadinya!

Memang dari awal2 pose lagi aku dah plan nak join majlis ni, nak ajak my huby sekali. Tapi dah clash plak dengan waktu keja dia. So, tak de rezeki le tu jawab nya.....May be next time.

Yang best nyer, kalau join majlis ni boleh terus sampai terawih sekali. Sebab majlis ni dibuat di masjid milik Jabatan tempat aku keja. Dah 2 kali pose tak de peluang nak ikut sekali dalam majlis ni. Insyaallah tahun depan kot....Mudah2an......


10 KEPING SETEM 50 SEN UNTUK 10 KAD RAYA

~ TQ GOOGLE


Kelmarin, aku dah siap2 beli 10 keping setem 50 sen untuk 10 keping kad raya yang aku beli hari tu. Sumenyer untuk diposkan.....(yelah mesti untuk pos ye tak?.......takkan nak simpan kat album setem pulak....hu3...)

Cuma kad2 raya jerk lagi yang beulm siap ditulis . Plan nak tulis malam tadi....terbabas! Coz mengantuks yang teramat sangat!!!

Insyaallah hari ni aku cuba siapkan. So esok lusa, dah boleh poskan. Boleh kad2 tu sampai kepada penerima sebelum hari raya. Kalau sampai selepas raya.....kurang lah sikit 'feel' nyer........Silap2 orang tak bukak pun kad tu! hu3.......

PATUT LAH RAMAI ORANG TAK SKER ISI BORANG!

Baru je selesai isi borang untuk 'berkenalan' dengan Mr. Streamyx. Boleh tahan lenguhnya tangan aku menulis data2 yang diperlukan! Kalau aku bolehle 'sub'kan jerk keja2 mengisi borang ni.....memang dari minggu lepas lagi aku dah 'sub'kan....ha3......

Patutlah ramai orang tak sker isi borang ni. Tak kiralah borang apa pun. Asal jerk kena isi borang cara manually.....memang orang tak sker!!!

Teringat lagi masa aku keje kat syarikat insurans dulu.....tiap2 hari,keja wajib aku adalah mengisikan borang2 yang customer malas nak isi....dan tak reti nak isi. Tapi masa tu dah keja.....dah tanggungjawab, so buat jelah. Lagipun boleh tolong orang. Yelah, yang tak pandai membaca dan menulis tu....of course diaorang awal2 lagi dah kata...." saya sign @ cap jari jerk ye.....cik tolong isikan borang"...Hu3......

Bila dah kena batang hidung sendiri, barule rasa apa yang orang rasa. Memang leceh isi2 borang ni! Tapi kalau isi borang boleh daapt duit aku sanggup jadi kontraktor yang amik sub projek untuk itu!!!!! ha3......:)

SLOT LAGENDA TV3....ULAR EMAS

Ular? Aku tak sker tengok ular....geli.......Tapi aku sker tengok Slot Lagenda Ular Emas kat TV3 sekarang ni. Disiarkan setiap Isnin-Khamis jam 4.30 petang dan ulangannya jam 8.30 malam di TV9.

Lakonan hebat Lisdawati sebagai seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Aku memang alergic @ geli dengan ular.....Tapi citer ni aku sker. Bila part ular tu kuar aku akan tengok arah lain dan cuma dengar dialog jerk.....ha3.......At least aku boleh faham jalan citernya!

Aku memang penggemar citer2 yang seumpama ni.....Citer2 seram pun aku sker!......Kalau ada filem seram yang baru kat pawagam, mesti aku nak pegi tengok. Bukan nak kata aku berani sangat.....tapi dah memang sker, nak wat camane.

Citer2 action pulak aku tak boleh layan. Setakat jadi peneman bolehlah.....dan last2 aku akan tertido.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....sebab tak minat!

Korang minat ke citer2 cam aku minat ni? Masing2 ada kesukaan masing2 kannnnnnnn......:)

KENAPA KITA HORMATKAN SESEORANG?

Tajuk entry aku ni berupa soalan. So kalau dah soalan haruslah dijawab kannnnnnnn.........Kenapa kita hormatkan seseorang?

Adakah kerana kedudukannya? Macam kita hormatkan bos kita......Adakah kerana rupanya? Macam kita 'respect' dengan selebriti2 popular......Adakah kerana kekayaannya? Macam kita hormatkan pemerintah2 dan pemimpin2 kita........Atau adakah kerana terpaksa?

Apa juga jawapan kita, dalam hidup ini perlu ada rasa hormat, KERANA, kita sker bila orang lain hormatkan kita dan benci bila orang lain bersikap kurang ajar dengan kita! Sebaiknya hormat yang ditunjukkan di luaran.....seiring dengan yang pada dalaman.

Tapi, cakap memang senang.......nak buat tu yang susah. Aku sendiri pun mengaku kelemahan ada di situ. Itulah kita manusia biasa. Yang penting, terus cuba menghormati orang lain yang ada di sekeliling kita . Mudah2an sikap itu akan terbiasa dan sebati dalam diri kita sume....Insyaallah....

* TAPI INGAT.........Hormat biar bertempat ye........hmmmmmmmm.....

BISKUT RAYA DAH TIBA

Baru semalam aku citer tentang biskut raya......hari ni dah berkotak2 biskut raya tiba kat office. Kalau korang nak tau, office aku ni every year mengambil tempahan untuk biskut raya. Means, memang dah ada regular customer la adanya.

Sume biskut2 raya yang ada ni , adalah yang dah ditempah sebelum pose ari tu. Esok kan dah gaji, so hari nilah nak agih2kan biskut2 tu. Senang orang nak kutip dan buat bayaran. Gitulah kekdah nyer......he3.....

Aku plak, takat pandang jelah. Aku tak de order biskut yang jabatan aku buat tahun ni. Cuma order 2 jenis dari officemate. Itu pun nak bawak balik kampung. Setakat ni, itu jerk dulu. Sebarang tambahan adalah mengikut keadaan! Banyak lagi nak difikirkan ni.......

CUBA 'BERKENALAN' NGAN MR STREAMYX

HAHA.....Dah tak de orang lagi nak dijadikan kenalan. Dengan Mr Streamyx gak aku nak berkawan. Tapi kalau 'dia' mendatangkan kebaikan untuk aku apa salah nya kannnnnnnn.........:)

Aku dah amik borang kat TM semalam. Rasa macam ter'bekenan' le pulak! Sementelahan......(ha3....amik ko ayat purbakala sudah kuar.....) line tenet broadband aku dah cam 'hidup segan, mati tak mau jerk'....tu yang rasa macam nak bertukar angin tu.

Tapi masih dalam peringkat penelitian dan insyaallah akan dipertimbangkan setelah urusan timbang tara boleh dijalankan! Hu3........

Korang tak nak berhijrah ke? Atau pon korang jenis yang setia, tak macam aku.......hi3......:P

TADARUS HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke14 berpuasa. Tadarus secara berkumpulan yang aku sertai pun dah hampir sampai ke penghujungnya. Pagi ni kami dah dapat menghabiskan bacaan untuk setiap juzuk yang telah dibahagi2kan.

Insyaallah pada 3hb September ni majlis khatam Al-Quran akan diadakan. Nampak nya sume pun berjalan lancar. Tahun ni majlis akan dibuat berlainan sedikit daripada tahun lepas. Coz, tahun lepas, bacaan secara beramai2 tapi untuk tahun ini akan dibuat secara individu. So beberapa orang akan dipilih; lelaki dan perempuan sebagai wakil sume yang terlibat.

Moga2, majlis tu nanti akan berjalan lancar juglah hendak nya.......

EXTRA RM2.75 PUNYER CITER

Ingat lagi tak entry aku tentang kasi komplen sikit sebelum ni, aku dah dapat le jawapan nya. Rupa2 nya extra bil tu charge utk printing of the bil statement. Coz aku request every month bil masa register dulu. Tapi masa tu mana aku tau diaorang akan charge harga tu. Kalau kau tau.....baik tak payah. Rm2.75 tu boleh aku buat belanja beli Kek Batik lagi. Tambah sikit jerk......he3.......

Lagipun aku akan dapat message tentang bil broadband ni. So tak payah print bil pun tak pe sebenor nya......Means, dah terjawab le teka -teki aku 2-3 hari ni. Tak delah aku confused lagi.

p/s: Ataupun ramai orang dah tau......Aku jerk yang baru tau......kah3...........

SUNGGUH 'MENGECEWAKAN' IKAN PARI BAKAR ITU

~ Ikan Pari Bakar yang 'mengecewakan'!


Semalam tengah usha2 lauk apa nak dijadikan menu berbuka.......maka ternampaklah satu gerai yang menjual pelbagai jenis ikan bakar. Salah satunya ikan pari. Masa tu masih panas lagi. Macam sedap. So, belilah satu ; RM3.50. Dalam hati kata.....".okaylah,tak mahal sangat".

Sambil2 dia bungkuskan ikan pari tu, aku sempat tanya harga ikan terubuk yang tengah dibakarnya......Dia kata dalam RM5-RM6 jerk. So memang reasonable lah the price. Terfikirla, lain kali boleh beli kat situ lagi.

Tapi bila dah rasa.......Masyaallah, sabor jelah. Tak sedap langsung! Isi ikan pari tu keras! Macam ikan dah lama. Macam ikan yang kita simpan dalam peti sejuk 2-3 hari. Patutlah murah........Memang mengecewakan sungguh! Hilang selera makan. Sian my hubby........dia yang mula2 cam selera nak makan terus sentap.....makan sikit jerk. Sudahnya dia yang buang ikan tu dalam tong sampah. Memang macam ikan yang dah tak de rasa ikan!!!

Aku pun tak faham apa motif sebenar peniaga tu. Nak untung lebih ke atau dia sendiri tak perasan ikan tu ikan lama. Yang pasti aku takkan beli ikan kat situ lagi!!!

BERSAHUR SORANG2 LAGI

Pagi ni aku bersahur sorang2 lagi. Memula plan malas nak makan. Cadang nak minum Milo jerk. Tapi my hubby call kejutkan suruh bangun pukul 5.00 pagi. So, bangun jugalah.

Tak tau nak masak apa. Tengok ada nasi lebih berbuka semalam. So, aku buat nasi goreng jelah. Makan sikit dah rasa tak selera. Dah makin tak de selera nak makan sekarang ni. Lagi2 kalau sorang2.

Tak pelah.....yang penting ikut sunnnah. Bangun bersahur tu kan memang digalakkan. Itu yang buat semangat sikit nak bangun juga tu......hu3.......

Isnin, 23 Ogos 2010

MEMANG SEDAP MURTABAK AYAM TU!

~ Murtabak Ayam......RM2


Tak sia2 aku pegi Param (Pasar Ramadan) hari ni untuk beli Murtabak Ayam yang banyak 'peminat' tu! Memang sedap rupanya. Tak payah cicah dengan kari pun dah sedap. Tapi aku tak pasti.......sama ada murtabak ni memang tak de kuah kari.....atau pun dia lupa nak bagi. Tapi masa aku beli tadi memang tak ramai orang pun. Coz awal lagi.....

Tapi memang rasa nya sedap. Isi kat dalamnya tu yang buat sedap. So memang tak rugilah aku beli. Esok2 boleh beli lagi.

Nasi Beriyani Ayam tak de lagi hari ni. Asyik tutup jerk. Aku tengok tadi banyak juga gerai yang tutup.Pelik juga, Takkan dah balik kampung kot.....hu3........Agaknya bukan aku sorang jerk yang tak sabor nak balik kampung.....Orang lain pun sama.... :)

MURTABAK AYAM

Jap lagi....4:30 petang. Dah abis waktu keja. Aku plan nak ke bazar cari Murtabak Ayam dengan my hubby. Semalam nak beli tak jadi.......

Teringat satu gerai yang jual Murtabak tu....Macam nak beli tiket wayang, customer beratur panjang. Kalau pegi awal2 ni , may be tak yah nak beratur panjang kannnnnn.... Nak juga rasa , macam sedap jerk. Kalau tak sedap, takkan ramai orang beratur panjang kannnnnnn........

Satu lagi nak cari Nasi Beriyani Ayam. Semalam gerai tu tutup. Ayam masak merah nya sedap. tu yang nak try lagi tu. Favourite my hubby tu. Aku rasa sikit2 jerk......

You alls dah plan ke.....Nak berbuka apa? Atau pun buka kat masjid jerk.....Bagus juga tu......:)

ADA MACAM MUKA CIKGU KER???


Citer ni berlaku di tempat yang sama aku belikan officemate aku air dan roti tadi.......Kebetulan masa kat kaunter tu aku masih pakai name tag. Siap dengan pas keja aku bagai.......Masa aku nak bayor tu, cashier tu sempat tanya pada aku......"Cik ni cikgu ker?"

Aku rasa nak gelak pon ada.....Nak senyum pon memang dah senyum pon......Tapi aku just cakap, bukan dan terus pegi. Sambil2 drive nak balik umah tu aku masih fikir lagi, napelah dia tanya cam gitu......Agak nyer sebab aku pakai name tag kot......ha3......

Dah tu aku tertanya2 lagi dalam hati........Ada macam muka cikgu ke aku ni??? ..........Ada kot, cam cikgu tadika......kah3........



Tema citer ni.......Tak sume orang yang pakai name tag tu cikgu ye.......hu3...... dan kalau singgah 7e, jangan sesekali pakai name tag.....kah3.....

INGAT AKU TAK POSE KER?

Waktu rehat tengahari tadi, aku tolong sorang officemate ni belikan air dan roti untuk dia..........Jangan salah faham ye, bukan aku nak galakkan orang tak berpuasa, tapi dia ni preggie...anak ke-2. Ada problem tekanan darah rendah pulak. Baru masuk 3 bulan . So doktor nasihatkan dia jangan pose takut2 effect pada baby.

Kebetulan dia tak bawak keta.....so aku tolonglah. Yang nak jadi citer, budak yang keja kat 7e tu satu Indian ladies. Tercengang2 @blur2 jerk dia tengok muka aku bila aku nak bayor. May be dia ingat aku tak pose kot! Aku buat muka slumber tanya kat dia....." Air perasa coklat ni tak de yang jenis kotak ke?.....Kawan saya tak boleh minum kopi, dia pregnant....". Sebab yang ada masa tu cuma perasa kopi jerk.......

Bila dia dengar aku cakap cam tu......baru nampak clean & clear sikit muka dia. Agaknya persoalan dalam minda dia dah terjawab kot! Macam2 punyer hal lah kannnnnn.....Nak tolong orang, kita pulak disalahertikan.......

p/s: Nak jerk aku sound......."INGAT AKU TAK POSE KER???". Nasib baik bulan pose .......kena sabor bebanyak......

CUTI HARI RAYA

Nampak nyer tahun ni memang cuti sakan aku. Coz pagi tadi dah dapat arahan mintak sume staff key-in permohonan cuti masing2 ke dalam sistem. Sebelum ni just tick dalam borang jerk...tarikh2 yang kita nak bercuti.

So bila 'big boss' dah tengok dan bagi approval.............tu yang baru boleh key-in kat sistem tu. Bukan pe saje le nak tengok sape yang cuti dan sape yang akan stay kat office. Tak delah nanti sume pakat2 cuti, sampai orang datang untuk berurusan tinggal meja dan komputer jerk.....ha3......

Aku pun baru jerk selesai key-in cuti aku. Aku start cuti 9hb September - 17hb September. 18 & 19 hb tu memang cuti mingguan! So aku masuk keje semula pada 20hb. Lama kan aku cuti...... Means, kalau my hubby confirm start cuti 8hb, petang 9hb tu aku suruh dia amik aku kat office dan terus balik kampung! Tak nak singgah2 umah dah! 5hb tu lagi aku akan packing baju awal2....ha3.......Baikkkkkkkkk punyer arrange.......Punyer semangat nak balik beraya!!!

MY BRO DAH RECOVER DARI BATU KARANGNYA

Baru2 ni dapat berita yang my bro dah recover dari sakit batu karang nya. Hospital cuma bagi ubat untuk keluarkan batu karang tu. Dan baru2 ni batu karang tu dah keluar sendiri!

Alhamdulillah.....dia pun dah tak sakit lagi. Kalau tak asyik sakit dan rasa nak kencing jerk. Berkat doa orang2 tersayang dan juga berkat doa kengkawan sume , coz aku penah wat entry tentang sakit dia sebelum ni. sembuh juga dia dari sakit tu.

Mudah2an lepas ni penyakit tu takkan 'bertandang' semula. Doakan untuk my bro ye kengkawan. Doa di bulan Ramadan ni, mudah Allah makbulkan!


~ My bro wif his family.......

KAD RAYA

Office aku ada buat jualan kad raya. Sekeping 50 sen. Mahal ke? Besor juga bukan yang kecik tu. Aku beli 10 keping dulu. Nak kirim pada 'insan2 tersayang. Saje nak bagi support kat jabatan sendiri. Beli kad raya yang office buat.....Rasa bangga pulak.....he3....

Tahun lepas aku dapat sekeping jerk kad raya. Nasib baik ada juga.....hu3....Kalau masa zaman2 sekolah dulu masuk je kelas pagi2.....tengok dalam laci berkeping2 kad raya. Bukan dari orang lain, tapi classmate jerk......hu3..... yang best lagi, kawan sebelah pun bagi kad raya.....kelakor2......Lagi best bila ada secret admirer bagi....Tertanya2 sape yang bagi....Rasa cam popular sekejap......ha3......

Tapi itu sume kenangan lama. Tahun ni aku pulak rasa nak mulakan kirim kad raya pada orang. Tak yah tunggu orang kirim pada aku. Saje je....sker2......Korang camane? Ada dapat kad raya ???

BISKUT RAYA

Rasa nyer tak delah cepat sangat kot aku nak citer tentang biskut raya ni. Kat office aku, sebulan sebelum pose lagi orang dah mula edarkan sample2 biskut raya untuk diorder. Aku tumpang tengok jerk, coz this year kena belanja berhemah betul2 coz gaji belum dapat lagi time raya nanti. Harapkan gaji bulan ni jelah!

Aku sker makan Biskut Semperit. Tapi tak sume orang boleh buat . Aku sker yang bila masuk mulut tu.....rasa cair je...lembut...... Tu yang sedap. My mum pandai buat, tapi beliau pun dah lama praktikkan 'kuih tunjuk' jerk. Tu yang anak2 dia pun mewarisi bakat tu. .....ha3......Pecaya tak? Kalau tak pun, buat2 le pacaya ye.....he3......Aku dah berbelas tahun tak penah buat biskut raya.....kah3.....Asyik tunjuk dan tunjuk jerk....

Satu jenis lagi biskut yang aku sker.....Biskut Kelapa. Tapi orang yang selalu buatkan untuk aku dah tak ada. Beliau ialah aruah Mak Ngah aku a.k.a adik kepada my mum. Beliau memang terror wat Biskut Kelapa. Memang sedap......rangup dan terasa lemak kelapa nya......

p/s: Terliur pulak bila citer bab biskut2 raya ni.....he3......Makin tak sabar aku nak beraya!

TERKENANGKAN ARUAH ABAH

Dah lebih 20 tahun aku beraya tanpa seorang insan yang kupanggil abah. Tiba2 jerk ingatan kepada aruah makin kuat......lagi2 di bulan Ramadan yang mulia ni. Abah aku meninggal kerana kemalangan jalanraya. Setiapkali aku melalui kawasan kemalangan berkenaan yang merupakan laluan untuk ku balik ke kampung sebelah abah dan berhadapan dengan sekolah rendah ku dulu.......mesti hati rasa hiba yang teramat sangat.

Abah seorang yang penyabar.......berilmu; lagi2 dalam ilmu2 agama......penyayang.....tegas.....dan handsome juga! Bukan nak puji abah sendiri ye.....memang realiti. Abah juga merupakan guru mengaji untuk anak2 di sekitar kediaman kami waktu itu. Mungkin kerana sifat baik nya.....Allah lebih menyayanginya dan mengambil nya lebih awal. Masa tu abah baru awal 30an.....

Selalu nya pagi2 raya aku, my mum dan adik2 akan ziarah kubur abah. Kalau abah masih ada .....mesti hari raya ni akan lebih ceria. Kekadang sedih gak, bila tengok kawan2 yang masih ada ibu dan ayah. Tapi aku redha dengan ketentuan-Nya.

Mudah2an roh abah ditempatkan di kalangan roh orang2 yang beriman dan diberi rahmat. Al - Fatihah untuk aruah abah........

p/s: Bila usia makin meningkat....aku makin mudah tersentuh bila bercerita tentang keluarga dan orang tua..... Mungkin itu yang dikatakan. masa merubah segalanya.....

SUDAHNYA BERBUKA DENGAN TEPUNG PELITA & KEROPOK JE

~ Tepung Pelita......based on apa yg peniaga tu tulis kat gerai dia.....

~ JangaN silap faham ye......sisa2 yang kat atas bekas tu bukan sebab dah di rasa......tapi bukaK2 jerk tutupnya dah memang cam gitu.....RM1.50


Aku memang sker makan kuih ni. Lemak2, manis dan sikit masin. Manis pun sedang2 jerk, tak terlalu manis. Kalau nak makan sejukkan dulu....baru sedap!

Semalam 12 Ramadan, dapatlah beli kuih ni kat bazar Ramadan .Memang dah lama reringin nak makan, tapi asyik tak jumpa jerk.

So, disebabkan semalam memang tak masak, aku plan nak beli jerk tomyam kat bazar. Kuar dalam pukul 6.00 petang. Orang masih ramai. Lauk2 pun banyak yang dah habis. Kalau ada pun ......yang tak menepati citarasa aku.....hu3

Pusing punya pusing sudah nya.....aku beli Tepung Pelita jerk. My hubby dapatlah apa yang dia sker. Ayam masak merah. On the way balik singgah satu kedai tomyam. Beli Tomyam campur dan kebetulan ada keropok. So, my hubby beli sebungkus.

Rupa2nya bila dah berbuka......tomyam tu agak pedas juga. Aku hilang selera......Sudah nya berbuka dengan Tepung Pelita dan Keropok jelah aku jawab nya.......Tak pelah janji perut boleh diisi lagi. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.......

PARA PENCARI TUHAN

Sekarang ni aku sker layan Sinetron Indonesia, Para Pencari Tuhan. Lakonan utama oleh bintang terkenal Deddy Mizwar.

Yang aku perasan Deddy Mizwar sekarang ni, banyak berlakon dalam sinetron yang bercorak keagamaan. Kalau korang ingat dan perasan....tahun lepas pun ada drama lakonan beliau disiarkan dalam bulan puasa.....pun bertemakan keagamaan.

Bestnyer , Para Pencari Tuhan banyak mesej yang disampaikan melalui lakonan yang bersahaja dan kelakar. Nampak ringan tapi mesej yang disampaikan adalah penting dan berat!

Sekarang ni disiarkan di Astro Oasis jam 1:30 tengahari. So balik rehat tengahari, aku sempat lagi layan citer ni sambil bersiap2 untuk masuk office semula!

SERBUK KUNYIT VS KUNYIT HIDUP

~ Contoh2 serbuk kunyit oleh GOOGLE........


Bila aku wat entry tentang Ketam Masak lemak Cili Api hari tu..........Ada kengkawan office yang bagi feedback, tanya kenapa aku tak guna serbuk kunyit jerk, kan lagi mudah dan cepat.

Actually, dulu pun aku sker gak guna serbuk kunyit sebab tak payah susah2 nak tumbuk kunyit bagai........Masa tu aku pun tertanya2 bila tengok orang tua2 sker masak guna kunyit hidup ni. Agak nyer kenapa. Dalam hati aku kata, dah ada yang senang, kenapa nak susah2 lagi?


~ Sekarang aku prefer kunyit hidup......tapi tengok juga jenis masakan......


Tapi kunyit hidup ni rupa2nya akan menjadikan masakan kita tu rasa lebih sedap compare dengan serbuk kunyit. Bukan nak kata aku masak sedap hokay.........tapi melalui artikel2 yang aku baca dan selalu bertanya dengan orang yang berpengalaman, memang rasa masakan yang menggunakan kunyit hidup lebih sedap. Kaler pun nampak ori jerk......

So, disebabakan aku ni tak pandai masak sangat.......Masak pun ikut resepi dulu untuk cubaan kali pertama.....he3........Tu yang aku gunakan kunyit hidup tu. Since, boleh menepati citarasa aku....so aku pun teruskan lah ilmu yang aku dapat ni.

But , don't get me wrong yeah...Bukan yang guna serbuk kunyit tu tak sedap masak, cuma aku berkongsi idea jerk. Kalau rasa selesa dengan serbuk kunyit.....just go on!

P/S: Saya budak baru belajar........kalau salah tolong tunjukkan.......hu3......

TUDUNG RAYA

Lagi 17 hari, insyaallah kita akan menyambut 1 Syawal. Hari raya untuk sume umat Islam di seluruh dunia. 17 hari tu tak lama, sekejap jerk. Tengok jelah sekarang pun dah masuk 13 hari kita berpuasa. Aku rasa macam baru jerk lagi.....Memang tak terasa sungguh masa berlalu kannnn.......

Citer tentang raya ni.........teringat yang aku belum beli lagi tudung untuk hari raya nanti. Baju raya dah ada. Tahun ni tema pink. My mum yang pilih. Bukan tak boleh pakai tudung yang sedia ada.......tapi bila hari raya ni......ada rezeki sikit......nak juga beli yang baru, tapi tak semesti nya mahal.

Ada kawan kata, kat NILAI 3 banyak tudung murah2. Aku tak de kesempatan lagi nak ke sana. Cuti hujung minggu jerk.....asyik dok umah, berehat. Malas nak kuar bulan2 pose ni.......Tapi kalau tak kuar bila lagi nak beli??? Bukan untuk aku sorang jerk......My princess, my mum....... Tengok le dalam minggu ni. Insyaallah.......teringin nak pakai selendang (shawl) untuk hari raya tahun ni. Dulu sker pakai shawl.......tapi sekarang prefer tudung sarung, coz cepat dan design pun chanteq2!

MULAKAN PAGI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN

~ Bersyukur dengan ketenangan yang Dia anugerahkan......

Selamat pagi sume kengkawan di luar sana. Mulakan pagi ini dengan rasa syukur yang tida k terhingga atas ketenangan yang dianugerahkan oleh-Nya. Bersyukur kerana kita diizinkan untuk terus bernafas di bumi yang kita cintai.

Mudah2an dengan ketenangan yang dianugerahkan, kita mampu untuk meneruskan tugas2 seharian dengan lebih mudah dan lancar! Mudah2an suasana yang baik ini berterusan hingga ke petang hari ini dan hari2 yang seterus nya.

Alhamdulillah......hari ni dah masuk hari ke 13 berpuasa dan hari ke 13 juga aku dan kawan2 di office menyertai tadarus. Mudah2an majlis yang mulia ini mendapat keberkatan dari-nya. Dan mudah2an dapat mendatangkan kebaikan kepada sume. Insyaallah......Amin......

KASI KOMPLEN SIKIT

Hari ni aku nak pegi bayar bil broadband. Tapi sebelum bayar tu aku nak kasi komplen sikit kat service centre dia. Dah le lately ni, line tenet lembap giler.......tapi bil tetap sampai on time! Tentang bil pandai plak kuar on time, tapi line tak nak 'on time'! Tu yang gerammmmmmmm tu!!!

Satu hal lagi, aku confused bil untuk bulan ni ada extra RM2.75 . Tapi dalam bil tak de mentioned extra charges. Then, dah 4 bulan lebih aku guna brodband ni.....ni lah kali pertama bil 'ter'lebih. Tu yang musykil tu.

Aku mesti mintak diaorang expalin betul2 kenapa bil aku jadi cam gitu......baru aku akan buat bayaran. Yelah kita mesti tau hak kita kannnnnnnnn.......

Ahad, 22 Ogos 2010

MAKIN LAMA MAKIN BEST BERBLOGGING

Kejap lagi aku nak ke bazar Ramadan cari juadah berbuka. Sementara tunggu my hubby solat.....sempat update blog dulu........he3. Diam tak diam dah hampir 5 bulan aku berblogging. Makin lama makin best!

Kalau dalam sehari aku tak tulis entry, rasa macam ada yang tak kena........Lagi2 kalau aku balik kampung, memang 'berjauhan' lah aku dari dunia blog sketika. Coz, kat kampung line tenet memang problem! So , masa cuti raya ni.......kenalah aku get ready untuk wat autopublish entry. So tak delah blog aku ni sepi tanpa entry........hu3......

Memang best menulis kan. Lagi2 kalau kita tulis tentang apa saja yang terlintas dalam fikiran. Yang penting kita happy. Dan harap2 serba sedikit boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Okay, aku stop dulu. My hubby pun dah siap tu. nanti malam kita jmapa lagi ye........Doa2kan aku atak kepenatan dan ' ketiduran'.......ha3.....

MEKAR SEJAMBAK

~ RAZIS ISMAIL & RAMLAH RAM

~ FAIZAL HUSSEIN & SALWA ABD RAHMAN


Ape tu Mekar Sejambak? Bukan jambangan bunga tau......Tapi sebuah program hiburan yang pernah popular suatu masa dulu. Kalau aku tak silap sekitar tahun 80-an. Masa tu aku pun masih kat sekolah rendah lagi. Yang seangkatan dengan aku, mesti tau tentang program ni......

Masa tu tak macam sekarang.......banyak program2 hiburan cam program realiti kat TV. Dulu Mekar Sejambak nilah pilihan yang utama. Memang masa tu aku pun sker sangat program ni. Boleh siap tunggu lagi waktu siarannya......

~ SARA LOO & FAREEZ

~ NORANIZA IDRIS & EBBY SAIFUL


Artis2 yang terlibat dalam Mekar sejambak ni seperti, Razis Ismail, Ebby Saiful, Faizal Hussein dan Fareez. Artis2 wanita pula.....Ramlah Ram, Sara Loo, Salwa Abd Rahman dan Noraniza Idris. Masa tu tak ramai sangat artis macam sekarang. Senang nak ingat. Sekarang ni.......sampai kadang2 aku sendiri tak tau lagu sape yang aku dengar kat radio!

Apa2 pun, perkembangan seni hiburan ni seiring dengan zaman. Makin hari makin ramai artis baru dan program2 baru. Tapi pada aku.......yang lama tetap ada keistimewaan yang tersendiri, cam Mekar Sejambak ni! Walaupun dah lebih kurang 20 tahun berlalu ........ianya masih diingati lagi.....:)


p/s: Saje2 je imbas balik program hiburan dulu2.......sambil rehat 2 waktu cam gini........

KURMA

SORRY EK! Entry without picture lagi. Faham2 jelah.....line tenet yang kekadang cam nazak. So, malas nak upload gambor. Just nak citer........Kurma yang aku beli 1 Ramadan ari tu dah nak abis. So kena beli lagi ni.

Alhamdulillah dah 2-3 hari amalkan berbuka dengan kurma dan air jerk. Badan rasa ringan sikit. Mata pun tak mengantuk sangat. So, mudahlah nak bersolat! Tapi memang kena betul2 punyer semangat dan disiplin.......Kalau tak memang terbabas.

Dah la my hubby tu memang berbuka terus makan nasi jerk. Dia tak boleh nak layan cara aku. Boleh pengsan dia nanti!!! Kah3......

Tak pelah, yang penting so far.....aku rasa okay cara aku tu. Tapi kalau tak boleh ikut.......tak perlu lah ye. Aku ni sebab mudah mengantuk dan letih kalau terus amik makanan yang heavy ni...... Terpulang pada masing2 le kannnnnnn.....

ALHAMDULILLAH......MASIH RAMAI LAGI........

Bersyukur sangat.....dan gembira sangat bila tengok masih ramai lagi orang bertarawih di masjid2, walaupun dah masuk hari yang ke 12 berpuasa. Mudah2an keadaan ni berterusan hingga ke penghujung Ramadan nanti.

Perkara ni tanggungjawab bersama. Sama2 mengimarahkan bulan Ramadan itu besar pahalanya. Banyak juga ganjaran yang diberikan.

Dengan keadaan yang seperti ni, kita dah buktikan yang kita bukan saja seronok menanti ketibaan Syawal.......tapi juga gembira meraikan Ramadan yang masih ada ruang dan peluang untuk merebut ganjaran nya. Alhamdulillah......

Sekadar berkongsi.......

2nd EKSPERIMEN SUCCESS.......KETAM MASAK LEMAK CILI API

~ Bahan utama......of course le .....ketam (yang segar tau......he3....)


Setelah lama menanti.......dengan line yang lembap @ terhegeh2......berjaya gak aku upload gambar. Sabor jelah. Sib baik tak offline.......Kalau tak aku sumpah broadband jadi ketam hari ni! Hu3......

Semalam.......2nd eksperimen aku menjadik. Alhamdulillah.......jadi juga Ketam Masak Lemak Cili Api aku. Seriously, aku tak penah masak menu ni. Tapi my hubby dah banyak kali request akum masak, so aku yang menurut perintah.....follow jelah.......Selalu aku beli yang dah siap jerkkkkk.......Tetiba, teringat My princess......dia memang sker menu ni. Nanti ada masa aku masakkan untuk dia plak!

So, nak masak ketam ni ikut citarasa aku ye........ cam bese......bahan2 nyer:-

  • Ketam yang segar ; disiang & dibersihkan ( 3 ekor)
  • Santan (dari 1 biji kelapa - asingkan santan pekat dengan santan cair)
  • Bawang merah (2 biji)
  • Cili padi (6-7 biji ; ikut sker......aku & my hubby tak berapa sker pedas sangat.....)
  • Kunyit hidup (1 inci)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun kunyit
  • Asam keping (1 keping ; yang kecik jerk...)
  • Garam dan serbuk perasa

~ 2nd Chef of The Day......My hubby....:)

~ My hubby tolong siang ketam......

Jangan tak tau.....beliau inilah yang tolong siang ketam tu.....coz.......psssssttttttttt, jangan citer kat orang, aku tak pandai nak siang ketam. Takut2 kalau aku siang.....dah tak tinggal ape dah ketam tu....kah3......Tak tau mana satu nak potong! So thanks a lot for u my dear......mmmmuahhhhhhhhh!

~ Bahan2 yang diperlukan........

Tugas aku ialah ...sediakan bahan2 lain dan masak...........

~ Santan pekat

~ Santan cair

Satu lagi......jangan lupa santan pekat dan santan cair kena asingkan ye......... Jangan tersilap pulak.

~ Bahan2 yang telah ditumbuk


Cara nak masak menu ni.........senang jerk:-

  1. Tumbuk lumat cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
  2. Masukkan ketam yang dah dibersihkan ke dalam periuk bersama bahan2 yang ditumbuk tadi.Pastikan api perlahan dan tunggu sampai air ketam agak kering setelah digaul dengan bahan2 tumbuk tu.
  3. Bila dah mula kering, masukkan santan cair dulu.Masukkan juga serai dan daun kunyit.
  4. Kacau perlahan2 ( boleh la kuatkan api sikit untuk kuah mendidih)
  5. Bila dah mendidih, masukkan pula santan pekat. Perlahankan api dan kacau pelahan.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Bila dah sesuai rasa nya, masukkan pulak asam keping.
  7. Tunggu sebentar. Bila dah masak bolehlah dihidangkan

~ Dah masak boleh le dihidangkan......KETAM MASAK LEMAK CILI API


Dah pun siap. Senang jerk kan? Ada resepi sume senang. Seronok masak sendiri, coz boleh masak ikut sesedap rasa. Jimat pun ia juga.Ketam masak lemak ni kalau beli dah siap.....seekor RM6. Beli yang mentah 3 ekor RM12. So, jimat lah sikitkan.Lagi2 untuk keluarga yang besor tu.

Selamat mencuba ye!

BERANI MENGAKU KESILAPAN.....KEBERANIAN YANG SEBENAR2NYA

Cakap pasal berani......mesti kita terbayangkan pahlawan yang gagah perkasa.........pemimpin yang lantang bersuara......penjahat yang bertindak ikut sker hati jerk.......TAPI......betul ke itu keberanian yang sebenar nya??? (haaaaaaaa.....3 tanda soal tu.....perlukan penjelasan yang detail tu.....hu3....)

Actually, pada akulah ye.......ni pendapat aku jerk. Salah satu keberanian yang memang betul2 punya berani ialah........BERANI MENGAKU KESILAPAN. Lagi2 mengaku di hadapan oarng yang kita dah buat silap pada nya tu! Ada berani?

Sebab, bukan senang nak mengaku kesilapan ni.....Macam peribahasa, "Baling batu, sembunyi tangan....". Tak sume orang boleh buat, TAPI.......Tak mustahil utnuk kita buat kan........

Bukan apa....entry ni saje nak mengingatkan sesama kita (termasuk diri aku sendiri.....yang memang tak lari dari buat silap), sempena bulan Ramadan yang mulia ni, elok kiranya kalau kita menjernihkan suasana sesebuah perhubungan dengan cara mengakui kesilapan sendiri tanpa terus menuding jari menyalahkan pihak yang lain.....Itu rasanya lebih baik.......Sama2 lah kita terus menjernihkan keadaan. Insyallah.....

p/as: Maaf ye kengkawan sume....ini cuma pendapat peribadi aku jerk.....:)

MENU BERBUKA 11 RAMADAN

Semalam, 11 Ramadan aku beli sikit kuih dan lauk kat bazar dan ada juga yang aku masak sendiri. Itu pun sebab ada permintaan dari my hubby......Tu yang aku masak gak tu.

So, untuk menu berbuka semalam ada:-

  • Karipap sardin 3biji (RM2)
  • Kek Batik (RM3)
  • Terung goreng bercili (RM2)
  • Daging Masak Hitam (RM2.50)
  • Bubur Caca (RM2)
  • Ikan Tamban Goreng Bercili (........tak ternilai harga nyer, coz masak sendiri.....hi3....)

He3......Banyek ye? Actuallly aku cuma nak 2 jerk.....Bubur Caca & Kek Batik.....The rest tu my hubbby yang teringin......So, jangan salahkan aku, tapi salahkan dia k! Hi3...... But dun worry.....sume pun abis......tak membazir. Cuma Kek Batik je ada lagi, coz Kek ni boleh simpan lama.

Tentang harga , rasanye.....reasonable gak kot....... Tak delah mahal, sama jerk macam tahun2 lepas. TAPI...........Yang tak best nyer..........


Tentang air soya ni. Tak mahal, RM2 jerk......tapi tawar gilerrrrrrrrrr. Banyak sangat ais kat dalam nyer. Tu yang buat tawar tu. Tapi mana kita nak tau soya tu manis ke tak kan? Bulan pose mana boleh nak rasa.........Nasiblah badan......:(

THANKS A LOT FOR HIM!

~ THANKS A LOT FOR HIM..........


Aku tulis entry ni.........coz...........juat to share.......THANKS A LOT TO HIM.......my dear hubby! Coz, pagi ni beliau gigih menyediakan sahur !!! Tau2 jerk pukul 5:00 pagi dia kejutkan aku suruh sahur. Aku pun bangunlah terhegeh2........Sekali tengok kat atas meja makan, sume dah siap daaaaaaaaaaaa, tinggal nak ngap jerk! Ha3.......I likeeeeeeeee it!!!

Tak sangka sama sekali. Sayu ,hiba dan sadis perasaan ni. Hu3......Aku sempat pesan kat dia......... "B, lain kali masak sahur lagi ye.......saya bangun untuk makan jerk......" Dia cuma senyum meleret.......ha3..........

P/S: SILA TAU YE......INI BUKAN ENTRY BODEK KE HAPE YE......SAJA NAK MENGABADIKAN 'SAAT2 TERINDAH' AKU JERK.......KAH3.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs